Javascript must be enabled to continue!
Roda Warisan Melayu: Kelestarian dan Tradisi Kereta Lembu dalam Budaya Malaysia.
View through CrossRef
Kajian ini bertujuan mendokumentasikan sejarah warisan Melayu yang semakin terpinggir akibat perkembangan teknologi pengangkutan di Malaysia. Sejak abad ke-15, kereta lembu digunakan secara meluas setelah diperkenalkan oleh masyarakat India ke Tanah Melayu. Pada awalnya kereta lembu hanya digunakan untuk mengangkut barang, hasil tanaman dan pertanian. Kini kereta lembu digunakan sebagai daya tarikan pelancong di Malaysia. Namun begitu, walaupun kereta lembu dikenali ramai tetapi hasil kajian berkenaan warisan ini masih kurang berbanding warisan kraf lain yang wujud di Malaysia. Kajian ini bertujuan mendokumentasikan warisan kereta lembu yang dirakamkan melalui sejarah lisan atau transkripsi. Kaedah sejarah lisan membantu penyelidik mendapatkan maklumat yang sahih serta dapat menyumbang kepada sumber rujukan pada masa hadapan. Ia dijalankan dengan mengadakan satu temu bual bersama pengusaha kereta lembu yang masih giat aktif sehingga kini, iaitu Encik Samsudin sebagai peneraju perusahaan milik keluarga beliau selama lima generasi. Kajian ini mendapati persaingan dengan kenderaan moden serta kurangnya minat generasi muda terhadap kereta lembu mengancam kelangsungan seni ini. Encik Samsudin bukan sahaja berusaha mengekalkan keaslian kereta lembu, malah memperkenalkannya sebagai produk pelancongan warisan. Kajian ini menekankan kepentingan dokumentasi kemahiran tradisional sebagai usaha pemuliharaan agar ia tidak lenyap ditelan zaman. Dengan inisiatif dan sokongan masyarakat, kereta lembu berpotensi menjadi satu lagi ikon pelancongan yang membanggakan sekaligus memelihara warisan negara.
Title: Roda Warisan Melayu: Kelestarian dan Tradisi Kereta Lembu dalam Budaya Malaysia.
Description:
Kajian ini bertujuan mendokumentasikan sejarah warisan Melayu yang semakin terpinggir akibat perkembangan teknologi pengangkutan di Malaysia.
Sejak abad ke-15, kereta lembu digunakan secara meluas setelah diperkenalkan oleh masyarakat India ke Tanah Melayu.
Pada awalnya kereta lembu hanya digunakan untuk mengangkut barang, hasil tanaman dan pertanian.
Kini kereta lembu digunakan sebagai daya tarikan pelancong di Malaysia.
Namun begitu, walaupun kereta lembu dikenali ramai tetapi hasil kajian berkenaan warisan ini masih kurang berbanding warisan kraf lain yang wujud di Malaysia.
Kajian ini bertujuan mendokumentasikan warisan kereta lembu yang dirakamkan melalui sejarah lisan atau transkripsi.
Kaedah sejarah lisan membantu penyelidik mendapatkan maklumat yang sahih serta dapat menyumbang kepada sumber rujukan pada masa hadapan.
Ia dijalankan dengan mengadakan satu temu bual bersama pengusaha kereta lembu yang masih giat aktif sehingga kini, iaitu Encik Samsudin sebagai peneraju perusahaan milik keluarga beliau selama lima generasi.
Kajian ini mendapati persaingan dengan kenderaan moden serta kurangnya minat generasi muda terhadap kereta lembu mengancam kelangsungan seni ini.
Encik Samsudin bukan sahaja berusaha mengekalkan keaslian kereta lembu, malah memperkenalkannya sebagai produk pelancongan warisan.
Kajian ini menekankan kepentingan dokumentasi kemahiran tradisional sebagai usaha pemuliharaan agar ia tidak lenyap ditelan zaman.
Dengan inisiatif dan sokongan masyarakat, kereta lembu berpotensi menjadi satu lagi ikon pelancongan yang membanggakan sekaligus memelihara warisan negara.
Related Results
Eksplorasi Tanah Liat Alternatif Menerusi Adaptasi Bentuk Tembikar Warisan Melayu
Eksplorasi Tanah Liat Alternatif Menerusi Adaptasi Bentuk Tembikar Warisan Melayu
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kebolehkerjaan Model Praktis Studio Seramik (MPSS) terhadap penggunaan tanah liat alternatif (TLA) sebagai salah satu alat untuk mengekalk...
Analisis Makna Frase “Lembu Jantan Kedua”: Studi Eksegese Hakim-Hakim 6:25-26
Analisis Makna Frase “Lembu Jantan Kedua”: Studi Eksegese Hakim-Hakim 6:25-26
The book of Judges 6 is a book that tells the life of the Israelites during the time of the Judges, and one of the most famous stories is about the life of Gideon, an outstanding j...
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam ...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
REPRESENTASI BUDAYA MELAYU BERDASARKAN KERANGKA BUDAYA 3P DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI TUFS, JEPUN
REPRESENTASI BUDAYA MELAYU BERDASARKAN KERANGKA BUDAYA 3P DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI TUFS, JEPUN
Budaya sering kali dipersembahkan secara tidak seimbang dan tidak lengkap dalam pengajaran bahasa terutamanya bahasa asing. Oleh itu, Kajian ini dijalankan untuk meneroka represent...
DEMENSI BUDAYA LOKAL DALAM TRADISI HAUL DAN MAULIDAN BAGI KOMUNITAS SEKARBELA MATARAM
DEMENSI BUDAYA LOKAL DALAM TRADISI HAUL DAN MAULIDAN BAGI KOMUNITAS SEKARBELA MATARAM
<p>Penelitian ini dilakukan di Kotamadya<br />Mataram Nusa Tenggara Barat. Sasaran<br />penelitian adalah suatu masyarakat lokal yang<br />menamakan dirinya...
Globalisasi, Warisan Budaya, dan Pariwisata:
Globalisasi, Warisan Budaya, dan Pariwisata:
Penelitian ini menjelaskan tentang pengaruh globalisasi terhadap warisan budaya di Kepulauan Riau, yaitu Teater Bangsawan, sebagai salah satu daya tarik pariwisata di Kepulauan Ria...
PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Kajian ini adalah mengenai perkembangan persatuan Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Tempoh antara tahun 1896, iaitu dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) hingga t...

