Javascript must be enabled to continue!
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
View through CrossRef
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru terhadap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah menengah di Sabah. Kajian kuantitatif ini mengaplikasikan kaedah tinjauan dan menggunakan borang soal selidik untuk memungut data daripada 492 murid sekolah menengah sebagai sampel. Data tersebut dianalisis menggunakan perisian IBM-SPSS-AMOS 25. Analisis deskriptif menunjukkan minat murid, sokongan ibu bapa, kompetensi guru dan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum berada pada tahap tinggi. Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan wujudnya hubungan positif yang signifikan antara minat murid (r=0.114, p<0.05), sokongan ibu bapa (r=0.620, p<0.01) dan kompetensi guru (r=0.263, p<0.01) dengan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum. Analisis Laluan SEM menunjukkan bahawa minat murid dan sokongan ibu bapa mempunyai pengaruh yang signifikan. variabel bebas tersebut mampu meramal penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum pada kadar 62%. Menerusi analisis SEM, kajian ini juga berjaya membangunkan satu cadangan model penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum yang menggabungkan variabel bebas tersebut sebagai faktor utama kepada penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum. Dapatan-dapatan kajian ini adalah bukti empirikal bahawa penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dapat ditingkatkan menerusi minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru. Oleh itu, hasil kajian ini diharap boleh menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sistem pendidikan sekolah menengah dan mampu meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum pada masa yang akan datang.
Title: Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Description:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru terhadap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah menengah di Sabah.
Kajian kuantitatif ini mengaplikasikan kaedah tinjauan dan menggunakan borang soal selidik untuk memungut data daripada 492 murid sekolah menengah sebagai sampel.
Data tersebut dianalisis menggunakan perisian IBM-SPSS-AMOS 25.
Analisis deskriptif menunjukkan minat murid, sokongan ibu bapa, kompetensi guru dan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum berada pada tahap tinggi.
Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan wujudnya hubungan positif yang signifikan antara minat murid (r=0.
114, p<0.
05), sokongan ibu bapa (r=0.
620, p<0.
01) dan kompetensi guru (r=0.
263, p<0.
01) dengan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum.
Analisis Laluan SEM menunjukkan bahawa minat murid dan sokongan ibu bapa mempunyai pengaruh yang signifikan.
variabel bebas tersebut mampu meramal penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum pada kadar 62%.
Menerusi analisis SEM, kajian ini juga berjaya membangunkan satu cadangan model penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum yang menggabungkan variabel bebas tersebut sebagai faktor utama kepada penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum.
Dapatan-dapatan kajian ini adalah bukti empirikal bahawa penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dapat ditingkatkan menerusi minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru.
Oleh itu, hasil kajian ini diharap boleh menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sistem pendidikan sekolah menengah dan mampu meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum pada masa yang akan datang.
Related Results
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Objektif khusus k...
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di universiti tidak kira akademik atau bukan akademik haruslah boleh membentuk pelajar yang seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani dan emosi, ma...
Persepsi Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Fizikal dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas
Persepsi Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Fizikal dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas
Aktiviti fizikal merupakan antara komponen yang penting dalam pembentukan fizikal yang sihat bagi seseorang individu. Aktiviti fizikal juga merupakan sebahagian aspek yang penting ...
PERAN TATA KELOLA PERUSAHAAN DALAM MEMODERASI PENGARUH IMPLEMANTASI GREEN ACCOUNTING, CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY DAN FIRM SIZE TERHADAP KINERJA KEUANGAN
PERAN TATA KELOLA PERUSAHAAN DALAM MEMODERASI PENGARUH IMPLEMANTASI GREEN ACCOUNTING, CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY DAN FIRM SIZE TERHADAP KINERJA KEUANGAN
This study examines the role of corporate governance in moderating the influence of green accounting disclosure, corporate social responsibility (CSR), and firm size on the financi...
Pengetahuan Murid dan Perkaitan Ibu Bapa Terhadap Kesedaran Alam Sekitar: Satu Kajian Awal
Pengetahuan Murid dan Perkaitan Ibu Bapa Terhadap Kesedaran Alam Sekitar: Satu Kajian Awal
Kajian ini merupakan kajian awalan tentang kurikulum Sains sekolah rendah berkenaan pengetahuan dan kesedaran murid terhadap alam sekitar di sekolah kebangsaan. Pengetahuan alam se...
Pencapaian Akademik Murid Lelaki dan Perempuan: Peranan Sokongan Pembelajaran dan Keterlibatan Murid
Pencapaian Akademik Murid Lelaki dan Perempuan: Peranan Sokongan Pembelajaran dan Keterlibatan Murid
Tujuan - Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan keterlibatan murid, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik mengikut gender. Ia juga meneliti sama ada terdapat peranan ...
Tahap Kefahaman Guru Bahasa Inggeris Terhadap Pedagogi Terbeza
Tahap Kefahaman Guru Bahasa Inggeris Terhadap Pedagogi Terbeza
Pelaporan Kurikulum menunjukkan peratus pencapaian Bahasa Inggeris yang rendah dalam peperiksaan akhir tahun 2019 bagi sekolah rendah dalam PPD Kota Bharu. Fokus Analisa pencapaian...
Faktor Ibu Bapa dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar Pekak: Kajian Kes Retrospektif
Faktor Ibu Bapa dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar Pekak: Kajian Kes Retrospektif
Kajian kes retrospektif ini dijalankan untuk memahami bagaimana faktor ibu bapa telah menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar pekak. Kecemerlangan akademik didefinisikan s...

