Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)

View through CrossRef
Fokus utama kemajuan sesebuah negara bukan sahaja bergantung pada perkembangan teknologi dan pembangunan infrastruktur, tetapi juga pada pembentukan modal insan yang berkualiti melalui pendekatan menyeluruh. Dalam konteks ini, nilai dan identiti memainkan peranan penting dalam melahirkan belia yang berkaliber, selaras dengan usaha Malaysia memperkukuh jati diri dan kepimpinan mereka sebagai peneraju pembangunan negara.Oleh itu, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan kajian Indeks Belia Malaysia yang merangkumi enam domain dan 41 indikator yang bertindak sebagai penanda aras dalam memantau perkembangan kualiti dan kesejahteraan hidup generasi belia Malaysia. Artikel ini hanya memfokuskan kepada Domain nilai dan Identiti serta melibatkan tujuh indikator sahaja. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui tinjauan soal selidik secara bersemuka yang melibatkan seramai 3,202 orang belia berumur 15- 30 tahun di seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif yang dijalankan melalui perisian SPSS untuk menilai tahap nilai dan identiti belia berdasarkan faktor jantina, umur dan lokaliti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai dan identiti sangat memuaskan lebih ketara dalam kalangan perempuan (15.37%) berbanding lelaki (13.15%). Selain itu, belia dalam kategori umur 25 hingga 30 tahun mencatatkan peratusan tertinggi (16.16%) bagi nilai dan identiti yang sangat memuaskan berbanding kumpulan umur lain. Secara keseluruhan, skor nilai dan identiti belia pada tahun 2022 berada pada tahap memuaskan (75.22), dengan indikator kawalan diri menunjukkan skor tertinggi pada tahap sangat memuaskan (85.62). Dapatan ini memberi penekanan kepada keperluan untuk memperkukuh pembangunan nilai dan identiti belia bagi melahirkan generasi yang lebih berdaya tahan dan berkaliber. Pengiraan skor bagi Domain Nilai dan Identiti diperoleh melalui purata skor tujuh skor indikator dan skor keseluruhan dikira berdasarkan 20 peratus nilai pemberat domain. Nilai skor dikategorikan kepada enam skala iaitu 0-39 (Sangat tidak memuaskan); 40-49 (Tidak memuaskan); 50-59 (Kurang memuaskan); 60-74 (Sederhana); 75-79 (Memuaskan) dan 80-100 (Sangat memuaskan). Oleh itu, pengukuhan nilai dalam membentuk identiti belia perlu terus diperkasakan memandangkan identiti merupakan petunjuk kepada perkembangan karakter diri belia bagi meningkatkan nilai diri dan kajian ini diharap dapat memandu penyediaan input pembentukan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Description:
Fokus utama kemajuan sesebuah negara bukan sahaja bergantung pada perkembangan teknologi dan pembangunan infrastruktur, tetapi juga pada pembentukan modal insan yang berkualiti melalui pendekatan menyeluruh.
Dalam konteks ini, nilai dan identiti memainkan peranan penting dalam melahirkan belia yang berkaliber, selaras dengan usaha Malaysia memperkukuh jati diri dan kepimpinan mereka sebagai peneraju pembangunan negara.
Oleh itu, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan kajian Indeks Belia Malaysia yang merangkumi enam domain dan 41 indikator yang bertindak sebagai penanda aras dalam memantau perkembangan kualiti dan kesejahteraan hidup generasi belia Malaysia.
Artikel ini hanya memfokuskan kepada Domain nilai dan Identiti serta melibatkan tujuh indikator sahaja.
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui tinjauan soal selidik secara bersemuka yang melibatkan seramai 3,202 orang belia berumur 15- 30 tahun di seluruh Malaysia.
Kajian ini menggunakan analisis deskriptif yang dijalankan melalui perisian SPSS untuk menilai tahap nilai dan identiti belia berdasarkan faktor jantina, umur dan lokaliti.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai dan identiti sangat memuaskan lebih ketara dalam kalangan perempuan (15.
37%) berbanding lelaki (13.
15%).
Selain itu, belia dalam kategori umur 25 hingga 30 tahun mencatatkan peratusan tertinggi (16.
16%) bagi nilai dan identiti yang sangat memuaskan berbanding kumpulan umur lain.
Secara keseluruhan, skor nilai dan identiti belia pada tahun 2022 berada pada tahap memuaskan (75.
22), dengan indikator kawalan diri menunjukkan skor tertinggi pada tahap sangat memuaskan (85.
62).
Dapatan ini memberi penekanan kepada keperluan untuk memperkukuh pembangunan nilai dan identiti belia bagi melahirkan generasi yang lebih berdaya tahan dan berkaliber.
Pengiraan skor bagi Domain Nilai dan Identiti diperoleh melalui purata skor tujuh skor indikator dan skor keseluruhan dikira berdasarkan 20 peratus nilai pemberat domain.
Nilai skor dikategorikan kepada enam skala iaitu 0-39 (Sangat tidak memuaskan); 40-49 (Tidak memuaskan); 50-59 (Kurang memuaskan); 60-74 (Sederhana); 75-79 (Memuaskan) dan 80-100 (Sangat memuaskan).
Oleh itu, pengukuhan nilai dalam membentuk identiti belia perlu terus diperkasakan memandangkan identiti merupakan petunjuk kepada perkembangan karakter diri belia bagi meningkatkan nilai diri dan kajian ini diharap dapat memandu penyediaan input pembentukan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia.

Related Results

INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF
INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF
ABSTRAK Artikel ini bertujuan mengukur kesejahteraan hidup dalam kalangan belia Malaysia yang diterjemahkan melalui penghasilan Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM’15). Sejarah pemben...
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
ABSTRAK Mutakhir ini konsep keusahawanan telah diperluaskan skop aplikasinya kepada konteks yang melibatkan pencapaian matlamat sosial dan bukan keuntungan. Konsep ini di label se...
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
ABSTRAK Kajian ini menjelaskan penerapan elemen pembangunan belia positif dalam perencanaan, perlaksanaan dan penilaian Program Kem Rakan Muda Jiran Muda. Pembangunan Belia Positi...
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Masyarakat Malaysia khususnya golongan belia sering disajikan dengan kempen- kempen perpaduan di saluran televisyen dalam negara. Ini adalah kerana televisyen dikatakan antara salu...
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
ABSTRAK Artikel ini berkaitan tahap kefahaman belia mengenai Gagasan 1Malaysia secara umum dan tahap kefahaman belia mengikut kaum. Secara keseluruhan, seramai 1600 orang responde...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature  Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2),  Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
MEMPERKASA KEPEMIMPINAN BELIA MALAYSIA MELALUI PEMENTORAN DALAM PEMBANGUNAN BELIA POSITIF
MEMPERKASA KEPEMIMPINAN BELIA MALAYSIA MELALUI PEMENTORAN DALAM PEMBANGUNAN BELIA POSITIF
ABSTRAK Kepimpinan belia adalah elemen yang diperlukan bagi meneruskan agenda pembangunan Negara. Kewujudan kepimpinan belia dapat membentuk sebuah kumpulan pelapis yang mampu men...
SIKAP KESUKAAN DAN KEYAKINAN BELIA UNIVERSITI TERHADAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA
SIKAP KESUKAAN DAN KEYAKINAN BELIA UNIVERSITI TERHADAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA
ABSTRAK Proses transformasi dalam bidang pendidikan memerlukan peralihan yang drastik daripada pengajaran dan pembelajaran bercorak konvensional kepada berteknologi tinggi, iaitu ...

Back to Top