Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA

View through CrossRef
ABSTRAK Artikel ini berkaitan tahap kefahaman belia mengenai Gagasan 1Malaysia secara umum dan tahap kefahaman belia mengikut kaum. Secara keseluruhan, seramai 1600 orang responden yang terdiri daripada belia telah dipilih untuk kajian ini. Para responden terdiri daripada golongan belia yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak selesa (convenience sampling). Sampel yang dipilih mewakili belia daripada pelbagai bangsa dan juga jantina. Dalam hal ini, tidak ditetapkan suatu prosedur asas daripada segi bangsa dan jantina responden. Maklumat diperolehi melalui jawapan daripada borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0. Frekuensi, min, cross tabulation dan peratus digunakan dalam analisa data. Data juga ditafsirkan secara deskriptif untuk menjelaskan angka dan peratusan. Penganalisaan data juga tidak mengenepikan objektif-objektif kajian bahkan analisa data membantu menjelaskan pencapaian objektif kajian. Para responden telah ditanya dengan 55 soalan berbentuk likert scale yang mencakupi pengujian kefahaman dan pengukuran tahap kefahaman terhadap Gagasan 1Malaysia. Tahap kefahaman belia diklasifikasikan mengikut julat dan skor min yang diinterpretasikan oleh penyelidik. Analisis statistik pula menggunakan skor min dan tahap setiap item bagi mentafsirkan data secara deskriptif. Secara keseluruhan, tahap kefahaman belia Malaysia terhadap Gagasan 1Malaysia adalah tinggi. Sungguhpun demikian, kita mengharapkan ia dapat mencapai tahap tertinggi dengan wujudnya usaha-usaha penjelasan yang lebih ekstensif dan menyeluruh. Sebanyak 68.5% belia Malaysia mengakui bahawa kempen-kempen mengenai 1Malaysia menyedarkan mereka mengenai kepentingan perpaduan. 80.9% belia Malaysia menyatakan bahawa mereka faham Gagasan 1Malaysia memupuk semangat pemuafakatan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Di samping itu, 79.0% belia Malaysia menyatakan bahawa mereka faham bahawa Gagasan 1Malaysia menampilkan penekanan kepada perpaduan dan keharmonian hubungan antara kaum. Kata Kunci: Gagasan 1Malaysia, Belia, Malaysia, Kefahaman
Title: KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
Description:
ABSTRAK Artikel ini berkaitan tahap kefahaman belia mengenai Gagasan 1Malaysia secara umum dan tahap kefahaman belia mengikut kaum.
Secara keseluruhan, seramai 1600 orang responden yang terdiri daripada belia telah dipilih untuk kajian ini.
Para responden terdiri daripada golongan belia yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak selesa (convenience sampling).
Sampel yang dipilih mewakili belia daripada pelbagai bangsa dan juga jantina.
Dalam hal ini, tidak ditetapkan suatu prosedur asas daripada segi bangsa dan jantina responden.
Maklumat diperolehi melalui jawapan daripada borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden.
Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.
Frekuensi, min, cross tabulation dan peratus digunakan dalam analisa data.
Data juga ditafsirkan secara deskriptif untuk menjelaskan angka dan peratusan.
Penganalisaan data juga tidak mengenepikan objektif-objektif kajian bahkan analisa data membantu menjelaskan pencapaian objektif kajian.
Para responden telah ditanya dengan 55 soalan berbentuk likert scale yang mencakupi pengujian kefahaman dan pengukuran tahap kefahaman terhadap Gagasan 1Malaysia.
Tahap kefahaman belia diklasifikasikan mengikut julat dan skor min yang diinterpretasikan oleh penyelidik.
Analisis statistik pula menggunakan skor min dan tahap setiap item bagi mentafsirkan data secara deskriptif.
Secara keseluruhan, tahap kefahaman belia Malaysia terhadap Gagasan 1Malaysia adalah tinggi.
Sungguhpun demikian, kita mengharapkan ia dapat mencapai tahap tertinggi dengan wujudnya usaha-usaha penjelasan yang lebih ekstensif dan menyeluruh.
Sebanyak 68.
5% belia Malaysia mengakui bahawa kempen-kempen mengenai 1Malaysia menyedarkan mereka mengenai kepentingan perpaduan.
80.
9% belia Malaysia menyatakan bahawa mereka faham Gagasan 1Malaysia memupuk semangat pemuafakatan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Di samping itu, 79.
0% belia Malaysia menyatakan bahawa mereka faham bahawa Gagasan 1Malaysia menampilkan penekanan kepada perpaduan dan keharmonian hubungan antara kaum.
Kata Kunci: Gagasan 1Malaysia, Belia, Malaysia, Kefahaman.

Related Results

INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF
INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF
ABSTRAK Artikel ini bertujuan mengukur kesejahteraan hidup dalam kalangan belia Malaysia yang diterjemahkan melalui penghasilan Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM’15). Sejarah pemben...
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
ABSTRAK Mutakhir ini konsep keusahawanan telah diperluaskan skop aplikasinya kepada konteks yang melibatkan pencapaian matlamat sosial dan bukan keuntungan. Konsep ini di label se...
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Fokus utama kemajuan sesebuah negara bukan sahaja bergantung pada perkembangan teknologi dan pembangunan infrastruktur, tetapi juga pada pembentukan modal insan yang berkualiti mel...
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Masyarakat Malaysia khususnya golongan belia sering disajikan dengan kempen- kempen perpaduan di saluran televisyen dalam negara. Ini adalah kerana televisyen dikatakan antara salu...
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
ABSTRAK Kajian ini menjelaskan penerapan elemen pembangunan belia positif dalam perencanaan, perlaksanaan dan penilaian Program Kem Rakan Muda Jiran Muda. Pembangunan Belia Positi...
MEMPERKASA KEPEMIMPINAN BELIA MALAYSIA MELALUI PEMENTORAN DALAM PEMBANGUNAN BELIA POSITIF
MEMPERKASA KEPEMIMPINAN BELIA MALAYSIA MELALUI PEMENTORAN DALAM PEMBANGUNAN BELIA POSITIF
ABSTRAK Kepimpinan belia adalah elemen yang diperlukan bagi meneruskan agenda pembangunan Negara. Kewujudan kepimpinan belia dapat membentuk sebuah kumpulan pelapis yang mampu men...
SIKAP KESUKAAN DAN KEYAKINAN BELIA UNIVERSITI TERHADAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA
SIKAP KESUKAAN DAN KEYAKINAN BELIA UNIVERSITI TERHADAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA
ABSTRAK Proses transformasi dalam bidang pendidikan memerlukan peralihan yang drastik daripada pengajaran dan pembelajaran bercorak konvensional kepada berteknologi tinggi, iaitu ...
Menerokai Emosi Belia dalam Organisasi di Lembah Klang
Menerokai Emosi Belia dalam Organisasi di Lembah Klang
Emosi adalah sesuatu yang dirasai individu secara dalaman. Pelbagai bentuk emosi yang akan ditunjukkan seseorang individu dalam organisasi. Konsep emosi mempunyai pelbagai dimensi ...

Back to Top