Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Eksplorasi Tanah Liat Alternatif Menerusi Adaptasi Bentuk Tembikar Warisan Melayu

View through CrossRef
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kebolehkerjaan Model Praktis Studio Seramik (MPSS) terhadap penggunaan tanah liat alternatif (TLA) sebagai salah satu alat untuk mengekalkan warisan Melayu agar tidak ditelan oleh arus pemodenan. Panduan utama kajian ini berlandaskan TLA & warisan Melayu dengan membuat penilaian fenomonologi warisan Melayu semasa kaedah kualitatif dijalankan dengan mengaplikasikan kajian TLA secara studio praktis. Sampel TLA diperolehi dari pelbagai lokasi sungai di Malaysia. Namun begitu setiap sampel akan menunjukkan kebolehkerjaan yang berbeza mengikut kandungan TLA dan bentuk muka bumi. MPSS merangkumi 5 aspek utama iaitu explorasi, aplikasi, praktis, teknik dan produk dalam menerapkan nilai dan cinta akan warisan Melayu dengan mengaplikasikan teknik asas seramik dalam mengekalkan warisan malaysia. Dengan menggunakan teknik asas lingkaran untuk menghasilkan karya seni kreatif berbentuk 2D atau 3D yang bertemakan warisan Melayu. Dapatan kajian akan menunjukkan hasil TLA alternatif yang digunakan mampu menjadi alat alternatif dalam mengekalkan warisan Melayu tanpa berfokus pada 3 kawasan sekitar terutama di Labu Sayong, Kuala Kangsar, Tembikar Terenang, Pahang dan Mambong, Kelantan sebagai pusat untuk mendapatkan TLA utama. Pengadaptasian ini dapat membina dan pembentukkan pemikiran kreatif, pengalaman estetik dan fenomena warisan Melayu semasa MPSS dijalankan. Kesimpulannya, melalui MPSS ini mungkin boleh dijadikan satu model khas untuk mengekalkan bidang kraf seramik dengan mengekalkan identiti warisan Melayu melalui penggunaan kembali TLA daripada pupus. Selain itu, penggunaan semula TLA dapat menanam minat dan ikuiri kepada pelajar untuk mendalami bidang kraf ini. Hal ini merupakan satu sinar baru bagi memartabatkan warisan Melayu melalui prosedur ini dan boleh digunakan secara meluas untuk melahirkan perintis serta pengiat seramik tanpa batasan.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Eksplorasi Tanah Liat Alternatif Menerusi Adaptasi Bentuk Tembikar Warisan Melayu
Description:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kebolehkerjaan Model Praktis Studio Seramik (MPSS) terhadap penggunaan tanah liat alternatif (TLA) sebagai salah satu alat untuk mengekalkan warisan Melayu agar tidak ditelan oleh arus pemodenan.
Panduan utama kajian ini berlandaskan TLA & warisan Melayu dengan membuat penilaian fenomonologi warisan Melayu semasa kaedah kualitatif dijalankan dengan mengaplikasikan kajian TLA secara studio praktis.
Sampel TLA diperolehi dari pelbagai lokasi sungai di Malaysia.
Namun begitu setiap sampel akan menunjukkan kebolehkerjaan yang berbeza mengikut kandungan TLA dan bentuk muka bumi.
MPSS merangkumi 5 aspek utama iaitu explorasi, aplikasi, praktis, teknik dan produk dalam menerapkan nilai dan cinta akan warisan Melayu dengan mengaplikasikan teknik asas seramik dalam mengekalkan warisan malaysia.
Dengan menggunakan teknik asas lingkaran untuk menghasilkan karya seni kreatif berbentuk 2D atau 3D yang bertemakan warisan Melayu.
Dapatan kajian akan menunjukkan hasil TLA alternatif yang digunakan mampu menjadi alat alternatif dalam mengekalkan warisan Melayu tanpa berfokus pada 3 kawasan sekitar terutama di Labu Sayong, Kuala Kangsar, Tembikar Terenang, Pahang dan Mambong, Kelantan sebagai pusat untuk mendapatkan TLA utama.
Pengadaptasian ini dapat membina dan pembentukkan pemikiran kreatif, pengalaman estetik dan fenomena warisan Melayu semasa MPSS dijalankan.
Kesimpulannya, melalui MPSS ini mungkin boleh dijadikan satu model khas untuk mengekalkan bidang kraf seramik dengan mengekalkan identiti warisan Melayu melalui penggunaan kembali TLA daripada pupus.
Selain itu, penggunaan semula TLA dapat menanam minat dan ikuiri kepada pelajar untuk mendalami bidang kraf ini.
Hal ini merupakan satu sinar baru bagi memartabatkan warisan Melayu melalui prosedur ini dan boleh digunakan secara meluas untuk melahirkan perintis serta pengiat seramik tanpa batasan.

Related Results

TEKNOLOGI, BENTUK, FUNGSI, DAN MOTIF HIAS TEMBIKAR DI ISTANA ALMUKARRAMMAH, SINTANG
TEKNOLOGI, BENTUK, FUNGSI, DAN MOTIF HIAS TEMBIKAR DI ISTANA ALMUKARRAMMAH, SINTANG
Tembikar dapat digunakan untuk mengetahui tingkat kepandaian teknologis dan aktivitas masyarakat pada masa lalu. Guna mengetahui hal tersebut, maka perlu diketahui tingkat teknolog...
DAMPAK PENCEMARAN TANAH DAN LANGKAH PENCEGAHAN
DAMPAK PENCEMARAN TANAH DAN LANGKAH PENCEGAHAN
Tanah merupakan bagian penting dalam menunjang kehidupan makhluk hidup di muka bumi. Seperti kita ketahui rantai makanan bermula dari tumbuhan. Manusia, hewan hidup dari tumbuhan. ...
Pengaruh Pelapukan Tanah Liat Terhadap Kuat Tekan Bata Merah Di Dataran Tapus Kabupaten Rejang Lebong
Pengaruh Pelapukan Tanah Liat Terhadap Kuat Tekan Bata Merah Di Dataran Tapus Kabupaten Rejang Lebong
Bata merah merupakan material konstruksi yang banyak digunakan masyarakat Dataran Tapus Kabupaten Rejang Lebong. Kualitas bata merah sangat dipengaruhi oleh sifat tanah liat sebaga...
Asimilasi Tembikar Sayong sebagai Produk Seramik Kontemporari di Malaysia
Asimilasi Tembikar Sayong sebagai Produk Seramik Kontemporari di Malaysia
Tembikar labu Sayong diilhamkan daripada tumbuhan iaitu buah labu dan terus berkembang dengan pelbagai bentuk labu. Kajian arkeologi oleh L.Wray 1903, telah membuktikan bahawa temb...
PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Kajian ini adalah mengenai perkembangan persatuan Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Tempoh antara tahun 1896, iaitu dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) hingga t...
Eksperimentasi Tanah Liat Alternatif di Kawasan Sungai, Rumah Chua Nanga Mam, Kanowit Sarawak
Eksperimentasi Tanah Liat Alternatif di Kawasan Sungai, Rumah Chua Nanga Mam, Kanowit Sarawak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kadar kebolehkerjaan tanah liat alternatif di kawasan sungai, rumah Chua Nanga Mam, Kanowit Sarawak. Hasil kajian ini menfokuskan kepada pengapl...
KEARIFAN TRADISI ADIGURU DALAM PENGHASILAN TEMBIKAR KURON DI SABAH
KEARIFAN TRADISI ADIGURU DALAM PENGHASILAN TEMBIKAR KURON DI SABAH
Tembikar kuron dihasilkan oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah tetapi hanya aktif dihasilkan oleh etnik Dusun Tindal yang tinggal di Kampung Malangkap Kapa, Kota Belud pada hari i...

Back to Top