Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Rahsia di Sebalik Baki: Pengetahuan Murid Sekolah Rendah tentang Konsep Baki dalam Operasi Bahagi Nombor Bulat

View through CrossRef
Matematik memainkan peranan penting dalam membentuk kemahiran logik, analitikal, dan penyelesaian masalah dalam kalangan murid sekolah rendah. Operasi asas bahagi, khususnya konsep baki, merupakan topik yang penting tetapi sering menjadi cabaran bagi murid. Kekeliruan dalam mentafsir baki menghalang murid daripada memahami konsep ini secara mendalam, terutamanya dalam konteks penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Kajian ini bertujuan untuk meneroka tafsiran murid sekolah rendah tentang konsep baki dalam operasi asas bahagi subjek Matematik. Kajian ini juga memberi tumpuan kepada strategi penyelesaian murid sekolah rendah dalam masalah kontekstual melibatkan operasi asas bahagi berbaki. Kajian menggunakan reka bentuk kajian kes. Data kajian dikumpul secara kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 90 orang murid tahun enam di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sarawak. Data diperoleh melalui ujian diagnostik dan kemudian dikodkan. Data kemudian dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan variasi strategi tafsiran baki dan tahap pemahaman murid dalam menilai baki mengikut konteks soalan. Ini seterusnya memberikan tafsiran yang berbeza terhadap baki yang terhasil. Kaedah bahagi panjang merupakan strategi penyelesaian yang digunakan oleh hampir semua murid, iaitu dalam bentuk lazim. Kajian ini menyimpulkan bahawa murid lebih memerlukan bimbingan untuk memahami konsep baki dalam konteks yang praktikal dan bermakna. Dapatan kajian telah membantu kita memahami cara murid berfikir dalam menjawab soalan kontekstual melibatkan operasi berbaki dan memahami konsep baki. Kajian ini seharusnya dijadikan asas kepada guru untuk merancang pengajaran yang lebih berkesan. Perancangan pengajaran perlu disesuaikan dengan tahap kefahaman murid bagi memastikan keberkesanannya.
Title: Rahsia di Sebalik Baki: Pengetahuan Murid Sekolah Rendah tentang Konsep Baki dalam Operasi Bahagi Nombor Bulat
Description:
Matematik memainkan peranan penting dalam membentuk kemahiran logik, analitikal, dan penyelesaian masalah dalam kalangan murid sekolah rendah.
Operasi asas bahagi, khususnya konsep baki, merupakan topik yang penting tetapi sering menjadi cabaran bagi murid.
Kekeliruan dalam mentafsir baki menghalang murid daripada memahami konsep ini secara mendalam, terutamanya dalam konteks penyelesaian masalah kehidupan sebenar.
Kajian ini bertujuan untuk meneroka tafsiran murid sekolah rendah tentang konsep baki dalam operasi asas bahagi subjek Matematik.
Kajian ini juga memberi tumpuan kepada strategi penyelesaian murid sekolah rendah dalam masalah kontekstual melibatkan operasi asas bahagi berbaki.
Kajian menggunakan reka bentuk kajian kes.
Data kajian dikumpul secara kuantitatif.
Sampel kajian terdiri daripada 90 orang murid tahun enam di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sarawak.
Data diperoleh melalui ujian diagnostik dan kemudian dikodkan.
Data kemudian dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan dan peratusan.
Dapatan kajian menunjukkan variasi strategi tafsiran baki dan tahap pemahaman murid dalam menilai baki mengikut konteks soalan.
Ini seterusnya memberikan tafsiran yang berbeza terhadap baki yang terhasil.
Kaedah bahagi panjang merupakan strategi penyelesaian yang digunakan oleh hampir semua murid, iaitu dalam bentuk lazim.
Kajian ini menyimpulkan bahawa murid lebih memerlukan bimbingan untuk memahami konsep baki dalam konteks yang praktikal dan bermakna.
Dapatan kajian telah membantu kita memahami cara murid berfikir dalam menjawab soalan kontekstual melibatkan operasi berbaki dan memahami konsep baki.
Kajian ini seharusnya dijadikan asas kepada guru untuk merancang pengajaran yang lebih berkesan.
Perancangan pengajaran perlu disesuaikan dengan tahap kefahaman murid bagi memastikan keberkesanannya.

Related Results

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN MENOLAK INTEGER DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 1 MENGGUNAKAN KAEDAH “RUMAHKU TIANG SEBATANG”
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN MENOLAK INTEGER DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 1 MENGGUNAKAN KAEDAH “RUMAHKU TIANG SEBATANG”
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid mengenai topik integer terutamanya dalam konsep menambah dan menolak nombor integer. Oleh itu, kaedah “Rumahku Tiang Sebatan...
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh  minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru terhadap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah me...
Keefektifan Media Literasi Visual Terhadap Menulis Teks Cerita Pendek Pada Murid Kelas IV PTF SDN Labuang Baji Ii Makassar
Keefektifan Media Literasi Visual Terhadap Menulis Teks Cerita Pendek Pada Murid Kelas IV PTF SDN Labuang Baji Ii Makassar
Penelitian ini bertujuan melihat keefektifan media literasi visual dalam menulis teks cerita pendek. Target penelitian ini adalah untuk menemukan masalah terhadap kondisi murid yan...
GAMBARAN KARIES GIGI BERDASARKAN JENIS MAKANAN KARIOGENIK YANG DIKONSUMSI MURID-MURID KELAS III DI SD INPRES LILIBA
GAMBARAN KARIES GIGI BERDASARKAN JENIS MAKANAN KARIOGENIK YANG DIKONSUMSI MURID-MURID KELAS III DI SD INPRES LILIBA
Masalah yang paling banyak ditemukan adalah gigi berlubang atau karies gigi  dengan rata-rata penduduk Indonesia memiliki 4 sampai 5 gigi berkaries. Bentuk fisik makanan kariogenik...

Penggunaan Google Classroom terhadap Motivasi dan Pencapaian Murid dalam Subjek Bahasa Melayu
Penggunaan Google Classroom terhadap Motivasi dan Pencapaian Murid dalam Subjek Bahasa Melayu
Dalam era teknologi yang semakin maju, penggunaan platform pembelajaran digital telah menjadi semakin penting dalam konteks pendidikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpas...
Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas untuk semua individu termasuk murid-murid berkeperluan pendidikan khas. Oleh itu, pengetahuan guru prasekolah merupakan antara aspek...
Tahap Kefahaman Guru Bahasa Inggeris Terhadap Pedagogi Terbeza
Tahap Kefahaman Guru Bahasa Inggeris Terhadap Pedagogi Terbeza
Pelaporan Kurikulum menunjukkan peratus pencapaian Bahasa Inggeris yang rendah dalam peperiksaan akhir tahun 2019 bagi sekolah rendah dalam PPD Kota Bharu. Fokus Analisa pencapaian...

Back to Top