Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

View through CrossRef
Secara amnya, pentadbiran harta pusaka dan harta wasiat di Malaysia mengguna pakai dua sistem undangundang iaitu undang-undang Islam dan undang-undang Sivil yang mana pemakaiannnya adalah bersifat selari (parallel). Secara teorinya, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif mengenai Hukum Syarak dalam hal undang-undang perwarisan orang Islam, tetapi praktikalnya menunjukkan bahawa undang-undang sedia ada seolah-olah memberi kuasa yang lebih kepada Mahkamah Sivil dan institusi-institusi lain di peringkat persekutuan. Ini kerana tiada undang-undang prosedur yang khusus untuk mentadbir harta wasiat orang Islam. Walaupun pentadbiran dan pengurusan harta wasiat berjalan seperti biasa, tetapi tidak dapat dinafikan masih wujud kelompangan undang-undang dan isu-isu tertentu yang seringkali timbul sebelum dan selepas sesuatu pentadbiran harta wasiat dilaksanakan. Justeru itu, kajian ini lebih memberi fokus kepada aspek perbincangan isu-isu yang timbul dalam perundangan harta wasiat khususnya orang Islam di Malaysia. Penulisan ini menggunakan kaedah kepustakaan bagi mendapatkan data-data yang merupakan dokumendokumen seperti buku akademik, kertas-kertas kerja, jurnal, statut, laporan perundangan, surat pekeliling dan maklumat-maklumat daripada laman sesawang. Hasil penulisan ini menampakkan beberapa isu yang berbangkit melibatkan beberapa aspek penting dalam perundangan. Katakunci: Harta wasiat orang Islam, Harta pusaka, Isu-isu perundangan, Undang-undang Islam, Undangundang sivil
Title: HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA
Description:
Secara amnya, pentadbiran harta pusaka dan harta wasiat di Malaysia mengguna pakai dua sistem undangundang iaitu undang-undang Islam dan undang-undang Sivil yang mana pemakaiannnya adalah bersifat selari (parallel).
Secara teorinya, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif mengenai Hukum Syarak dalam hal undang-undang perwarisan orang Islam, tetapi praktikalnya menunjukkan bahawa undang-undang sedia ada seolah-olah memberi kuasa yang lebih kepada Mahkamah Sivil dan institusi-institusi lain di peringkat persekutuan.
Ini kerana tiada undang-undang prosedur yang khusus untuk mentadbir harta wasiat orang Islam.
Walaupun pentadbiran dan pengurusan harta wasiat berjalan seperti biasa, tetapi tidak dapat dinafikan masih wujud kelompangan undang-undang dan isu-isu tertentu yang seringkali timbul sebelum dan selepas sesuatu pentadbiran harta wasiat dilaksanakan.
Justeru itu, kajian ini lebih memberi fokus kepada aspek perbincangan isu-isu yang timbul dalam perundangan harta wasiat khususnya orang Islam di Malaysia.
Penulisan ini menggunakan kaedah kepustakaan bagi mendapatkan data-data yang merupakan dokumendokumen seperti buku akademik, kertas-kertas kerja, jurnal, statut, laporan perundangan, surat pekeliling dan maklumat-maklumat daripada laman sesawang.
Hasil penulisan ini menampakkan beberapa isu yang berbangkit melibatkan beberapa aspek penting dalam perundangan.
Katakunci: Harta wasiat orang Islam, Harta pusaka, Isu-isu perundangan, Undang-undang Islam, Undangundang sivil.

Related Results

Implementasi Wasiat Berupa “Honorarium” Menurut Pandangan Wahbah Zuhaili
Implementasi Wasiat Berupa “Honorarium” Menurut Pandangan Wahbah Zuhaili
Abstrak: Peralihan harta selain kewarisan dalamIslam salah satunya dikenal dengan wasiat, yaitu dengan cara berpesan seseorang terhadap sebagian harta kekayaannya pada saat seseora...
WASIAT ISLAM: SATU TRANSFORMASI UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
WASIAT ISLAM: SATU TRANSFORMASI UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
Wasiat merupakan salah satu instrumen dan mekanisme terbaik kepada pengurusan dan pentadbiran aset Islam yang telah lama dipraktikkan di Malaysia. Aspek perancangan secara sistemat...
AKTA WASIAT YANG TIDAK DILAPORKAN NOTARIS KEPADA DAFTAR PUSAT WASIAT
AKTA WASIAT YANG TIDAK DILAPORKAN NOTARIS KEPADA DAFTAR PUSAT WASIAT
In carrying out their position, Notaries are required to send a list of deeds relating to wills to the will register center at the ministry that organizes government affairs in the...
Urgensi Executeur Testamentair Dalam Pelaksanaan Wasiat
Urgensi Executeur Testamentair Dalam Pelaksanaan Wasiat
Testament is a person’s or testator’s last will in associated with his assets. A testament is necessary to avoid disagreements among heirs regarding the distribution of inheritance...
Kedudukan Anak Angkat Terhadap Harta Warisan Orang Tua Angkat
Kedudukan Anak Angkat Terhadap Harta Warisan Orang Tua Angkat
AbstractThe purpose of marriage is to form a family that is sakinah mawaddah wa rahmah (a family of peace, love, and affection) which ideally consists of a father, mother, and chil...
INKONSISTENSI WASIAT WAJIBAH DALAM KOMPILASI HUKUM ISLAM
INKONSISTENSI WASIAT WAJIBAH DALAM KOMPILASI HUKUM ISLAM
Di antara hal-hal yang memerlukan kajian dalam era sekarang adalah masalah wasiat wajibah yang dari awal kemunculannya sebagai positif law dianggap sebagai penemuan dan ijtihad mas...
Pelaksanaan Pembagian Warisan Jika Salah Satu Ahli Waris Keluar dari Agama Islam
Pelaksanaan Pembagian Warisan Jika Salah Satu Ahli Waris Keluar dari Agama Islam
Abstract. In life humans experience three significant events-the time of their birth, the time of their marriage, and the time of their death. Then man will at some time depart fro...
Kedudukan Harta bersama dalam Rumah Tangga Perspektif Alquran
Kedudukan Harta bersama dalam Rumah Tangga Perspektif Alquran
Judul penelitian ini adalah “Kedudukan Harta Bersama Dalam Rumah Tangga Perspektif Alquran”. Isu harta harta bersama seringkali menjadi topik hangat di tengah masyarakat kita. Hal ...

Back to Top