Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

WASIAT ISLAM: SATU TRANSFORMASI UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

View through CrossRef
Wasiat merupakan salah satu instrumen dan mekanisme terbaik kepada pengurusan dan pentadbiran aset Islam yang telah lama dipraktikkan di Malaysia. Aspek perancangan secara sistematik merupakan prasyarat ke arah membentuk masyarakat Islam yang unggul. Ini menunjukkan bahawa Islam menuntut umatnya supaya sentiasa membuat perancangan dalam segenap aspek kehidupan termasuklah menyediakan satu pelan perancangan wasiat yang rapi demi memastikan maslahah al-camah dan maqasid syar’iyyah terus terpelihara dalam kalangan masyarakat Islam termasuklah aspek perancangan dan pentadbiran harta wasiat. Namun, realitinya masih wujud satu kelompangan dalam pentadbiran harta wasiat orang Islam. Berdasarkan kajian literatur, kebanyakan masalah melibatkan aspek pengesahan wasiat dan pentadbiran harta wasiat. Masalah-masalah tersebut boleh diselesaikan sekiranya terdapat satu transformasi undang-undang khususnya melibatkan pentadbiran harta wasiat orang Islam di Malaysia. Justeru itu, makalah ini bertujuan mengkaji tentang transformasi di dalam undang-undang wasiat di Malaysia. Makalah ini juga meneliti hubungkait undang-undang, bidang kuasa dan proses transformasi yang telah berlaku dalam undang-undang sedia ada khususnya dalam pentadbiran harta wasiat. Kajian ini dilakukan dalam bentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan kajian lapangan dengan membuat temu bual bersama responden yang pakar dalam bidang ini. Penelitian juga dibuat terhadap data primer seperti peruntukan undang-undang dan kes mahkamah serta data sekunder seperti buku akademik, kertas- kertas kerja, jurnal, statut, laporan perundangan dan surat pekeliling. Data kajian ini diolah dan dianalisis berdasarkan pendekatan analisis kandungan yang sesuai dengan skop dan tema kajian. Dapatan daripada kajian ini mendapati bahawa, pembentukan undang-undang bertulis wasiat Islam dapat menyelesaikan beberapa kepincangan yang berlaku dalam hal pengurusan harta wasiat. Namun, hingga kini, hanya enam negeri sahaja yang sudah memiliki undang-undang tertulis dan semuanya mempunyai perbezaan kandungan berdasarkan tahun undang-undang tersebut dikuatkuasa. Walaubagaimanapun, negeri Selangor dilihat sebagai pelopor dan paling proaktif dalam menerapkan undang-undang wasiat Islam berdasarkan enakmen bertulis di negeri ini. Selain itu, berdasarkan perkembangan undang-undang sedia ada juga jelas menunjukkan bahawa perlunya dilakukan pembaharuan undang-undang dengan meminda beberapa peruntukan undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan sistem pentadbiran harta wasiat orang Islam di Malaysia.
Title: WASIAT ISLAM: SATU TRANSFORMASI UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
Description:
Wasiat merupakan salah satu instrumen dan mekanisme terbaik kepada pengurusan dan pentadbiran aset Islam yang telah lama dipraktikkan di Malaysia.
Aspek perancangan secara sistematik merupakan prasyarat ke arah membentuk masyarakat Islam yang unggul.
Ini menunjukkan bahawa Islam menuntut umatnya supaya sentiasa membuat perancangan dalam segenap aspek kehidupan termasuklah menyediakan satu pelan perancangan wasiat yang rapi demi memastikan maslahah al-camah dan maqasid syar’iyyah terus terpelihara dalam kalangan masyarakat Islam termasuklah aspek perancangan dan pentadbiran harta wasiat.
Namun, realitinya masih wujud satu kelompangan dalam pentadbiran harta wasiat orang Islam.
Berdasarkan kajian literatur, kebanyakan masalah melibatkan aspek pengesahan wasiat dan pentadbiran harta wasiat.
Masalah-masalah tersebut boleh diselesaikan sekiranya terdapat satu transformasi undang-undang khususnya melibatkan pentadbiran harta wasiat orang Islam di Malaysia.
Justeru itu, makalah ini bertujuan mengkaji tentang transformasi di dalam undang-undang wasiat di Malaysia.
Makalah ini juga meneliti hubungkait undang-undang, bidang kuasa dan proses transformasi yang telah berlaku dalam undang-undang sedia ada khususnya dalam pentadbiran harta wasiat.
Kajian ini dilakukan dalam bentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan kajian lapangan dengan membuat temu bual bersama responden yang pakar dalam bidang ini.
Penelitian juga dibuat terhadap data primer seperti peruntukan undang-undang dan kes mahkamah serta data sekunder seperti buku akademik, kertas- kertas kerja, jurnal, statut, laporan perundangan dan surat pekeliling.
Data kajian ini diolah dan dianalisis berdasarkan pendekatan analisis kandungan yang sesuai dengan skop dan tema kajian.
Dapatan daripada kajian ini mendapati bahawa, pembentukan undang-undang bertulis wasiat Islam dapat menyelesaikan beberapa kepincangan yang berlaku dalam hal pengurusan harta wasiat.
Namun, hingga kini, hanya enam negeri sahaja yang sudah memiliki undang-undang tertulis dan semuanya mempunyai perbezaan kandungan berdasarkan tahun undang-undang tersebut dikuatkuasa.
Walaubagaimanapun, negeri Selangor dilihat sebagai pelopor dan paling proaktif dalam menerapkan undang-undang wasiat Islam berdasarkan enakmen bertulis di negeri ini.
Selain itu, berdasarkan perkembangan undang-undang sedia ada juga jelas menunjukkan bahawa perlunya dilakukan pembaharuan undang-undang dengan meminda beberapa peruntukan undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan sistem pentadbiran harta wasiat orang Islam di Malaysia.

Related Results

Implementasi Wasiat Berupa “Honorarium” Menurut Pandangan Wahbah Zuhaili
Implementasi Wasiat Berupa “Honorarium” Menurut Pandangan Wahbah Zuhaili
Abstrak: Peralihan harta selain kewarisan dalamIslam salah satunya dikenal dengan wasiat, yaitu dengan cara berpesan seseorang terhadap sebagian harta kekayaannya pada saat seseora...
AKTA WASIAT YANG TIDAK DILAPORKAN NOTARIS KEPADA DAFTAR PUSAT WASIAT
AKTA WASIAT YANG TIDAK DILAPORKAN NOTARIS KEPADA DAFTAR PUSAT WASIAT
In carrying out their position, Notaries are required to send a list of deeds relating to wills to the will register center at the ministry that organizes government affairs in the...
HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA
HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA
Secara amnya, pentadbiran harta pusaka dan harta wasiat di Malaysia mengguna pakai dua sistem undangundang iaitu undang-undang Islam dan undang-undang Sivil yang mana pemakaiannnya...
Urgensi Executeur Testamentair Dalam Pelaksanaan Wasiat
Urgensi Executeur Testamentair Dalam Pelaksanaan Wasiat
Testament is a person’s or testator’s last will in associated with his assets. A testament is necessary to avoid disagreements among heirs regarding the distribution of inheritance...
INKONSISTENSI WASIAT WAJIBAH DALAM KOMPILASI HUKUM ISLAM
INKONSISTENSI WASIAT WAJIBAH DALAM KOMPILASI HUKUM ISLAM
Di antara hal-hal yang memerlukan kajian dalam era sekarang adalah masalah wasiat wajibah yang dari awal kemunculannya sebagai positif law dianggap sebagai penemuan dan ijtihad mas...
Yurisprudensi Hukum Penyelesaian Sengketa Pembatalan Wasiat
Yurisprudensi Hukum Penyelesaian Sengketa Pembatalan Wasiat
Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis yurisprudensi hukum dalam penyelesaian sengketa pembatalan wasiat berdasarkan Putusan Nomor 653/Pdt.G/2023/PA.Mlg. Sengketa ini muncul k...
Analisis Konsep Wasiat Wajibah dalam KHI dan Putusan MA
Analisis Konsep Wasiat Wajibah dalam KHI dan Putusan MA
This article attempts to answer two questions regarding the concept of wasiat wajibah: first, what is the background of KHI Article 209 concerning wasiat wajibah and the reason of ...

Back to Top