Javascript must be enabled to continue!
Status Quo Hibah dalam Penyelesaian Pertikaian Harta di Mahkamah Malaysia
View through CrossRef
Dalam mencapai kesejahteraan ummah, pengurusan kekayaan menerusi pelbagai instrumen perancangan harta adalah penting. Makalah ini mengkaji status quo hibah di Malaysia yang meliputi aspek amalan, punca kuasa, bidang kuasa dan keputusan mahkamah dalam kes yang berkaitan dengan hibah. Kajian perundangan ini berbentuk kualitatif menggunakan analisis deskriptif yang melibatkan pengambilan data kajian menerusi pelbagai buku, jurnal dan dokumen perundangan, seperti akta Parlimen, enakmen negeri-negeri dan resolusi Syariah. Kajian ini menganalisis enam tema, iaitu penentuan elemen hibah, hadiah dan sedekah, niat hibah tanpa lafaz ijab dan kabul, kabul menerusi perbuatan tanpa lafaz, pemilikan sempurna al-mauhub, sighah ijab dan kabul secara elektronik; dan qabd dalam pemberian hibah. Hasil kajian ini mendapati bahawa amalan hibah di Malaysia terbahagi kepada kontrak hibah bukan komersial dan kontrak hibah komersial. Sungguhpun perkara hibah diletakkan di bawah Senarai 2 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, konflik bidang kuasa boleh tercetus berdasarkan perkembangan aplikasi konsep dan kontrak hibah kontemporari. Pada akhir kajian, disimpulkan bahawa semua kes yang berkaitan dengan kontrak hibah bukan komersial adalah tertakluk pada bidang kuasa mahkamah syariah, manakala kes kontrak hibah komersial pula akan dibicarakan dan diputuskan di mahkamah sivil. Pada peringkat mahkamah syariah, wujud kelompangan besar dan perbezaan pendekatan keputusan oleh mahkamah yang memutuskan keabsahan hibah disebabkan oleh ketiadaan perundangan statut yang menjadi piawai. Makalah ini juga mengemukakan cadangan penggubalan undang-undang hibah yang bersifat spesifik, holistik dan komprehensif sebagai panduan dan penyelarasan hibah di Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka
Title: Status Quo Hibah dalam Penyelesaian Pertikaian Harta di Mahkamah Malaysia
Description:
Dalam mencapai kesejahteraan ummah, pengurusan kekayaan menerusi pelbagai instrumen perancangan harta adalah penting.
Makalah ini mengkaji status quo hibah di Malaysia yang meliputi aspek amalan, punca kuasa, bidang kuasa dan keputusan mahkamah dalam kes yang berkaitan dengan hibah.
Kajian perundangan ini berbentuk kualitatif menggunakan analisis deskriptif yang melibatkan pengambilan data kajian menerusi pelbagai buku, jurnal dan dokumen perundangan, seperti akta Parlimen, enakmen negeri-negeri dan resolusi Syariah.
Kajian ini menganalisis enam tema, iaitu penentuan elemen hibah, hadiah dan sedekah, niat hibah tanpa lafaz ijab dan kabul, kabul menerusi perbuatan tanpa lafaz, pemilikan sempurna al-mauhub, sighah ijab dan kabul secara elektronik; dan qabd dalam pemberian hibah.
Hasil kajian ini mendapati bahawa amalan hibah di Malaysia terbahagi kepada kontrak hibah bukan komersial dan kontrak hibah komersial.
Sungguhpun perkara hibah diletakkan di bawah Senarai 2 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, konflik bidang kuasa boleh tercetus berdasarkan perkembangan aplikasi konsep dan kontrak hibah kontemporari.
Pada akhir kajian, disimpulkan bahawa semua kes yang berkaitan dengan kontrak hibah bukan komersial adalah tertakluk pada bidang kuasa mahkamah syariah, manakala kes kontrak hibah komersial pula akan dibicarakan dan diputuskan di mahkamah sivil.
Pada peringkat mahkamah syariah, wujud kelompangan besar dan perbezaan pendekatan keputusan oleh mahkamah yang memutuskan keabsahan hibah disebabkan oleh ketiadaan perundangan statut yang menjadi piawai.
Makalah ini juga mengemukakan cadangan penggubalan undang-undang hibah yang bersifat spesifik, holistik dan komprehensif sebagai panduan dan penyelarasan hibah di Malaysia.
Related Results
DOKUMEN HIBAH SEBAGAI BUKTI PEMILIKAN HARTA BERDASARKAN ANALISIS KES MAHKAMAH SYARIAH
DOKUMEN HIBAH SEBAGAI BUKTI PEMILIKAN HARTA BERDASARKAN ANALISIS KES MAHKAMAH SYARIAH
Hibah merupakan instrumen perancangan harta Islam yang semakin diamalkan bagi memastikan pemindahan harta dapat dilaksanakan semasa hayat pemberi hibah. Namun, dalam amalan kehakim...
LEGITIMASI SURAT KETERANGAN HIBAH TERHADAP HARTA WARISAN OLEH PEWARIS
LEGITIMASI SURAT KETERANGAN HIBAH TERHADAP HARTA WARISAN OLEH PEWARIS
Legitimasi adalah peraturan yang mengandung keabsahan atau pengakuan secara sah dan kualitas otoritas yang dianggap sah. Legitimasi didefinisikan sebagai bentuk pengakuan maupun pe...
CACAT HUKUM DALAM HIBAH SEBAGAI PERJANJIAN SEPIHAK DAN IMPLIKASINYA
CACAT HUKUM DALAM HIBAH SEBAGAI PERJANJIAN SEPIHAK DAN IMPLIKASINYA
AbstractGrant Agreement in the modern era has been regarded as a normal thing, but most of the implementations found incorrect according to legislation. The method used in this res...
Pertanggungjawaban Pidana Dana Korupsi Dana Hibah
Pertanggungjawaban Pidana Dana Korupsi Dana Hibah
Kebijakan dana hibah dan bansos yang bersumber dari APBD sering sekali menjadi permasalahan di kalangan masyarakat. Seharusnya siapa saja yang berhak menerima, maka makin banyak ju...
Tanggung Jawab Penerima Hibah Uang yang Bersumber dari APBD oleh Pemerintah Daerah
Tanggung Jawab Penerima Hibah Uang yang Bersumber dari APBD oleh Pemerintah Daerah
Salah satu pilar pokok otonomi daerah adalah kewenangan daerah untuk mengelola secara mandiri keuangan daerahnya. Pemerintah daerah provinsi selaku penyelenggara pemerintahan ditin...
Kedudukan dan Kewenangan Balai Harta Peninggalan dalam Pengelolaan Harta Peninggalan Tak Terurus
Kedudukan dan Kewenangan Balai Harta Peninggalan dalam Pengelolaan Harta Peninggalan Tak Terurus
Berdasarkan Pasal 1127 KUHPerdata Balai Harta Peninggalan ditugaskan menjalankan pengurusan atas setiap warisan yang tak terurus selama 30 tahun/ lebih, setelah melakukan pengelola...
TINJAUAN HUKUM ISLAM TERHADAP PENARIKAN HIBAH MENURUT IMAM HANAFI DAN IMAM SYAFI’I
TINJAUAN HUKUM ISLAM TERHADAP PENARIKAN HIBAH MENURUT IMAM HANAFI DAN IMAM SYAFI’I
Eksa Maulana. 2091014160. 2023. Tinjauan Hukum Islam Terhadap Penarikan Hibah Menurut Imam Hanafi dan Imam Syafi’i.
Dalam kehidupan masyarakat, banyak terjadi seseorang yang telah...
Hibah Sebagai Instrumen Hukum Islam: Kajian Teori Dan Praktik
Hibah Sebagai Instrumen Hukum Islam: Kajian Teori Dan Praktik
Hibah merupakan instrumen penting dalam hukum islam yang mencerminkan nilai-nilaisosial dan ekonomi melalui pemberian harta secara sukarela tanpa imbalan. Penelitian ini bertujua...

