Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF

View through CrossRef
ABSTRAK Artikel ini bertujuan mengukur kesejahteraan hidup dalam kalangan belia Malaysia yang diterjemahkan melalui penghasilan Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM’15). Sejarah pembentukan IBM di Malaysia adalah merupakan antara negara terawal yang mewujudkan indeks yang mengukur kesejahteraan hidup generasi belia mereka dalam kalangan negara-negara Komanwel. IBM mula dibangunkan di Malaysia bermula pada tahun 2006 sebagai tahun asas, dikuti dengan penghasilan IBM pada tahun 2008 dan 2011. Penghasilan IBM pada tahun 2015 telah membawa pelbagai penambahbaikan berasaskan pembentukan indeks belia Malaysia tahun-tahun terdahulu. Penambahbaikan demi penambahbaikan ini berlaku berteraskan kepada senario semasa yang turut disokong oleh kepesatan perkembangan teknologi yang bergerak maju seiring dengan pembangunan belia yang dilihat dari kaca mata positif. IBM’15 dengan pembangunan 12 Domain dan 58 Indikator dihasilkan bertujuan bagi memantau perkembangan khusus dalam mengukur kesejahteraan hidup generasi belia pada masa kini. Antara Domain yang menjadi pemacu utama dalam mengesan kesejahteraan hidup belia Malaysia adalah Pembangunan Kendiri, Potensi Diri, Kesejahteraan Ekonomi, Penggunaan Media, Hubungan Sosial, Kesihatan, Keselamatan, Waktu Senggang, Identiti, Pendidikan, Sosialisasi Politik dan Bebas Tingkah Laku Devian. Kajian ini dilaksanakan ke atas 6,098 orang responden yang berusia di antara 15-30 tahun dengan menggunakan Blok Perhitungan bagi mengenal pasti lokaliti responden yang terlibat dalam kajian ini. Hasil IBM’15 secara keseluruhannya menunjukkan bahawa kesejahteraan hidup belia Malaysia berada pada tahap Sederhana iaitu pada skor 70.22. Berdasarkan dapatan IBM’15 dilihat masih banyak ruang penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi memastikan generasi belia Malaysia berada dalam acuan yang menjadi penentu pengisi kemakmuran dan pembangunan Malaysia pada hari ini. Kata Kunci: Indeks Belia Malaysia, Domain, Indikator, Pembangunan Belia Positif, Kesejahteraan Hidup Belia.
Institute for Youth Research Malaysia
Title: INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF
Description:
ABSTRAK Artikel ini bertujuan mengukur kesejahteraan hidup dalam kalangan belia Malaysia yang diterjemahkan melalui penghasilan Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM’15).
Sejarah pembentukan IBM di Malaysia adalah merupakan antara negara terawal yang mewujudkan indeks yang mengukur kesejahteraan hidup generasi belia mereka dalam kalangan negara-negara Komanwel.
IBM mula dibangunkan di Malaysia bermula pada tahun 2006 sebagai tahun asas, dikuti dengan penghasilan IBM pada tahun 2008 dan 2011.
Penghasilan IBM pada tahun 2015 telah membawa pelbagai penambahbaikan berasaskan pembentukan indeks belia Malaysia tahun-tahun terdahulu.
Penambahbaikan demi penambahbaikan ini berlaku berteraskan kepada senario semasa yang turut disokong oleh kepesatan perkembangan teknologi yang bergerak maju seiring dengan pembangunan belia yang dilihat dari kaca mata positif.
IBM’15 dengan pembangunan 12 Domain dan 58 Indikator dihasilkan bertujuan bagi memantau perkembangan khusus dalam mengukur kesejahteraan hidup generasi belia pada masa kini.
Antara Domain yang menjadi pemacu utama dalam mengesan kesejahteraan hidup belia Malaysia adalah Pembangunan Kendiri, Potensi Diri, Kesejahteraan Ekonomi, Penggunaan Media, Hubungan Sosial, Kesihatan, Keselamatan, Waktu Senggang, Identiti, Pendidikan, Sosialisasi Politik dan Bebas Tingkah Laku Devian.
Kajian ini dilaksanakan ke atas 6,098 orang responden yang berusia di antara 15-30 tahun dengan menggunakan Blok Perhitungan bagi mengenal pasti lokaliti responden yang terlibat dalam kajian ini.
Hasil IBM’15 secara keseluruhannya menunjukkan bahawa kesejahteraan hidup belia Malaysia berada pada tahap Sederhana iaitu pada skor 70.
22.
Berdasarkan dapatan IBM’15 dilihat masih banyak ruang penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi memastikan generasi belia Malaysia berada dalam acuan yang menjadi penentu pengisi kemakmuran dan pembangunan Malaysia pada hari ini.
Kata Kunci: Indeks Belia Malaysia, Domain, Indikator, Pembangunan Belia Positif, Kesejahteraan Hidup Belia.

Related Results

PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
ABSTRAK Kajian ini menjelaskan penerapan elemen pembangunan belia positif dalam perencanaan, perlaksanaan dan penilaian Program Kem Rakan Muda Jiran Muda. Pembangunan Belia Positi...
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Fokus utama kemajuan sesebuah negara bukan sahaja bergantung pada perkembangan teknologi dan pembangunan infrastruktur, tetapi juga pada pembentukan modal insan yang berkualiti mel...
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Masyarakat Malaysia khususnya golongan belia sering disajikan dengan kempen- kempen perpaduan di saluran televisyen dalam negara. Ini adalah kerana televisyen dikatakan antara salu...
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
ABSTRAK Mutakhir ini konsep keusahawanan telah diperluaskan skop aplikasinya kepada konteks yang melibatkan pencapaian matlamat sosial dan bukan keuntungan. Konsep ini di label se...
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
ABSTRAK Artikel ini berkaitan tahap kefahaman belia mengenai Gagasan 1Malaysia secara umum dan tahap kefahaman belia mengikut kaum. Secara keseluruhan, seramai 1600 orang responde...
MEMPERKASA KEPEMIMPINAN BELIA MALAYSIA MELALUI PEMENTORAN DALAM PEMBANGUNAN BELIA POSITIF
MEMPERKASA KEPEMIMPINAN BELIA MALAYSIA MELALUI PEMENTORAN DALAM PEMBANGUNAN BELIA POSITIF
ABSTRAK Kepimpinan belia adalah elemen yang diperlukan bagi meneruskan agenda pembangunan Negara. Kewujudan kepimpinan belia dapat membentuk sebuah kumpulan pelapis yang mampu men...
Menerokai Emosi Belia dalam Organisasi di Lembah Klang
Menerokai Emosi Belia dalam Organisasi di Lembah Klang
Emosi adalah sesuatu yang dirasai individu secara dalaman. Pelbagai bentuk emosi yang akan ditunjukkan seseorang individu dalam organisasi. Konsep emosi mempunyai pelbagai dimensi ...
SIKAP KESUKAAN DAN KEYAKINAN BELIA UNIVERSITI TERHADAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA
SIKAP KESUKAAN DAN KEYAKINAN BELIA UNIVERSITI TERHADAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA
ABSTRAK Proses transformasi dalam bidang pendidikan memerlukan peralihan yang drastik daripada pengajaran dan pembelajaran bercorak konvensional kepada berteknologi tinggi, iaitu ...

Back to Top