Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam

View through CrossRef
Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam pembinaan tamadun Melayu, khususnya pada zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka telah digunakan dalam bidang persuratan sebagai cara untuk merakamkan segala khazanah ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan masyarakat Melayu (Hashim Musa, 2005). Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka juga, kemahiran menggunakan tulisan Jawi sebagai tulisan dalam bahasa Melayu merupakan salah satu identiti bagi bangsa Melayu beragama Islam (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Walau bagaimanapun, kajian Madihah Mohamad (2007) menunjukkan pelajar Melayu hari ini sudah tidak berminat membaca dan menulis menggunakan tulisan Jawi. Berdasarkan isu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi (UNITEN) berkaitan kemahiran menggunakan tulisan Jawi sebagai salah satu lambang identiti bangsa Melayu, dan kepentingan tulisan Jawi sebagai lambang identiti bangsa Melayu beragama Islam. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai medium pengumpulan data, dan data yang dikumpul kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian mendapati, majoriti pelajar Melayu UNITEN yang terlibat dengan kajian ini bersetuju bahawa kemahiran menggunakan tulisan Jawi merupakan salah satu lambang identiti bagi bangsa Melayu di Malaysia. Hasil kajian juga menunjukkan sebilangan besar responden bersetuju kepentingan tulisan Jawi sebagai lambang identiti Melayu beragama Islam. Kata kunci: Tulisan Jawi, identiti Melayu, kemahiran Jawi.
Title: Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Description:
Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015).
Tulisan Jawi dalam pembinaan tamadun Melayu, khususnya pada zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka telah digunakan dalam bidang persuratan sebagai cara untuk merakamkan segala khazanah ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan masyarakat Melayu (Hashim Musa, 2005).
Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka juga, kemahiran menggunakan tulisan Jawi sebagai tulisan dalam bahasa Melayu merupakan salah satu identiti bagi bangsa Melayu beragama Islam (Nik Hassan & Wan Zana, 2015).
Walau bagaimanapun, kajian Madihah Mohamad (2007) menunjukkan pelajar Melayu hari ini sudah tidak berminat membaca dan menulis menggunakan tulisan Jawi.
Berdasarkan isu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi (UNITEN) berkaitan kemahiran menggunakan tulisan Jawi sebagai salah satu lambang identiti bangsa Melayu, dan kepentingan tulisan Jawi sebagai lambang identiti bangsa Melayu beragama Islam.
Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai medium pengumpulan data, dan data yang dikumpul kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS.
Hasil kajian mendapati, majoriti pelajar Melayu UNITEN yang terlibat dengan kajian ini bersetuju bahawa kemahiran menggunakan tulisan Jawi merupakan salah satu lambang identiti bagi bangsa Melayu di Malaysia.
Hasil kajian juga menunjukkan sebilangan besar responden bersetuju kepentingan tulisan Jawi sebagai lambang identiti Melayu beragama Islam.
Kata kunci: Tulisan Jawi, identiti Melayu, kemahiran Jawi.

Related Results

Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal
Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal
Elemen kemahiran Insaniah pelajar pendidikan TVET semasa menjalani latihan praktikal adalah elemen yang lebih memfokuskan kemahiran generik pelajar serta penguasaan pelbagai elemen...
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Dalam pembelajaran bahasa Arab, terdapat empat macam maharah atau kemahiran yang harus dikuasai oleh setiap pembelajar bahasa Arab. Empat kemahiran itu adalah kemahiran istima’, ka...
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEPENTINGAN TATABAHASA ARAB DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEPENTINGAN TATABAHASA ARAB DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Tatabahasa Arab adalah salah satu cabang linguistik bahasa Arab yang perlu dipelajari oleh pelajar khususnya yang mengambil bidang pengkhususan bahasa Arab di peringkat pengajian t...
KONSEP JIHAD ULAMA MELAYU-ISLAM DALAM KITAB JAWI TERPILIH: SATU ANALISIS
KONSEP JIHAD ULAMA MELAYU-ISLAM DALAM KITAB JAWI TERPILIH: SATU ANALISIS
Sejarah Malaysia membuktikan perjuangan orang Melayu menentang penjajah di Tanah Melayu dilakukan oleh pelbagai pihak dan gerakan. Namun begitu, perjuangan golongan ulama dalam mem...
KONSEP JIHAD ULAMA MELAYU-ISLAM DALAM KITAB JAWI TERPILIH: SATU ANALISIS
KONSEP JIHAD ULAMA MELAYU-ISLAM DALAM KITAB JAWI TERPILIH: SATU ANALISIS
Sejarah Malaysia membuktikan perjuangan orang Melayu menentang penjajah di Tanah Melayu dilakukan oleh pelbagai pihak dan gerakan. Namun begitu, perjuangan golongan ulama dalam mem...
Kesepakatan Pakar Terhadap Reka Bentuk Aplikasi Mudahalih I-Jawi Menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi
Kesepakatan Pakar Terhadap Reka Bentuk Aplikasi Mudahalih I-Jawi Menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi
Masalah pembelajaran Jawi di sekolah sering dibangkitkan di Malaysia kerana ramai pelajar tidak dapat membaca dan menulis Jawi dengan baik. Faktor yang menyebabkan masalah ini term...
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Fokus utama kemajuan sesebuah negara bukan sahaja bergantung pada perkembangan teknologi dan pembangunan infrastruktur, tetapi juga pada pembentukan modal insan yang berkualiti mel...

Back to Top