Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Penerimaan Ibu Bapa Terhadap Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Rendah Daerah Sibu

View through CrossRef
Program Pendidikan Inklusif (PI) merupakan satu program yang melibatkan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) belajar bersama murid aliran perdana. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka tahap penerimaan ibu bapa MBPK terhadap PI. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Sibu. Objektif adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan sikap ibu bapa MBPK terhadap PI. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini dengan bertunjangkan Teori Pembelajaran Sosial yang diterajui oleh Albert Bandura. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan kaedah bersampelan bertujuan. Peserta kajian terdiri daripada dua orang responden yang merupakan penjaga utama kepada murid berkeperluan khas yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif di sebuah sekolah daerah Sibu. Temu bual, pemerhatian menerusi penulisan nota lapangan dan analisis dokumen dipilih sebagai instrumen kajian dan seterusnya dapatan kajian telah dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan ibu bapa MBPK dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap pelaksanaan PI adalah pada tahap yang sederhana tinggi. Pengkaji mendapati bahawa terdapat banyak persamaan antara responden terutamanya dalam aspek pengetahuan dan sikap mereka sebagai ibu bapa walaupun terdapat perbezaan daripada latar belakang. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pentadbir sekolah bagi mengatasi permasalahan yang timbul dan mengelakkan impak negatif terhadap pelaksanaan PI di sekolah. Terdapat juga beberapa cadangan kajian lanjutan untuk pengkaji yang ingin menjalankan kajian ini pada masa hadapan. Pihak yang berkaitan perlu mengambil serius dapatan kajian ini agar PI dapat berjalan dengan lancar terutamanya di daerah Sibu serta mampu melahirkan MBPK yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara. The Inclusive Education Program (IEP) is a program that involves students with special educational needs (SEN) learning together with mainstream students. This study was conducted with the aim of exploring the level of acceptance among parents of students with SEN towards the IEP. The study was carried out in a primary school in the Sibu district. The objective was to identify the level of knowledge and attitude of SEN parents towards IEP. A qualitative approach with a case study design was employed in this study, guided by Albert Bandura's Social Learning Theory. Participants were selected using a purposive sampling method. The study participants consisted of two respondents who were primary caregivers to students with special needs participating in the IEP at a school in the Sibu district. Interviews, observations through field notes and document analysis were chosen as research instruments and the study findings were subsequently described descriptively. The results of the study indicated that the acceptance of SEN parents in terms of knowledge and attitude towards the implementation of IEP was at a moderately high level. The researcher found that there were many similarities among the respondents, especially in terms of their knowledge and attitudes as parents, despite differences in the backgrounds of the parents. Several suggestions were proposed to the Malaysian Ministry of Education and school administrators to address arising issues and prevent negative impacts on the implementation of IEP in schools. There are also recommendations for further research for researchers interested in conducting similar studies in the future. Relevant parties should take the findings of this study seriously to ensure the smooth implementation of IEP especially in the Sibu district and to contribute to the country's development.
Title: Penerimaan Ibu Bapa Terhadap Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Rendah Daerah Sibu
Description:
Program Pendidikan Inklusif (PI) merupakan satu program yang melibatkan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) belajar bersama murid aliran perdana.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka tahap penerimaan ibu bapa MBPK terhadap PI.
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Sibu.
Objektif adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan sikap ibu bapa MBPK terhadap PI.
Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini dengan bertunjangkan Teori Pembelajaran Sosial yang diterajui oleh Albert Bandura.
Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan kaedah bersampelan bertujuan.
Peserta kajian terdiri daripada dua orang responden yang merupakan penjaga utama kepada murid berkeperluan khas yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif di sebuah sekolah daerah Sibu.
Temu bual, pemerhatian menerusi penulisan nota lapangan dan analisis dokumen dipilih sebagai instrumen kajian dan seterusnya dapatan kajian telah dihuraikan secara deskriptif.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan ibu bapa MBPK dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap pelaksanaan PI adalah pada tahap yang sederhana tinggi.
Pengkaji mendapati bahawa terdapat banyak persamaan antara responden terutamanya dalam aspek pengetahuan dan sikap mereka sebagai ibu bapa walaupun terdapat perbezaan daripada latar belakang.
Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pentadbir sekolah bagi mengatasi permasalahan yang timbul dan mengelakkan impak negatif terhadap pelaksanaan PI di sekolah.
Terdapat juga beberapa cadangan kajian lanjutan untuk pengkaji yang ingin menjalankan kajian ini pada masa hadapan.
Pihak yang berkaitan perlu mengambil serius dapatan kajian ini agar PI dapat berjalan dengan lancar terutamanya di daerah Sibu serta mampu melahirkan MBPK yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.
The Inclusive Education Program (IEP) is a program that involves students with special educational needs (SEN) learning together with mainstream students.
This study was conducted with the aim of exploring the level of acceptance among parents of students with SEN towards the IEP.
The study was carried out in a primary school in the Sibu district.
The objective was to identify the level of knowledge and attitude of SEN parents towards IEP.
A qualitative approach with a case study design was employed in this study, guided by Albert Bandura's Social Learning Theory.
Participants were selected using a purposive sampling method.
The study participants consisted of two respondents who were primary caregivers to students with special needs participating in the IEP at a school in the Sibu district.
Interviews, observations through field notes and document analysis were chosen as research instruments and the study findings were subsequently described descriptively.
The results of the study indicated that the acceptance of SEN parents in terms of knowledge and attitude towards the implementation of IEP was at a moderately high level.
The researcher found that there were many similarities among the respondents, especially in terms of their knowledge and attitudes as parents, despite differences in the backgrounds of the parents.
Several suggestions were proposed to the Malaysian Ministry of Education and school administrators to address arising issues and prevent negative impacts on the implementation of IEP in schools.
There are also recommendations for further research for researchers interested in conducting similar studies in the future.
Relevant parties should take the findings of this study seriously to ensure the smooth implementation of IEP especially in the Sibu district and to contribute to the country's development.

Related Results

Penerimaan Ibu Bapa Terhadap Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Rendah Daerah Sibu
Penerimaan Ibu Bapa Terhadap Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Rendah Daerah Sibu
Program Pendidikan Inklusif (PI) merupakan satu program yang melibatkan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) belajar bersama murid aliran perdana. Kajian ini dijalankan bertuj...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Faktor Mempengaruhi Kekerapan Perpindahan Murid SJKC Ke SK Semasa Pandemik Covid-19 Di Daerah Sibu, Sarawak
Faktor Mempengaruhi Kekerapan Perpindahan Murid SJKC Ke SK Semasa Pandemik Covid-19 Di Daerah Sibu, Sarawak
Kebanyakan perpindahan dalam kalangan pelajar berpunca daripada kedua ibu bapa mereka. Kebergantungan hidup mereka terhadap ibu bapa pada usia ini adalah sangat tinggi. Secara khu...
Irlan Fery Jenis-Jenis Pajak Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19
Irlan Fery Jenis-Jenis Pajak Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19
Jenis-Jenis  Pajak  Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19   Irlan Fery   Fakultas Ekonomi Akuntansi Seko...
Faktor Ibu Bapa dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar Pekak: Kajian Kes Retrospektif
Faktor Ibu Bapa dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar Pekak: Kajian Kes Retrospektif
Kajian kes retrospektif ini dijalankan untuk memahami bagaimana faktor ibu bapa telah menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar pekak. Kecemerlangan akademik didefinisikan s...
Pengetahuan Murid dan Perkaitan Ibu Bapa Terhadap Kesedaran Alam Sekitar: Satu Kajian Awal
Pengetahuan Murid dan Perkaitan Ibu Bapa Terhadap Kesedaran Alam Sekitar: Satu Kajian Awal
Kajian ini merupakan kajian awalan tentang kurikulum Sains sekolah rendah berkenaan pengetahuan dan kesedaran murid terhadap alam sekitar di sekolah kebangsaan. Pengetahuan alam se...
Aspirasi Masyarakat Terhadap Sekolah Agama dan Sekolah Jenis Kebangsaan
Aspirasi Masyarakat Terhadap Sekolah Agama dan Sekolah Jenis Kebangsaan
Abstrak: Sekolah vernakular yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan negara sehingga kini masih dijadikan kontroversi terutamanya dalam perdebatan di media sosial dan kalangan ahli poli...
Perspektif Ibu Bapa terhadap Pendidikan Awal Seksual kepada Kanak-kanak
Perspektif Ibu Bapa terhadap Pendidikan Awal Seksual kepada Kanak-kanak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perspektif ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan seksual dan kecenderungan ibu bapa kepada idea mendedahkan anak-anak kepada pendidikan...

Back to Top