Javascript must be enabled to continue!
PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
View through CrossRef
Kajian ini adalah mengenai perkembangan persatuan Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Tempoh antara tahun 1896, iaitu dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) hingga tahun 1941 didapati bentuk masyarakat majmuk semakin ketara dan membesar. Salah satu kegiatan penting dan signifikan yang dilakukan oleh masyarakat di NNMB adalah menubuhkan persatuan berasaskan kaum terutamanya dalam kalangan orang Cina. Ini memberi kesan kepada orang Melayu kerana timbul kesedaran untuk menubuhkan persatuan seumpamanya. Sehubungan itu, satu kajian bagi memahami perkembangan awal persatuan Melayu perlu dilakukan dengan mengenal pasti faktor penubuhan dan menjelaskan cabaran yang dihadapi oleh persatuan orang Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kualitatif bertema (thematic qualitative analysis) bagi meneliti perkembangan persatuan Melayu secara mendalam. Penelitian adalah berdasarkan kepada sumber primer dan sekunder. Sumber primer terdiri dari dokumen rasmi, surat rasmi dan akhbar. Sumber sekunder adalah dari buku dan jurnal. Kajian ini mendapati bahawa faktor pendidikan, peranan akhbar, agama Islam dan tindakan pemerintah Inggeris telah menggerakkan dan mendorong orang Melayu menubuhkan persatuan. Walaupun orang Melayu merupakan penduduk asal namun mereka tetap berhadapan dengan cabaran dalam berpersatuan, iaitu sikap orang Melayu yang terdiri daripada golongan elit Melayu tidak mahu menunjukkan penentangan mereka terhadap pemerintah. Perpecahan dalam kalangan orang Melayu juga memberi kesan kepada penyatuan antaranya ialah sikap kenegerian, perbezaan aliran pendidikan dan darah keturunan. Terdapat juga orang Melayu yang masih tidak menyedari perlunya untuk menjaga kepentingan kaum mereka kerana dikatakan terlalu gemar berhibur dan berseronok. Kajian mengenai perkembangan persatuan Melayu sebelum Perang Dunia Kedua adalah penting untuk mengenal pasti asas sebenar kebangkitan nasionalisme dan pembinaan identiti bangsa di Tanah Melayu.
Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd
Title: PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Description:
Kajian ini adalah mengenai perkembangan persatuan Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
Tempoh antara tahun 1896, iaitu dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) hingga tahun 1941 didapati bentuk masyarakat majmuk semakin ketara dan membesar.
Salah satu kegiatan penting dan signifikan yang dilakukan oleh masyarakat di NNMB adalah menubuhkan persatuan berasaskan kaum terutamanya dalam kalangan orang Cina.
Ini memberi kesan kepada orang Melayu kerana timbul kesedaran untuk menubuhkan persatuan seumpamanya.
Sehubungan itu, satu kajian bagi memahami perkembangan awal persatuan Melayu perlu dilakukan dengan mengenal pasti faktor penubuhan dan menjelaskan cabaran yang dihadapi oleh persatuan orang Melayu.
Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kualitatif bertema (thematic qualitative analysis) bagi meneliti perkembangan persatuan Melayu secara mendalam.
Penelitian adalah berdasarkan kepada sumber primer dan sekunder.
Sumber primer terdiri dari dokumen rasmi, surat rasmi dan akhbar.
Sumber sekunder adalah dari buku dan jurnal.
Kajian ini mendapati bahawa faktor pendidikan, peranan akhbar, agama Islam dan tindakan pemerintah Inggeris telah menggerakkan dan mendorong orang Melayu menubuhkan persatuan.
Walaupun orang Melayu merupakan penduduk asal namun mereka tetap berhadapan dengan cabaran dalam berpersatuan, iaitu sikap orang Melayu yang terdiri daripada golongan elit Melayu tidak mahu menunjukkan penentangan mereka terhadap pemerintah.
Perpecahan dalam kalangan orang Melayu juga memberi kesan kepada penyatuan antaranya ialah sikap kenegerian, perbezaan aliran pendidikan dan darah keturunan.
Terdapat juga orang Melayu yang masih tidak menyedari perlunya untuk menjaga kepentingan kaum mereka kerana dikatakan terlalu gemar berhibur dan berseronok.
Kajian mengenai perkembangan persatuan Melayu sebelum Perang Dunia Kedua adalah penting untuk mengenal pasti asas sebenar kebangkitan nasionalisme dan pembinaan identiti bangsa di Tanah Melayu.
Related Results
Sejarah Perang Salib dan Akibat yang Ditimbulkan Terhadap Peradaban Islam
Sejarah Perang Salib dan Akibat yang Ditimbulkan Terhadap Peradaban Islam
Tujuan penelitian ini adalah 1) Mengkaji dan menganalisis sejarah perang salip; 2) Mengulas akibat yang ditimbulkan dari perang salib terhadap peradaban Islam. Penelitian ini mengg...
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam ...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
INDONESIA DI TENGAH HIMPITAN PERANG DAGANG AMERIKA SERIKAT DAN CHINA
INDONESIA DI TENGAH HIMPITAN PERANG DAGANG AMERIKA SERIKAT DAN CHINA
Disadari atau tidak, geopolitik dan geoekonomi seiring dengan berjalannya waktu, skemanya terus mengalami perubahan yang sedemikian cepat. Perang dagang antara Amerika Serikat dan ...
Korelasi Peribahasa Neka Behas Neho Kena, Neka Koas Neho Kota Pada Masyarakat Manggarai Dengan Sila Ketiga Pancasila
Korelasi Peribahasa Neka Behas Neho Kena, Neka Koas Neho Kota Pada Masyarakat Manggarai Dengan Sila Ketiga Pancasila
Penelitian ini bermaksud menguraikan makna peribahasa lisan atau ungkapan (go’et) “neka behas neho kena, neka koas neho kota” dalam budaya Manggarai dan kaitannya dengan sila Persa...
HISTORIOGRAFI MELAYU: ISLAM DALAM SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU
HISTORIOGRAFI MELAYU: ISLAM DALAM SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Abstrak: Historiografi Melayu:Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Melayu sebagai identitas masyarakat Indonesia menjadi sangat penting didalam Historiografi “penulisan sejar...
Persatuan dan Kesatuan
Persatuan dan Kesatuan
Persatuan dan kesatuan berasal dari kata satu yang memiliki arti utuh atau tidak terpecah belah.Kandungan arti persatuan dan kesatuan adalah bersatunya macam-macam corak yang beran...
Refleksi Kepemimpinan dan Strategi Perang Nabi Muhammad (Studi Kontekstual Legitimasi Sejarah Perang Uhud)
Refleksi Kepemimpinan dan Strategi Perang Nabi Muhammad (Studi Kontekstual Legitimasi Sejarah Perang Uhud)
Dalam titik-titik sejarah perang Uhud, perang ini merupakan perang kedua yang terjadi sejak didirikannya pemerintahan Islam oleh nabi Muhammad di Madinah. Perang ini disebabkan ole...

