Javascript must be enabled to continue!
Faktor Mempengaruhi Kekerapan Perpindahan Murid SJKC Ke SK Semasa Pandemik Covid-19 Di Daerah Sibu, Sarawak
View through CrossRef
Kebanyakan perpindahan dalam kalangan pelajar berpunca daripada kedua ibu bapa mereka. Kebergantungan hidup mereka terhadap ibu bapa pada usia ini adalah sangat tinggi. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor kesan pandemik Covid-19 terhadap perpindahan murid dari SJK(C) ke SK. Kajian dijalankan dengan berpandukan reka bentuk kajian kuantitatif berbentuk tinjauan. Responden bagi kajian terdiri daripada 80 orang ibu bapa kepada murid-murid yang terlibat dengan perpindahan dari SJKC ke SK dalam daerah Sibu. Data demografi responden telah dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil mendapati bahawa kebanyakan responden terdiri daripada kaum Bumiputera, sebanyak 72.5%. Tambahan, 61.3% responden mempunyai tahap pengajian sehingga sekolah rendah sahaja dan bekerja sendiri. Nilai min yang melebihi 3.50 bagi item hubungan ibu bapa-anak menunjukkan tiada masalah yang serius dalam hubungan kekeluargaan responden. Manakala, nilai min bagi item persepsi ibu bapa terhadap SJKC mencatatkan nilai min kurang daripada 3.0 bagi konstruk pembelajaran anak. Bagi konstruk pengajaran guru pula nilai min dilihat melebihi 3.0 untuk majoriti item. Selain itu, nilai korelasi Pearson bagi hubungan antara ibu bapa-anak dan persepsi ibu bapa menunjukkan nilai -0.481, iaitu korelasi negatif yang tinggi bagi kedua-dua pemboleh ubah. Kesimpulannya, faktor perpindahan murid dalam era pandemik ini kebanyakannya berpunca daripada latar belakang keluarga masing-masing terutamanya taraf pendidikan ibu bapa.
Title: Faktor Mempengaruhi Kekerapan Perpindahan Murid SJKC Ke SK Semasa Pandemik Covid-19 Di Daerah Sibu, Sarawak
Description:
Kebanyakan perpindahan dalam kalangan pelajar berpunca daripada kedua ibu bapa mereka.
Kebergantungan hidup mereka terhadap ibu bapa pada usia ini adalah sangat tinggi.
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor kesan pandemik Covid-19 terhadap perpindahan murid dari SJK(C) ke SK.
Kajian dijalankan dengan berpandukan reka bentuk kajian kuantitatif berbentuk tinjauan.
Responden bagi kajian terdiri daripada 80 orang ibu bapa kepada murid-murid yang terlibat dengan perpindahan dari SJKC ke SK dalam daerah Sibu.
Data demografi responden telah dianalisis menggunakan perisian SPSS.
Hasil mendapati bahawa kebanyakan responden terdiri daripada kaum Bumiputera, sebanyak 72.
5%.
Tambahan, 61.
3% responden mempunyai tahap pengajian sehingga sekolah rendah sahaja dan bekerja sendiri.
Nilai min yang melebihi 3.
50 bagi item hubungan ibu bapa-anak menunjukkan tiada masalah yang serius dalam hubungan kekeluargaan responden.
Manakala, nilai min bagi item persepsi ibu bapa terhadap SJKC mencatatkan nilai min kurang daripada 3.
0 bagi konstruk pembelajaran anak.
Bagi konstruk pengajaran guru pula nilai min dilihat melebihi 3.
0 untuk majoriti item.
Selain itu, nilai korelasi Pearson bagi hubungan antara ibu bapa-anak dan persepsi ibu bapa menunjukkan nilai -0.
481, iaitu korelasi negatif yang tinggi bagi kedua-dua pemboleh ubah.
Kesimpulannya, faktor perpindahan murid dalam era pandemik ini kebanyakannya berpunca daripada latar belakang keluarga masing-masing terutamanya taraf pendidikan ibu bapa.
Related Results
Meningkatkan Hasil Belajar Murid Melalui Model Pembelajaran Problem Based Learning (PBL) Berbantuan Media Prezi.Com pada Materi Sistem Pencernaan pada Manusia di Kelas V SDN 1 Batudaa
Meningkatkan Hasil Belajar Murid Melalui Model Pembelajaran Problem Based Learning (PBL) Berbantuan Media Prezi.Com pada Materi Sistem Pencernaan pada Manusia di Kelas V SDN 1 Batudaa
Penelitian ini dilatarbelakangi oleh rendahnya hasil belajar murid pada materi Sistem Pencernaan Pada Manusia di kelas V SDN 1 Batudaa. Tujuan penelitiannya untuk meningkatkan hasi...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
Irlan Fery Jenis-Jenis Pajak Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19
Irlan Fery Jenis-Jenis Pajak Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19
Jenis-Jenis Pajak Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19
Irlan Fery
Fakultas Ekonomi Akuntansi Seko...
Penerimaan Ibu Bapa Terhadap Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Rendah Daerah Sibu
Penerimaan Ibu Bapa Terhadap Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Rendah Daerah Sibu
Program Pendidikan Inklusif (PI) merupakan satu program yang melibatkan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) belajar bersama murid aliran perdana. Kajian ini dijalankan bertuj...
Emosi dan Faktor Mempengaruhi Murid Pemulihan Khas Sekolah Rendah
Emosi dan Faktor Mempengaruhi Murid Pemulihan Khas Sekolah Rendah
Murid mengalami pelbagai jenis emosi sepanjang hari di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis dan kekerapan emosi murid pemulihan khas serta meneroka faktor yang ...
Rahsia di Sebalik Baki: Pengetahuan Murid Sekolah Rendah tentang Konsep Baki dalam Operasi Bahagi Nombor Bulat
Rahsia di Sebalik Baki: Pengetahuan Murid Sekolah Rendah tentang Konsep Baki dalam Operasi Bahagi Nombor Bulat
Matematik memainkan peranan penting dalam membentuk kemahiran logik, analitikal, dan penyelesaian masalah dalam kalangan murid sekolah rendah. Operasi asas bahagi, khususnya konsep...
Peranan Badan Mubaligh Kristian dalam Perkembangan Pendidikan Formal Wanita di Sarawak, 1848–1930
Peranan Badan Mubaligh Kristian dalam Perkembangan Pendidikan Formal Wanita di Sarawak, 1848–1930
In Sarawak, the Christian missionaries carried out their Christianisation by establishing missionary schools. Through the establishment of the missionary school, they not only want...

