Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN

View through CrossRef
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Objektif khusus kajian ini adalah untuk i) memperihalkan sosio demografi responden; ii) mengenal pasti dimensi dan tahap motivasi responden dalam aktiviti sukarela; iii) mengenal pasti jenis dan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela; dan iv) menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela. Seramai 136 responden yang terdiri daripada 54.4 peratus lelaki dan 45.6 peratus perempuan terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Data diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden. Volunteer Functions Inventory (VFI) telah digunakan untuk mengukur motivasi sukarelawan, manakala tahap penglibatan diukur menggunakan alat ukuran yang dibina sendiri oleh penyelidik. Kedua-dua alat ukuran mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach’s alpha 0.939 dan 0.696. Analisis statistik yang digunakan adalah korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan motif utama penglibatan responden dalam aktiviti sukarela adalah motif pemahaman, diikuti oleh motif nilai dan motif sosial. Manakala, jenis aktiviti utama yang disertai oleh belia adalah aktiviti sukarela berbentuk sukan, diikuti oleh aktiviti berbentuk khidmat sosial dan masyarakat serta aktiviti keagamaan. Selain itu, kajian turut mendapati tahap motivasi responden adalah tinggi, manakala tahap penglibatan dalam aktiviti kerja sukarela adalah sederhana. Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif secara signifikan antara kesemua dimensi motivasi dengan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela (r = .547 hingga .649, p<.01). Kesimpulannya, motivasi sukarelawan iaitu motif untuk terlibat dalam aktiviti sukarela mempunyai hubungan dengan tahap penglibatan dalam aktiviti sukarela dalam kalangan belia di Felda. Justeru, untuk meningkatkan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela, faktor motivasi memainkan peranan yang penting, selain daripada menambahbaik penganjuran aktiviti-aktiviti sukarela di kawasan Felda. Kata Kunci : Aktiviti Sukarela, Motivasi, Penglibatan Belia, Belia Felda, Volunteer Functions Inventory (VFI)
Institute for Youth Research Malaysia
Title: MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
Description:
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan.
Objektif khusus kajian ini adalah untuk i) memperihalkan sosio demografi responden; ii) mengenal pasti dimensi dan tahap motivasi responden dalam aktiviti sukarela; iii) mengenal pasti jenis dan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela; dan iv) menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela.
Seramai 136 responden yang terdiri daripada 54.
4 peratus lelaki dan 45.
6 peratus perempuan terlibat dalam kajian ini.
Responden dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan.
Data diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden.
Volunteer Functions Inventory (VFI) telah digunakan untuk mengukur motivasi sukarelawan, manakala tahap penglibatan diukur menggunakan alat ukuran yang dibina sendiri oleh penyelidik.
Kedua-dua alat ukuran mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach’s alpha 0.
939 dan 0.
696.
Analisis statistik yang digunakan adalah korelasi Pearson.
Hasil kajian menunjukkan motif utama penglibatan responden dalam aktiviti sukarela adalah motif pemahaman, diikuti oleh motif nilai dan motif sosial.
Manakala, jenis aktiviti utama yang disertai oleh belia adalah aktiviti sukarela berbentuk sukan, diikuti oleh aktiviti berbentuk khidmat sosial dan masyarakat serta aktiviti keagamaan.
Selain itu, kajian turut mendapati tahap motivasi responden adalah tinggi, manakala tahap penglibatan dalam aktiviti kerja sukarela adalah sederhana.
Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif secara signifikan antara kesemua dimensi motivasi dengan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela (r = .
547 hingga .
649, p<.
01).
Kesimpulannya, motivasi sukarelawan iaitu motif untuk terlibat dalam aktiviti sukarela mempunyai hubungan dengan tahap penglibatan dalam aktiviti sukarela dalam kalangan belia di Felda.
Justeru, untuk meningkatkan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela, faktor motivasi memainkan peranan yang penting, selain daripada menambahbaik penganjuran aktiviti-aktiviti sukarela di kawasan Felda.
Kata Kunci : Aktiviti Sukarela, Motivasi, Penglibatan Belia, Belia Felda, Volunteer Functions Inventory (VFI).

Related Results

KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
ABSTRAK Mutakhir ini konsep keusahawanan telah diperluaskan skop aplikasinya kepada konteks yang melibatkan pencapaian matlamat sosial dan bukan keuntungan. Konsep ini di label se...
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Fokus utama kemajuan sesebuah negara bukan sahaja bergantung pada perkembangan teknologi dan pembangunan infrastruktur, tetapi juga pada pembentukan modal insan yang berkualiti mel...
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
ABSTRAK Kajian ini menjelaskan penerapan elemen pembangunan belia positif dalam perencanaan, perlaksanaan dan penilaian Program Kem Rakan Muda Jiran Muda. Pembangunan Belia Positi...
PERSEPEKTIF OLAHRAGA TINJU DALAM MENDUKUNG PRESTASI OLAHRAGA KABUPATEN ROKAN HULU
PERSEPEKTIF OLAHRAGA TINJU DALAM MENDUKUNG PRESTASI OLAHRAGA KABUPATEN ROKAN HULU
Boxing is a sport and a martial art that features two participants of similar weight competing with each other by using their fists in a series of one or three minute intervals cal...
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
ABSTRAK Artikel ini berkaitan tahap kefahaman belia mengenai Gagasan 1Malaysia secara umum dan tahap kefahaman belia mengikut kaum. Secara keseluruhan, seramai 1600 orang responde...
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Masyarakat Malaysia khususnya golongan belia sering disajikan dengan kempen- kempen perpaduan di saluran televisyen dalam negara. Ini adalah kerana televisyen dikatakan antara salu...
INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF
INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF
ABSTRAK Artikel ini bertujuan mengukur kesejahteraan hidup dalam kalangan belia Malaysia yang diterjemahkan melalui penghasilan Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM’15). Sejarah pemben...

Back to Top