Javascript must be enabled to continue!
Sains Forensik dan Pengaplikasiannya dalam Keterangan Dokumentar di Mahkamah Syariah Malaysia
View through CrossRef
Dokumen merupakan salah satu bentuk kaedah pembuktian yang paling banyak digunakan di mahkamah sama ada di mahkamah sivil mahupun di mahkamah syariah di Malaysia. Ciri-ciri yang terdapat pada dokumen seperti bersifat kekal menjadikannya pilihan utama berbanding dengan kaedah pembuktian yang lain. Walau bagaimanapun, isu dalam penerimaan dokumen sebagai kaedah pembuktian adalah berkaitan dengan keaslian bahan bukti tersebut untuk dikemukakan di mahkamah. Sekiranya dokumen yang dikemukakan diragui akan keasliannya, mahkamah akan menolak bahan bukti tersebut untuk dijadikan sebagai keterangan dan memerlukan bukti sokongan lain. Sains forensik ialah pengaplikasian kemodenan sains dalam hal membantu menyelesaikan pelbagai masalah termasuklah memastikan keaslian sesuatu dokumen. Dalam makalah ini, penyelidik membincangkan konsep, isu dan cabaran dalam pengemukaan keterangan dokumentar di mahkamah syariah Malaysia, memperjelas peranan sains forensik dan kepentingannya di mahkamah serta melihat sejauh mana kebolehterimaannya dalam keterangan dokumentar di mahkamah syariah di Malaysia. Bagi mencapai objektif kajian tersebut, penyelidik menggunakan pendekatan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen daripada data primer dan data sekunder. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan dipersembahkan dalam bentuk subtema. Hasil kajian menunjukkan, bahawa pengaplikasian sains forensik dalam keterangan dokumentar dilihat sangat penting khususnya untuk menangani isu yang berkaitan dengan keasliannya sebagai pembuktian dan sebagai langkah awal bagi mengelakkan pemalsuan dokumen daripada berlaku. Selain itu, mahkamah syariah Malaysia secara umumnya telah menerima pakai bukti saintifik berdasarkan Arahan Amalan No. 4 Tahun 2020. Kajian lanjutan perlulah dijalankan khususnya berkaitan dengan pembentukan garis panduan dan peruntukan berkaitan dengan penerimaannya di mahkamah syariah Malaysia
Title: Sains Forensik dan Pengaplikasiannya dalam Keterangan Dokumentar di Mahkamah Syariah Malaysia
Description:
Dokumen merupakan salah satu bentuk kaedah pembuktian yang paling banyak digunakan di mahkamah sama ada di mahkamah sivil mahupun di mahkamah syariah di Malaysia.
Ciri-ciri yang terdapat pada dokumen seperti bersifat kekal menjadikannya pilihan utama berbanding dengan kaedah pembuktian yang lain.
Walau bagaimanapun, isu dalam penerimaan dokumen sebagai kaedah pembuktian adalah berkaitan dengan keaslian bahan bukti tersebut untuk dikemukakan di mahkamah.
Sekiranya dokumen yang dikemukakan diragui akan keasliannya, mahkamah akan menolak bahan bukti tersebut untuk dijadikan sebagai keterangan dan memerlukan bukti sokongan lain.
Sains forensik ialah pengaplikasian kemodenan sains dalam hal membantu menyelesaikan pelbagai masalah termasuklah memastikan keaslian sesuatu dokumen.
Dalam makalah ini, penyelidik membincangkan konsep, isu dan cabaran dalam pengemukaan keterangan dokumentar di mahkamah syariah Malaysia, memperjelas peranan sains forensik dan kepentingannya di mahkamah serta melihat sejauh mana kebolehterimaannya dalam keterangan dokumentar di mahkamah syariah di Malaysia.
Bagi mencapai objektif kajian tersebut, penyelidik menggunakan pendekatan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen daripada data primer dan data sekunder.
Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan dipersembahkan dalam bentuk subtema.
Hasil kajian menunjukkan, bahawa pengaplikasian sains forensik dalam keterangan dokumentar dilihat sangat penting khususnya untuk menangani isu yang berkaitan dengan keasliannya sebagai pembuktian dan sebagai langkah awal bagi mengelakkan pemalsuan dokumen daripada berlaku.
Selain itu, mahkamah syariah Malaysia secara umumnya telah menerima pakai bukti saintifik berdasarkan Arahan Amalan No.
4 Tahun 2020.
Kajian lanjutan perlulah dijalankan khususnya berkaitan dengan pembentukan garis panduan dan peruntukan berkaitan dengan penerimaannya di mahkamah syariah Malaysia.
Related Results
KRITERIA PEMILIHAN SAKSI PAKAR FORENSIK DI MAHKAMAH
KRITERIA PEMILIHAN SAKSI PAKAR FORENSIK DI MAHKAMAH
Peruntukan berkaitan keterangan saksi pakar forensik telah lama digunakan di mahkamah berdasarkan peruntukan keterangan pakar. Walau bagaimanapun, terdapat pertikaian dari sudut kr...
Determinants of Islamic Banking Profitability: A Comparative Analysis of Indonesia and Malaysia
Determinants of Islamic Banking Profitability: A Comparative Analysis of Indonesia and Malaysia
ABSTRACT
Islamic banking in Indonesia and Malaysia experienced differences in asset growth and market share, potentially causing dissimilarity in profitability performance. This st...
Representasi Komunikasi Forensik pada Film Ice Cold
Representasi Komunikasi Forensik pada Film Ice Cold
Abstract. The murder case of Mirna Salihin, which sparked controversy and inspired the making of the documentary film "Ice Cold." This film attempts to depict the chronology of the...
SOROTAN LITERATUR IMPLEMENTASI ḤAḌĀNAH DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA
SOROTAN LITERATUR IMPLEMENTASI ḤAḌĀNAH DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA
ABSTRAK
Ḥaḍānah atau hak penjagaan anak ini merupakan satu isu yang sering timbul setelah berlakunya penceraian sehingga hari ini. Pelbagai inisiatif dijalankan oleh pihak be...
PENDIDIKAN AKUNTANSI FORENSIK DI INDONESIA: SEBUAH KAJIAN LITERATUR
PENDIDIKAN AKUNTANSI FORENSIK DI INDONESIA: SEBUAH KAJIAN LITERATUR
Penelitian ini menganalisis secara sistematis artikel dan penelitian yang sudah ada tentang pendidikan akuntansi forensik di Indonesia. Penelitian ini juga hendak mengidentifikasi ...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
The Impact of the Covid-19 Pandemic and Macroeconomics on the Sharia Stock Indexes in Indonesia
The Impact of the Covid-19 Pandemic and Macroeconomics on the Sharia Stock Indexes in Indonesia
ABSTRACT
The Covid-19 pandemic has changed economic conditions in various countries, including Indonesia. One of the sectors affected is the capital market sector which can also de...
STATUS HUKUM NASABAH BNI SYARIAH SETELAH MERGER MENJADI BANK SYARIAH INDONESIA
STATUS HUKUM NASABAH BNI SYARIAH SETELAH MERGER MENJADI BANK SYARIAH INDONESIA
Abstrak
Penelitian ini membahas tentang bagaimana status hukum nasabah BNI Syariah Makassar setelah merger menjadi Bank Syariah Indonesia. Kelahiran Bank Syariah Indonesia, pengga...

