Javascript must be enabled to continue!
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
View through CrossRef
Masyarakat Malaysia khususnya golongan belia sering disajikan dengan kempen- kempen perpaduan di saluran televisyen dalam negara. Ini adalah kerana televisyen dikatakan antara saluran media yang sangat berpengaruh dalam menyampaikan maklumat. Namun sejauh manakah saluran ini berkesan dalam penyampaian maklumat kempen perpaduan? Kertas ini membincangkan sejauh mana implikasi keterlibatan audiens belia di tahap pemikiran, pengetahuan dan tingkah laku setelah menonton kempen perpaduan di televisyen Malaysia dengan melihat perbandingan di antara kumpulan belia Melayu dengan belia bukan Melayu. Implikasi keterlibatan audiens belia ditakrifkan sebagai situasi di mana belia memahami dan melibatkan diri dengan kempen-kempen perpaduan yang disiarkan menerusi televisyen Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 513 orang belia di sekitar Lembah Klang dan berumur antara 15 hingga 25 tahun telah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan di antara implikasi keterlibatan audiens belia di tahap pemikiran dan perasaan sahaja dengan kempen-kempen perpaduan di televisyen Malaysia di antara kumpulan belia Melayu dengan kumpulan belia bukan Melayu. Kajian juga menunjukkan bahawa televisyen masih lagi berperanan sebagai medium komunikasi bagi menyemai semangat perpaduan antara kaum khususnya golongan belia namun strategi penyampaian mungkin boleh diperkemas lagi dari masa ke semasa. Kata kekunci: Keterlibatan Audiens Belia, Media penyiaran, Kempen Perpaduan
Title: Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Description:
Masyarakat Malaysia khususnya golongan belia sering disajikan dengan kempen- kempen perpaduan di saluran televisyen dalam negara.
Ini adalah kerana televisyen dikatakan antara saluran media yang sangat berpengaruh dalam menyampaikan maklumat.
Namun sejauh manakah saluran ini berkesan dalam penyampaian maklumat kempen perpaduan? Kertas ini membincangkan sejauh mana implikasi keterlibatan audiens belia di tahap pemikiran, pengetahuan dan tingkah laku setelah menonton kempen perpaduan di televisyen Malaysia dengan melihat perbandingan di antara kumpulan belia Melayu dengan belia bukan Melayu.
Implikasi keterlibatan audiens belia ditakrifkan sebagai situasi di mana belia memahami dan melibatkan diri dengan kempen-kempen perpaduan yang disiarkan menerusi televisyen Malaysia.
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif.
Seramai 513 orang belia di sekitar Lembah Klang dan berumur antara 15 hingga 25 tahun telah terlibat dalam kajian ini.
Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan di antara implikasi keterlibatan audiens belia di tahap pemikiran dan perasaan sahaja dengan kempen-kempen perpaduan di televisyen Malaysia di antara kumpulan belia Melayu dengan kumpulan belia bukan Melayu.
Kajian juga menunjukkan bahawa televisyen masih lagi berperanan sebagai medium komunikasi bagi menyemai semangat perpaduan antara kaum khususnya golongan belia namun strategi penyampaian mungkin boleh diperkemas lagi dari masa ke semasa.
Kata kekunci: Keterlibatan Audiens Belia, Media penyiaran, Kempen Perpaduan.
Related Results
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
ABSTRAK Artikel ini berkaitan tahap kefahaman belia mengenai Gagasan 1Malaysia secara umum dan tahap kefahaman belia mengikut kaum. Secara keseluruhan, seramai 1600 orang responde...
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
ABSTRAK Kajian ini menjelaskan penerapan elemen pembangunan belia positif dalam perencanaan, perlaksanaan dan penilaian Program Kem Rakan Muda Jiran Muda. Pembangunan Belia Positi...
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
ABSTRAK Mutakhir ini konsep keusahawanan telah diperluaskan skop aplikasinya kepada konteks yang melibatkan pencapaian matlamat sosial dan bukan keuntungan. Konsep ini di label se...
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Fokus utama kemajuan sesebuah negara bukan sahaja bergantung pada perkembangan teknologi dan pembangunan infrastruktur, tetapi juga pada pembentukan modal insan yang berkualiti mel...
SIKAP KESUKAAN DAN KEYAKINAN BELIA UNIVERSITI TERHADAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA
SIKAP KESUKAAN DAN KEYAKINAN BELIA UNIVERSITI TERHADAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA
ABSTRAK Proses transformasi dalam bidang pendidikan memerlukan peralihan yang drastik daripada pengajaran dan pembelajaran bercorak konvensional kepada berteknologi tinggi, iaitu ...
INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF
INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF
ABSTRAK Artikel ini bertujuan mengukur kesejahteraan hidup dalam kalangan belia Malaysia yang diterjemahkan melalui penghasilan Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM’15). Sejarah pemben...

