Javascript must be enabled to continue!
Faktor Penontonan Drama Korea dalam Kalangan Belia di Malaysia
View through CrossRef
Rakyat Malaysia pada hari ini dilihat lebih menyukai drama Korea berbanding drama tempatan. Fenomena yang berlaku ini dikatakan kerana drama Korea berjaya menarik perhatian dan memikat hati penonton terutama golongan belia di Malaysia melalui kehebatan jalan cerita yang menunjukkan plot-plot dan adegan-adegan yang menarik di samping menonjolkan kebudayaan Korea. Hal ini telah menyebabkan golongan belia di Malaysia dilihat lebih mengangkat drama-drama Korea berbanding drama tempatan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk melihat faktor penontonan drama Korea dalam kalangan belia di Malaysia. Objektif bagi kajian ini adalah untuk meneroka jika skrip dan pemilihan pelakon merupakan faktor penontonan drama Korea dalam kalangan belia di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan telah menemu bual 10 orang Informan untuk mengumpul data kajian. Informan yang ditemu bual terdiri daripada golongan belia yang suka menonton drama Korea. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor skrip dan pemilihan pelakon adalah faktor utama belia Malaysia menonton drama Korea. Skrip yang mengandungi jalan cerita yang menarik dan tidak cliché, mempunyai kepelbagaian genre, membincangkan isu sebenar tentang realiti kehidupan, dan pelakon yang mempunyai rupa, berpengalaman dan berbakat serta berjaya dalam pembawaan sesebuah watak menyebabkan belia Malaysia menonton drama Korea. Namun begitu, terdapat juga faktor-faktor lain yang menyebabkan belia di Malaysia menonton drama Korea. Antara faktor-faktor lain tersebut adalah lagu Original soundtrack (OST), budaya yang ditunjukkan, ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi dan pemandangan dalam drama yang memukau mata penonton. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak faktor penontonan drama Korea dalam kalangan belia di Malaysia.
UiTM Press, Universiti Teknologi MARA
Title: Faktor Penontonan Drama Korea dalam Kalangan Belia di Malaysia
Description:
Rakyat Malaysia pada hari ini dilihat lebih menyukai drama Korea berbanding drama tempatan.
Fenomena yang berlaku ini dikatakan kerana drama Korea berjaya menarik perhatian dan memikat hati penonton terutama golongan belia di Malaysia melalui kehebatan jalan cerita yang menunjukkan plot-plot dan adegan-adegan yang menarik di samping menonjolkan kebudayaan Korea.
Hal ini telah menyebabkan golongan belia di Malaysia dilihat lebih mengangkat drama-drama Korea berbanding drama tempatan.
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk melihat faktor penontonan drama Korea dalam kalangan belia di Malaysia.
Objektif bagi kajian ini adalah untuk meneroka jika skrip dan pemilihan pelakon merupakan faktor penontonan drama Korea dalam kalangan belia di Malaysia.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan telah menemu bual 10 orang Informan untuk mengumpul data kajian.
Informan yang ditemu bual terdiri daripada golongan belia yang suka menonton drama Korea.
Dapatan kajian mendapati bahawa faktor skrip dan pemilihan pelakon adalah faktor utama belia Malaysia menonton drama Korea.
Skrip yang mengandungi jalan cerita yang menarik dan tidak cliché, mempunyai kepelbagaian genre, membincangkan isu sebenar tentang realiti kehidupan, dan pelakon yang mempunyai rupa, berpengalaman dan berbakat serta berjaya dalam pembawaan sesebuah watak menyebabkan belia Malaysia menonton drama Korea.
Namun begitu, terdapat juga faktor-faktor lain yang menyebabkan belia di Malaysia menonton drama Korea.
Antara faktor-faktor lain tersebut adalah lagu Original soundtrack (OST), budaya yang ditunjukkan, ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi dan pemandangan dalam drama yang memukau mata penonton.
Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak faktor penontonan drama Korea dalam kalangan belia di Malaysia.
Related Results
INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF
INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF
ABSTRAK Artikel ini bertujuan mengukur kesejahteraan hidup dalam kalangan belia Malaysia yang diterjemahkan melalui penghasilan Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM’15). Sejarah pemben...
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Fokus utama kemajuan sesebuah negara bukan sahaja bergantung pada perkembangan teknologi dan pembangunan infrastruktur, tetapi juga pada pembentukan modal insan yang berkualiti mel...
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
ABSTRAK Mutakhir ini konsep keusahawanan telah diperluaskan skop aplikasinya kepada konteks yang melibatkan pencapaian matlamat sosial dan bukan keuntungan. Konsep ini di label se...
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
ABSTRAK Kajian ini menjelaskan penerapan elemen pembangunan belia positif dalam perencanaan, perlaksanaan dan penilaian Program Kem Rakan Muda Jiran Muda. Pembangunan Belia Positi...
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Masyarakat Malaysia khususnya golongan belia sering disajikan dengan kempen- kempen perpaduan di saluran televisyen dalam negara. Ini adalah kerana televisyen dikatakan antara salu...
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
ABSTRAK Artikel ini berkaitan tahap kefahaman belia mengenai Gagasan 1Malaysia secara umum dan tahap kefahaman belia mengikut kaum. Secara keseluruhan, seramai 1600 orang responde...
Keterampilan Membaca; Karya Sastra Drama
Keterampilan Membaca; Karya Sastra Drama
ABSTRAKPaper ini bertujuan untuk mencoba menjelaskan dan mendeskripsikan tentang Drama yang meliputi: pengertian drama, jenis-jenis drama, ciri-ciri drama, unsur-unsur drama, struk...
SIKAP KESUKAAN DAN KEYAKINAN BELIA UNIVERSITI TERHADAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA
SIKAP KESUKAAN DAN KEYAKINAN BELIA UNIVERSITI TERHADAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA
ABSTRAK Proses transformasi dalam bidang pendidikan memerlukan peralihan yang drastik daripada pengajaran dan pembelajaran bercorak konvensional kepada berteknologi tinggi, iaitu ...

