Javascript must be enabled to continue!
Warisan Budaya Etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah
View through CrossRef
Sabah terkenal dengan kepelbagaian etnik dalam kalangan masyaraka yang terdiri daripada Kadazandusun, Bajau, Bugis, Iranum, Brunei, Bonggi dan beberapa etnik lagi. Adanya kepelbagaian etnik di Sabah, maka wujudlah kepelbagaian adat istiadat dan warisan etnik masing-masing. Antara seni warisan yang terkenal di Sabah ialah etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah. Namun demikian, seni warisan etnik Bajau Samah ini tidak berkembang seperti mana keunggulan yang di miliki oleh warisan tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk: (1) mengenalpasti bentuk-bentuk warisan budaya Etnik Bajau Samah; (2) menganalisis cabaran dalam mengekalkan warisan budaya; dan (3) mengkaji usaha-usaha dalam mempromosikan warisan budaya kepada masyarakat. Kaedah campuran terdiri daripada Primer dan Sekunder diaplikasikan dalam kajian ini. Data primer diperolehi daripada temubual dengan para informan dan kaedah pemerhatian sewaktu menjalankan kajian lapangan; dan data sekunder diperolehi daripada perpustakaan Universiti Malaysia Sabah, di Pusat Sumber FSSK,UMS dan di ARKIB Kota Kinabalu, Sabah. Dapatan kajian menunjukkan warisan budaya etnik Bajau Samah dapat dipecahkan kepada dua bahagian iaitu budaya benda dan budaya bukan benda. Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh etnik Bajau Samah untuk mengekalkan warisan budaya mereka terutama sekali dari segi keterlibatan generasi muda yang tidak mahu mempelajari dan mengambil tahu tentang warisan mereka sendiri. Namun, terdapat usaha yang dilakukan oleh Persatuan Etnik Bajau Samah, di Kota Belud bagi mengekalkan dan menonjolkan warisan budaya mereka agar dapat menarik minat generasi muda untuk mempelajari dan memelihara warisan budaya mereka agar tidak hilang ditelan zaman. Kesimpulannya, antara usaha persatuan etnik Bajau Samah dan golongan tua ini adalah dengan menonjolkan keunikan dan keistimewaan warisan budaya etnik Bajau Samah kepada masyarakat di dalam dan di luar negara dengan pelbagai cara, terutamanya dengan menggunakan pengaruh media massa.
Title: Warisan Budaya Etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah
Description:
Sabah terkenal dengan kepelbagaian etnik dalam kalangan masyaraka yang terdiri daripada Kadazandusun, Bajau, Bugis, Iranum, Brunei, Bonggi dan beberapa etnik lagi.
Adanya kepelbagaian etnik di Sabah, maka wujudlah kepelbagaian adat istiadat dan warisan etnik masing-masing.
Antara seni warisan yang terkenal di Sabah ialah etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah.
Namun demikian, seni warisan etnik Bajau Samah ini tidak berkembang seperti mana keunggulan yang di miliki oleh warisan tersebut.
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk: (1) mengenalpasti bentuk-bentuk warisan budaya Etnik Bajau Samah; (2) menganalisis cabaran dalam mengekalkan warisan budaya; dan (3) mengkaji usaha-usaha dalam mempromosikan warisan budaya kepada masyarakat.
Kaedah campuran terdiri daripada Primer dan Sekunder diaplikasikan dalam kajian ini.
Data primer diperolehi daripada temubual dengan para informan dan kaedah pemerhatian sewaktu menjalankan kajian lapangan; dan data sekunder diperolehi daripada perpustakaan Universiti Malaysia Sabah, di Pusat Sumber FSSK,UMS dan di ARKIB Kota Kinabalu, Sabah.
Dapatan kajian menunjukkan warisan budaya etnik Bajau Samah dapat dipecahkan kepada dua bahagian iaitu budaya benda dan budaya bukan benda.
Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh etnik Bajau Samah untuk mengekalkan warisan budaya mereka terutama sekali dari segi keterlibatan generasi muda yang tidak mahu mempelajari dan mengambil tahu tentang warisan mereka sendiri.
Namun, terdapat usaha yang dilakukan oleh Persatuan Etnik Bajau Samah, di Kota Belud bagi mengekalkan dan menonjolkan warisan budaya mereka agar dapat menarik minat generasi muda untuk mempelajari dan memelihara warisan budaya mereka agar tidak hilang ditelan zaman.
Kesimpulannya, antara usaha persatuan etnik Bajau Samah dan golongan tua ini adalah dengan menonjolkan keunikan dan keistimewaan warisan budaya etnik Bajau Samah kepada masyarakat di dalam dan di luar negara dengan pelbagai cara, terutamanya dengan menggunakan pengaruh media massa.
Related Results
RITUAL PERUBATAN TRADISIONAL ETNIK BAJAU DI SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
RITUAL PERUBATAN TRADISIONAL ETNIK BAJAU DI SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
Masyarakat Bajau merupakan salah satu etnik yang terbesar di Sabah. Majoritinya adalah beragama Islam. Mereka boleh diklasifikasikan kepada dua kelompok, iaitu etnik Bajau dari pan...
THE VULNERABILITY OF BAJAU LAUT AS STATELESS PEOPLE IN SABAH
THE VULNERABILITY OF BAJAU LAUT AS STATELESS PEOPLE IN SABAH
ABSTRACT The Bajau Laut, or Sea Bajau or also often referred to with the derogatory label Palauh by other communities, are known to be living within their ancestral domain of the S...
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
ABSTRAK Berasaskan Teori Contact Hypothesis, tinjauan ini dijalankan dengan objektif berikut: (1) mengenalpasti persepsi terhadap iklim hubungan etnik dan pola komunikasi merentas...
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
Imej Gunung Kinabalu adalah hal benda yang paling digemari oleh pelukis-pelukis Sabah. Kecenderungan ini telah berlaku sekian lama iaitu sejak tahun 1960-an ramai pelukis tempatan ...
AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL ETNIK BAJAU UBIAN DI KUDAT, SABAH: PENELITIAN TERHADAP KAEDAH PERUBATAN TAWAL
AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL ETNIK BAJAU UBIAN DI KUDAT, SABAH: PENELITIAN TERHADAP KAEDAH PERUBATAN TAWAL
Artikel ini mengupas tentang amalan perubatan tradisional upacara Tawal oleh masyarakat Bajau Ubian di Kudat, Sabah. Amalan perubatan tradisional merupakan salah satu alternatif pe...
PENGURUSAN KRAF TANGAN TRADISI ETNIK DUSUN TINDAL DI SABAH
PENGURUSAN KRAF TANGAN TRADISI ETNIK DUSUN TINDAL DI SABAH
Etnik Dusun Tindal merupakan salah satu rumpun KadazanDusun yang menetap di daerah Kota Belud Sabah. Etnik ini kaya dengan amalan budaya dan adat tradisi yang masih diwarisi sehing...
SIMBOL BUDAYA MASYARAKAT SABAH DALAM KARYA SENI ARCA “WARISAN” OLEH CHEE SING TECK
SIMBOL BUDAYA MASYARAKAT SABAH DALAM KARYA SENI ARCA “WARISAN” OLEH CHEE SING TECK
Seni arca adalah karya seni yang mempunyai fungsi sebagai objek budaya dengan mengetengahkan aktiviti kehidupan masyarakat setempat. Pelbagai media dan teknik diolah bagi membentuk...
SISTEM POLITIK TRADISIONAL KESULTANAN BRUNEI DI TUARAN SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN ABDUL MOMIN (1877-1885): SUATU GENEOLOGI SEJARAH
SISTEM POLITIK TRADISIONAL KESULTANAN BRUNEI DI TUARAN SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN ABDUL MOMIN (1877-1885): SUATU GENEOLOGI SEJARAH
ABSTRACT
The location of Tuaran River is on the coastal river area on the west coast of North Borneo. The emergence of the Tuaran River area has long existed since t...

