Javascript must be enabled to continue!
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
View through CrossRef
ABSTRAK Kajian ini menjelaskan penerapan elemen pembangunan belia positif dalam perencanaan, perlaksanaan dan penilaian Program Kem Rakan Muda Jiran Muda. Pembangunan Belia Positif merupakan satu pendekatan yang memberikan keutamaan kepada golongan muda dengan memfokuskan kepada aset golongan muda seperti kapasiti, kekuatan dan keperluan pembangunan golongan muda dan bukan kepada kekurangan mereka seperti faktor risiko, tingkah laku negatif dan menimbulkan masalah. Justeru dalam kajian ini bertujuan untuk meninjau kedapatan elemen pembangunan belia positif dalam proses perencanaan program Kem Rakan Muda Jiran Muda. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan teknik temu bual mendalam, pemerhatian turut serta dan juga perbincangan kumpulan berfokus. Seramai 14 orang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pegawai-pegawai dari peringkat perancangan, pelaksana dan penilai. Lokasi kajian adalah di sekitar kawasan Johor, Pulau Pinang dan Kelantan. Teknik pensampelan yang digunakan adalah pensampelan bertujuan. Constants Comparative Analysis digunakan bagi menganalisis dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kewujudan elemen pembangunan belia positif di peringkat perancangan dan perlaksanaan. Hal ini memberikan satu gambaran fenomena baru dalam perencanaan program pembangunan belia dengan menitikberatkan aktiviti pencegahan dalam pembangunan belia supaya pembangunan belia hari ini seimbang dari pelbagai segi yang menumpukan kepada penyerlahan potensi belia masa kini. Pembangunan belia positif menekankan persediaan yang menyeluruh bagi golongan muda untuk berjaya dalam memberi sumbangan mereka sebagai individu yang dewasa daripada memfokuskan kepada memastikan golongan muda tidak terlibat dalam tingkah laku yang berisiko. Implikasinya, melalui pembangunan belia positif, belia hari ini dapat mengembangkan potensi mereka dan juga secara tidak langsung ia dapat membentuk satu komuniti belia yang lebih baik dan holistik. Kata Kunci : Pembangunan Belia Positif, Belia, Perencanaan, Program Kem Rakan Muda Jiran Muda
Institute for Youth Research Malaysia
Title: PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
Description:
ABSTRAK Kajian ini menjelaskan penerapan elemen pembangunan belia positif dalam perencanaan, perlaksanaan dan penilaian Program Kem Rakan Muda Jiran Muda.
Pembangunan Belia Positif merupakan satu pendekatan yang memberikan keutamaan kepada golongan muda dengan memfokuskan kepada aset golongan muda seperti kapasiti, kekuatan dan keperluan pembangunan golongan muda dan bukan kepada kekurangan mereka seperti faktor risiko, tingkah laku negatif dan menimbulkan masalah.
Justeru dalam kajian ini bertujuan untuk meninjau kedapatan elemen pembangunan belia positif dalam proses perencanaan program Kem Rakan Muda Jiran Muda.
Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan teknik temu bual mendalam, pemerhatian turut serta dan juga perbincangan kumpulan berfokus.
Seramai 14 orang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pegawai-pegawai dari peringkat perancangan, pelaksana dan penilai.
Lokasi kajian adalah di sekitar kawasan Johor, Pulau Pinang dan Kelantan.
Teknik pensampelan yang digunakan adalah pensampelan bertujuan.
Constants Comparative Analysis digunakan bagi menganalisis dapatan kajian.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kewujudan elemen pembangunan belia positif di peringkat perancangan dan perlaksanaan.
Hal ini memberikan satu gambaran fenomena baru dalam perencanaan program pembangunan belia dengan menitikberatkan aktiviti pencegahan dalam pembangunan belia supaya pembangunan belia hari ini seimbang dari pelbagai segi yang menumpukan kepada penyerlahan potensi belia masa kini.
Pembangunan belia positif menekankan persediaan yang menyeluruh bagi golongan muda untuk berjaya dalam memberi sumbangan mereka sebagai individu yang dewasa daripada memfokuskan kepada memastikan golongan muda tidak terlibat dalam tingkah laku yang berisiko.
Implikasinya, melalui pembangunan belia positif, belia hari ini dapat mengembangkan potensi mereka dan juga secara tidak langsung ia dapat membentuk satu komuniti belia yang lebih baik dan holistik.
Kata Kunci : Pembangunan Belia Positif, Belia, Perencanaan, Program Kem Rakan Muda Jiran Muda.
Related Results
INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF
INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF
ABSTRAK Artikel ini bertujuan mengukur kesejahteraan hidup dalam kalangan belia Malaysia yang diterjemahkan melalui penghasilan Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM’15). Sejarah pemben...
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Fokus utama kemajuan sesebuah negara bukan sahaja bergantung pada perkembangan teknologi dan pembangunan infrastruktur, tetapi juga pada pembentukan modal insan yang berkualiti mel...
MEMPERKASA KEPEMIMPINAN BELIA MALAYSIA MELALUI PEMENTORAN DALAM PEMBANGUNAN BELIA POSITIF
MEMPERKASA KEPEMIMPINAN BELIA MALAYSIA MELALUI PEMENTORAN DALAM PEMBANGUNAN BELIA POSITIF
ABSTRAK Kepimpinan belia adalah elemen yang diperlukan bagi meneruskan agenda pembangunan Negara. Kewujudan kepimpinan belia dapat membentuk sebuah kumpulan pelapis yang mampu men...
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
ABSTRAK Mutakhir ini konsep keusahawanan telah diperluaskan skop aplikasinya kepada konteks yang melibatkan pencapaian matlamat sosial dan bukan keuntungan. Konsep ini di label se...
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Masyarakat Malaysia khususnya golongan belia sering disajikan dengan kempen- kempen perpaduan di saluran televisyen dalam negara. Ini adalah kerana televisyen dikatakan antara salu...
Menerokai Emosi Belia dalam Organisasi di Lembah Klang
Menerokai Emosi Belia dalam Organisasi di Lembah Klang
Emosi adalah sesuatu yang dirasai individu secara dalaman. Pelbagai bentuk emosi yang akan ditunjukkan seseorang individu dalam organisasi. Konsep emosi mempunyai pelbagai dimensi ...
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
ABSTRAK Artikel ini berkaitan tahap kefahaman belia mengenai Gagasan 1Malaysia secara umum dan tahap kefahaman belia mengikut kaum. Secara keseluruhan, seramai 1600 orang responde...
SIKAP KESUKAAN DAN KEYAKINAN BELIA UNIVERSITI TERHADAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA
SIKAP KESUKAAN DAN KEYAKINAN BELIA UNIVERSITI TERHADAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA
ABSTRAK Proses transformasi dalam bidang pendidikan memerlukan peralihan yang drastik daripada pengajaran dan pembelajaran bercorak konvensional kepada berteknologi tinggi, iaitu ...

