Javascript must be enabled to continue!
DOKUMEN HIBAH SEBAGAI BUKTI PEMILIKAN HARTA BERDASARKAN ANALISIS KES MAHKAMAH SYARIAH
View through CrossRef
Hibah merupakan instrumen perancangan harta Islam yang semakin diamalkan bagi memastikan pemindahan harta dapat dilaksanakan semasa hayat pemberi hibah. Namun, dalam amalan kehakiman di Malaysia, dokumen hibah yang disediakan sering dipertikaikan di Mahkamah Syariah apabila elemen rukun dan syarat hibah, khususnya sighah dan qabd, gagal dibuktikan dengan jelas. Keadaan ini menimbulkan ketidakpastian terhadap kedudukan dokumen hibah sebagai bukti pemilikan harta. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis peranan dan kedudukan dokumen hibah sebagai bukti pemilikan harta berdasarkan keputusan Mahkamah Syariah di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisis dokumen dan kajian kes terhadap beberapa penghakiman Mahkamah Syariah yang melibatkan hibah mutlak, hibah bersyarat dan hibah harta bercagar. Hasil kajian mendapati bahawa Mahkamah Syariah tidak menerima dokumen hibah secara automatik sebagai bukti muktamad pemilikan harta, sebaliknya menilai kesahihannya berdasarkan pematuhan rukun dan syarat hibah serta pembuktian elemen qabd. Kajian ini juga mendapati wujud ketidakseragaman dalam penghakiman kes hibah akibat ketiadaan undang-undang hibah yang khusus. Oleh itu, kajian ini mencadangkan pewujudan garis panduan pelaksanaan hibah dan penggubalan undang-undang hibah yang komprehensif bagi memperkukuh kepastian hukum dan amalan hibah di Malaysia.
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Title: DOKUMEN HIBAH SEBAGAI BUKTI PEMILIKAN HARTA BERDASARKAN ANALISIS KES MAHKAMAH SYARIAH
Description:
Hibah merupakan instrumen perancangan harta Islam yang semakin diamalkan bagi memastikan pemindahan harta dapat dilaksanakan semasa hayat pemberi hibah.
Namun, dalam amalan kehakiman di Malaysia, dokumen hibah yang disediakan sering dipertikaikan di Mahkamah Syariah apabila elemen rukun dan syarat hibah, khususnya sighah dan qabd, gagal dibuktikan dengan jelas.
Keadaan ini menimbulkan ketidakpastian terhadap kedudukan dokumen hibah sebagai bukti pemilikan harta.
Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis peranan dan kedudukan dokumen hibah sebagai bukti pemilikan harta berdasarkan keputusan Mahkamah Syariah di Malaysia.
Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisis dokumen dan kajian kes terhadap beberapa penghakiman Mahkamah Syariah yang melibatkan hibah mutlak, hibah bersyarat dan hibah harta bercagar.
Hasil kajian mendapati bahawa Mahkamah Syariah tidak menerima dokumen hibah secara automatik sebagai bukti muktamad pemilikan harta, sebaliknya menilai kesahihannya berdasarkan pematuhan rukun dan syarat hibah serta pembuktian elemen qabd.
Kajian ini juga mendapati wujud ketidakseragaman dalam penghakiman kes hibah akibat ketiadaan undang-undang hibah yang khusus.
Oleh itu, kajian ini mencadangkan pewujudan garis panduan pelaksanaan hibah dan penggubalan undang-undang hibah yang komprehensif bagi memperkukuh kepastian hukum dan amalan hibah di Malaysia.
Related Results
Status Quo Hibah dalam Penyelesaian Pertikaian Harta di Mahkamah Malaysia
Status Quo Hibah dalam Penyelesaian Pertikaian Harta di Mahkamah Malaysia
Dalam mencapai kesejahteraan ummah, pengurusan kekayaan menerusi pelbagai instrumen perancangan harta adalah penting. Makalah ini mengkaji status quo hibah di Malaysia yang meliput...
Sains Forensik dan Pengaplikasiannya dalam Keterangan Dokumentar di Mahkamah Syariah Malaysia
Sains Forensik dan Pengaplikasiannya dalam Keterangan Dokumentar di Mahkamah Syariah Malaysia
Dokumen merupakan salah satu bentuk kaedah pembuktian yang paling banyak digunakan di mahkamah sama ada di mahkamah sivil mahupun di mahkamah syariah di M...
Tanggung Jawab Penerima Hibah Uang yang Bersumber dari APBD oleh Pemerintah Daerah
Tanggung Jawab Penerima Hibah Uang yang Bersumber dari APBD oleh Pemerintah Daerah
Salah satu pilar pokok otonomi daerah adalah kewenangan daerah untuk mengelola secara mandiri keuangan daerahnya. Pemerintah daerah provinsi selaku penyelenggara pemerintahan ditin...
LEGITIMASI SURAT KETERANGAN HIBAH TERHADAP HARTA WARISAN OLEH PEWARIS
LEGITIMASI SURAT KETERANGAN HIBAH TERHADAP HARTA WARISAN OLEH PEWARIS
Legitimasi adalah peraturan yang mengandung keabsahan atau pengakuan secara sah dan kualitas otoritas yang dianggap sah. Legitimasi didefinisikan sebagai bentuk pengakuan maupun pe...
CACAT HUKUM DALAM HIBAH SEBAGAI PERJANJIAN SEPIHAK DAN IMPLIKASINYA
CACAT HUKUM DALAM HIBAH SEBAGAI PERJANJIAN SEPIHAK DAN IMPLIKASINYA
AbstractGrant Agreement in the modern era has been regarded as a normal thing, but most of the implementations found incorrect according to legislation. The method used in this res...
Pertanggungjawaban Pidana Dana Korupsi Dana Hibah
Pertanggungjawaban Pidana Dana Korupsi Dana Hibah
Kebijakan dana hibah dan bansos yang bersumber dari APBD sering sekali menjadi permasalahan di kalangan masyarakat. Seharusnya siapa saja yang berhak menerima, maka makin banyak ju...
Kedudukan dan Kewenangan Balai Harta Peninggalan dalam Pengelolaan Harta Peninggalan Tak Terurus
Kedudukan dan Kewenangan Balai Harta Peninggalan dalam Pengelolaan Harta Peninggalan Tak Terurus
Berdasarkan Pasal 1127 KUHPerdata Balai Harta Peninggalan ditugaskan menjalankan pengurusan atas setiap warisan yang tak terurus selama 30 tahun/ lebih, setelah melakukan pengelola...
Fatwa: Kedudukannya di Mahkamah Sivil
Fatwa: Kedudukannya di Mahkamah Sivil
This article discusses the position of fatwa as a reference in civil courts. Specifically it focuses on the status of fatwa in the courts and its application. It identifies the sit...

