Javascript must be enabled to continue!
SIKAP KESUKAAN DAN KEYAKINAN BELIA UNIVERSITI TERHADAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA
View through CrossRef
ABSTRAK Proses transformasi dalam bidang pendidikan memerlukan peralihan yang drastik daripada pengajaran dan pembelajaran bercorak konvensional kepada berteknologi tinggi, iaitu penggunaan multimedia. Transformasi ini telah dicetuskan oleh unsur inovasi dan kreatif dalam penerokaan ilmu pengetahuan yang lebih dinamik. Justeru, penyelidikan ini dilakukan untuk mengkaji hubungan sikap kesukaan dengan keyakinan belia universiti terhadap penggunaan multimedia dalam kursus-kursus pendidikan Bahasa Melayu, selain mengenal pasti faktor- faktornya. Penyelidikan ini membabitkan 500 orang belia universiti; Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Putra Malaysia. Ini membabitkan 250 orang belia universiti bagi setiap universiti telah dipilih sebagai responden kajian. Pemilihan sampel dibuat secara rawak bertujuan untuk meninjau sikap kesukaan dan keyakinan belia universiti terhadap terhadap penggunaan multimedia dalam kursus-kursus pendidikan Bahasa Melayu. Kaedah tinjauan berasaskan soal selidik dan temu bual digunakan dalam kajian ini. Analisis deskriptif digunakan untuk menghuraikan skor min sikap kesukaan dan keyakinan belia universiti. Bagi analisis inferensi pula, ujian Korelasi Pearson digunakan untuk melihat sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara sikap kesukaan dengan sikap keyakinan belia universiti. Analisis deskriptif bagi kajian kualitatif turut dilakukan dalam mengenal pasti faktor-faktor belia universiti menunjukkan sikap kesukaan dan keyakinan terhadap penggunaan multimedia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sikap kesukaan dengan sikap keyakinan belia universiti terhadap terhadap penggunaan multimedia dalam kursus-kursus pendidikan Bahasa Melayu. Faktor-faktor tertentu juga telah dikenal pasti tentang sikap kesukaan dan keyakinan yang ditunjukkan yang majoritinya berkisar kepada faedah dari segi memproses, mengingat, menyimpan dan menyampaikan semula segala maklumat tentang ilmu pengetahuan. Hasil kajian ini membuka laluan kepada belia guru dalam trend siber untuk memikirkan konsistensi pemilihan bahan pembelajaran berasaskan multimedia yang lebih sesuai diguna pakai di dalam bilik darjah, selain bermatlamat ke arah melahirkan generasi belia pelajar di sekolah yang berketerampilan dalam bidang bahasa Melayu. Kata Kunci: Sikap Kesukaan, Sikap Keyakinan, Multimedia, Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Title: SIKAP KESUKAAN DAN KEYAKINAN BELIA UNIVERSITI TERHADAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA
Description:
ABSTRAK Proses transformasi dalam bidang pendidikan memerlukan peralihan yang drastik daripada pengajaran dan pembelajaran bercorak konvensional kepada berteknologi tinggi, iaitu penggunaan multimedia.
Transformasi ini telah dicetuskan oleh unsur inovasi dan kreatif dalam penerokaan ilmu pengetahuan yang lebih dinamik.
Justeru, penyelidikan ini dilakukan untuk mengkaji hubungan sikap kesukaan dengan keyakinan belia universiti terhadap penggunaan multimedia dalam kursus-kursus pendidikan Bahasa Melayu, selain mengenal pasti faktor- faktornya.
Penyelidikan ini membabitkan 500 orang belia universiti; Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Putra Malaysia.
Ini membabitkan 250 orang belia universiti bagi setiap universiti telah dipilih sebagai responden kajian.
Pemilihan sampel dibuat secara rawak bertujuan untuk meninjau sikap kesukaan dan keyakinan belia universiti terhadap terhadap penggunaan multimedia dalam kursus-kursus pendidikan Bahasa Melayu.
Kaedah tinjauan berasaskan soal selidik dan temu bual digunakan dalam kajian ini.
Analisis deskriptif digunakan untuk menghuraikan skor min sikap kesukaan dan keyakinan belia universiti.
Bagi analisis inferensi pula, ujian Korelasi Pearson digunakan untuk melihat sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara sikap kesukaan dengan sikap keyakinan belia universiti.
Analisis deskriptif bagi kajian kualitatif turut dilakukan dalam mengenal pasti faktor-faktor belia universiti menunjukkan sikap kesukaan dan keyakinan terhadap penggunaan multimedia.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sikap kesukaan dengan sikap keyakinan belia universiti terhadap terhadap penggunaan multimedia dalam kursus-kursus pendidikan Bahasa Melayu.
Faktor-faktor tertentu juga telah dikenal pasti tentang sikap kesukaan dan keyakinan yang ditunjukkan yang majoritinya berkisar kepada faedah dari segi memproses, mengingat, menyimpan dan menyampaikan semula segala maklumat tentang ilmu pengetahuan.
Hasil kajian ini membuka laluan kepada belia guru dalam trend siber untuk memikirkan konsistensi pemilihan bahan pembelajaran berasaskan multimedia yang lebih sesuai diguna pakai di dalam bilik darjah, selain bermatlamat ke arah melahirkan generasi belia pelajar di sekolah yang berketerampilan dalam bidang bahasa Melayu.
Kata Kunci: Sikap Kesukaan, Sikap Keyakinan, Multimedia, Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Related Results
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
ABSTRAK Kajian ini menjelaskan penerapan elemen pembangunan belia positif dalam perencanaan, perlaksanaan dan penilaian Program Kem Rakan Muda Jiran Muda. Pembangunan Belia Positi...
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Fokus utama kemajuan sesebuah negara bukan sahaja bergantung pada perkembangan teknologi dan pembangunan infrastruktur, tetapi juga pada pembentukan modal insan yang berkualiti mel...
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
ABSTRAK Mutakhir ini konsep keusahawanan telah diperluaskan skop aplikasinya kepada konteks yang melibatkan pencapaian matlamat sosial dan bukan keuntungan. Konsep ini di label se...
INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF
INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF
ABSTRAK Artikel ini bertujuan mengukur kesejahteraan hidup dalam kalangan belia Malaysia yang diterjemahkan melalui penghasilan Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM’15). Sejarah pemben...
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Masyarakat Malaysia khususnya golongan belia sering disajikan dengan kempen- kempen perpaduan di saluran televisyen dalam negara. Ini adalah kerana televisyen dikatakan antara salu...
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
ABSTRAK Artikel ini berkaitan tahap kefahaman belia mengenai Gagasan 1Malaysia secara umum dan tahap kefahaman belia mengikut kaum. Secara keseluruhan, seramai 1600 orang responde...
MEMPERKASA KEPEMIMPINAN BELIA MALAYSIA MELALUI PEMENTORAN DALAM PEMBANGUNAN BELIA POSITIF
MEMPERKASA KEPEMIMPINAN BELIA MALAYSIA MELALUI PEMENTORAN DALAM PEMBANGUNAN BELIA POSITIF
ABSTRAK Kepimpinan belia adalah elemen yang diperlukan bagi meneruskan agenda pembangunan Negara. Kewujudan kepimpinan belia dapat membentuk sebuah kumpulan pelapis yang mampu men...
Menerokai Emosi Belia dalam Organisasi di Lembah Klang
Menerokai Emosi Belia dalam Organisasi di Lembah Klang
Emosi adalah sesuatu yang dirasai individu secara dalaman. Pelbagai bentuk emosi yang akan ditunjukkan seseorang individu dalam organisasi. Konsep emosi mempunyai pelbagai dimensi ...

