Javascript must be enabled to continue!
Tahap Komunikasi Interpersonal Dalam Kalangan Belia
View through CrossRef
Komunikasi interpersonal merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua belia kerana mereka merupakan generasi yang akan memimpin dan menjaga negara di masa depan dan kemahiran komunikasi interpersonal yang baik mencerminkan keperibadiaan diri mereka. Artikel ini membincangkan hasil penyelidikan kuantitatif berhubung tahap komunikasi interpersonal dalam kalangan belia di Bangi Selangor. Soal selidik diberikan secara rawak kepada 123 orang responden yang berumur antara 19 hingga 25 tahun. Konstruk utama dalam kajian ini ialah kemahiran komunikasi interpersonal yang diukur menggunakan alat ujian yang dibangunkan oleh Armstrong (1981) yang terdiri daripada 52 item soalan yang menggunakan skala empat likert dengan pilihan jawapan (1) sangat tidak setuju, (2) tidak setuju, (3) setuju dan (4) sangat setuju. Item – item dibahagikan kepada dua bahagian iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan dengan nilai kebolehpercayaan 0.89. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap komunikasi interpersonal belia adalah pada tahap sederhana. Ini bermakna perlunya pemerkasaan penggunaan bahasa baku dan program pengucapan umum dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan. Seterusnya, hasil kajian ini mencadangkan bahawa pihak insitusi pendidikan perlu menggalakkan aktiviti kokurikulum seperti pengucapan awam dan menyediakan kelas kemahiran komunikasi,kepimpinan dan kemahiran berkumpulan sebagai alternatif membantu belia meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal mereka.Artikel ini turut memaparkan konsep dan pengertian komunikasi secara umum dan krusus kepada komunikasi interpersonal, komunikasi lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal).
Title: Tahap Komunikasi Interpersonal Dalam Kalangan Belia
Description:
Komunikasi interpersonal merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua belia kerana mereka merupakan generasi yang akan memimpin dan menjaga negara di masa depan dan kemahiran komunikasi interpersonal yang baik mencerminkan keperibadiaan diri mereka.
Artikel ini membincangkan hasil penyelidikan kuantitatif berhubung tahap komunikasi interpersonal dalam kalangan belia di Bangi Selangor.
Soal selidik diberikan secara rawak kepada 123 orang responden yang berumur antara 19 hingga 25 tahun.
Konstruk utama dalam kajian ini ialah kemahiran komunikasi interpersonal yang diukur menggunakan alat ujian yang dibangunkan oleh Armstrong (1981) yang terdiri daripada 52 item soalan yang menggunakan skala empat likert dengan pilihan jawapan (1) sangat tidak setuju, (2) tidak setuju, (3) setuju dan (4) sangat setuju.
Item – item dibahagikan kepada dua bahagian iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan dengan nilai kebolehpercayaan 0.
89.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap komunikasi interpersonal belia adalah pada tahap sederhana.
Ini bermakna perlunya pemerkasaan penggunaan bahasa baku dan program pengucapan umum dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan.
Seterusnya, hasil kajian ini mencadangkan bahawa pihak insitusi pendidikan perlu menggalakkan aktiviti kokurikulum seperti pengucapan awam dan menyediakan kelas kemahiran komunikasi,kepimpinan dan kemahiran berkumpulan sebagai alternatif membantu belia meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal mereka.
Artikel ini turut memaparkan konsep dan pengertian komunikasi secara umum dan krusus kepada komunikasi interpersonal, komunikasi lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal).
Related Results
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Fokus utama kemajuan sesebuah negara bukan sahaja bergantung pada perkembangan teknologi dan pembangunan infrastruktur, tetapi juga pada pembentukan modal insan yang berkualiti mel...
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
ABSTRAK Kajian ini menjelaskan penerapan elemen pembangunan belia positif dalam perencanaan, perlaksanaan dan penilaian Program Kem Rakan Muda Jiran Muda. Pembangunan Belia Positi...
INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF
INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF
ABSTRAK Artikel ini bertujuan mengukur kesejahteraan hidup dalam kalangan belia Malaysia yang diterjemahkan melalui penghasilan Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM’15). Sejarah pemben...
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
ABSTRAK Mutakhir ini konsep keusahawanan telah diperluaskan skop aplikasinya kepada konteks yang melibatkan pencapaian matlamat sosial dan bukan keuntungan. Konsep ini di label se...
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Masyarakat Malaysia khususnya golongan belia sering disajikan dengan kempen- kempen perpaduan di saluran televisyen dalam negara. Ini adalah kerana televisyen dikatakan antara salu...
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
ABSTRAK Artikel ini berkaitan tahap kefahaman belia mengenai Gagasan 1Malaysia secara umum dan tahap kefahaman belia mengikut kaum. Secara keseluruhan, seramai 1600 orang responde...
MEMPERKASA KEPEMIMPINAN BELIA MALAYSIA MELALUI PEMENTORAN DALAM PEMBANGUNAN BELIA POSITIF
MEMPERKASA KEPEMIMPINAN BELIA MALAYSIA MELALUI PEMENTORAN DALAM PEMBANGUNAN BELIA POSITIF
ABSTRAK Kepimpinan belia adalah elemen yang diperlukan bagi meneruskan agenda pembangunan Negara. Kewujudan kepimpinan belia dapat membentuk sebuah kumpulan pelapis yang mampu men...
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Objektif khusus k...

