Javascript must be enabled to continue!
Penerimaan Ibu Bapa Terhadap Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Rendah Daerah Sibu
View through CrossRef
Program Pendidikan Inklusif (PI) merupakan satu program yang melibatkan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) belajar bersama murid aliran perdana. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka tahap penerimaan ibu bapa MBPK terhadap PI. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Sibu. Objektif adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan sikap ibu bapa MBPK terhadap PI. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini dengan bertunjangkan Teori Pembelajaran Sosial yang diterajui oleh Albert Bandura. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan kaedah bersampelan bertujuan. Peserta kajian terdiri daripada dua orang responden yang merupakan penjaga utama kepada murid berkeperluan khas yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif di sebuah sekolah daerah Sibu. Temu bual, pemerhatian menerusi penulisan nota lapangan dan analisis dokumen dipilih sebagai instrumen kajian dan seterusnya dapatan kajian telah dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan ibu bapa MBPK dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap pelaksanaan PI adalah pada tahap yang sederhana tinggi. Pengkaji mendapati bahawa terdapat banyak persamaan antara responden terutamanya dalam aspek pengetahuan dan sikap mereka sebagai ibu bapa walaupun terdapat perbezaan daripada latar belakang. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pentadbir sekolah bagi mengatasi permasalahan yang timbul dan mengelakkan impak negatif terhadap pelaksanaan PI di sekolah. Terdapat juga beberapa cadangan kajian lanjutan untuk pengkaji yang ingin menjalankan kajian ini pada masa hadapan. Pihak yang berkaitan perlu mengambil serius dapatan kajian ini agar PI dapat berjalan dengan lancar terutamanya di daerah Sibu serta mampu melahirkan MBPK yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.
Title: Penerimaan Ibu Bapa Terhadap Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Rendah Daerah Sibu
Description:
Program Pendidikan Inklusif (PI) merupakan satu program yang melibatkan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) belajar bersama murid aliran perdana.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka tahap penerimaan ibu bapa MBPK terhadap PI.
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Sibu.
Objektif adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan sikap ibu bapa MBPK terhadap PI.
Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini dengan bertunjangkan Teori Pembelajaran Sosial yang diterajui oleh Albert Bandura.
Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan kaedah bersampelan bertujuan.
Peserta kajian terdiri daripada dua orang responden yang merupakan penjaga utama kepada murid berkeperluan khas yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif di sebuah sekolah daerah Sibu.
Temu bual, pemerhatian menerusi penulisan nota lapangan dan analisis dokumen dipilih sebagai instrumen kajian dan seterusnya dapatan kajian telah dihuraikan secara deskriptif.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan ibu bapa MBPK dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap pelaksanaan PI adalah pada tahap yang sederhana tinggi.
Pengkaji mendapati bahawa terdapat banyak persamaan antara responden terutamanya dalam aspek pengetahuan dan sikap mereka sebagai ibu bapa walaupun terdapat perbezaan daripada latar belakang.
Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pentadbir sekolah bagi mengatasi permasalahan yang timbul dan mengelakkan impak negatif terhadap pelaksanaan PI di sekolah.
Terdapat juga beberapa cadangan kajian lanjutan untuk pengkaji yang ingin menjalankan kajian ini pada masa hadapan.
Pihak yang berkaitan perlu mengambil serius dapatan kajian ini agar PI dapat berjalan dengan lancar terutamanya di daerah Sibu serta mampu melahirkan MBPK yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.
Related Results
Penerimaan Ibu Bapa Terhadap Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Rendah Daerah Sibu
Penerimaan Ibu Bapa Terhadap Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Rendah Daerah Sibu
Program Pendidikan Inklusif (PI) merupakan satu program yang melibatkan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) belajar bersama murid aliran perdana. Kajian ini dijalankan bertuj...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Faktor Mempengaruhi Kekerapan Perpindahan Murid SJKC Ke SK Semasa Pandemik Covid-19 Di Daerah Sibu, Sarawak
Faktor Mempengaruhi Kekerapan Perpindahan Murid SJKC Ke SK Semasa Pandemik Covid-19 Di Daerah Sibu, Sarawak
Kebanyakan perpindahan dalam kalangan pelajar berpunca daripada kedua ibu bapa mereka. Kebergantungan hidup mereka terhadap ibu bapa pada usia ini adalah sangat tinggi. Secara khu...
Irlan Fery Jenis-Jenis Pajak Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19
Irlan Fery Jenis-Jenis Pajak Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19
Jenis-Jenis Pajak Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19
Irlan Fery
Fakultas Ekonomi Akuntansi Seko...
Faktor Ibu Bapa dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar Pekak: Kajian Kes Retrospektif
Faktor Ibu Bapa dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar Pekak: Kajian Kes Retrospektif
Kajian kes retrospektif ini dijalankan untuk memahami bagaimana faktor ibu bapa telah menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar pekak. Kecemerlangan akademik didefinisikan s...
Pengetahuan Murid dan Perkaitan Ibu Bapa Terhadap Kesedaran Alam Sekitar: Satu Kajian Awal
Pengetahuan Murid dan Perkaitan Ibu Bapa Terhadap Kesedaran Alam Sekitar: Satu Kajian Awal
Kajian ini merupakan kajian awalan tentang kurikulum Sains sekolah rendah berkenaan pengetahuan dan kesedaran murid terhadap alam sekitar di sekolah kebangsaan. Pengetahuan alam se...
Aspirasi Masyarakat Terhadap Sekolah Agama dan Sekolah Jenis Kebangsaan
Aspirasi Masyarakat Terhadap Sekolah Agama dan Sekolah Jenis Kebangsaan
Abstrak: Sekolah vernakular yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan negara sehingga kini masih dijadikan kontroversi terutamanya dalam perdebatan di media sosial dan kalangan ahli poli...
Perspektif Ibu Bapa terhadap Pendidikan Awal Seksual kepada Kanak-kanak
Perspektif Ibu Bapa terhadap Pendidikan Awal Seksual kepada Kanak-kanak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perspektif ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan seksual dan kecenderungan ibu bapa kepada idea mendedahkan anak-anak kepada pendidikan...

