Javascript must be enabled to continue!
Pengetahuan Murid dan Perkaitan Ibu Bapa Terhadap Kesedaran Alam Sekitar: Satu Kajian Awal
View through CrossRef
Kajian ini merupakan kajian awalan tentang kurikulum Sains sekolah rendah berkenaan pengetahuan dan kesedaran murid terhadap alam sekitar di sekolah kebangsaan. Pengetahuan alam sekitar dalam kajian ini difokuskan kepada Unit Pengendalian Bahan Buangan iaitu bagi tajuk Bahan Buangan, Kesan Bahan Buangan dan Pereputan Bahan Buangan serta Kemusnahan Alam Sekitar di bawah Unit Interaksi Antara Benda Hidup berdasarkan kurikulum Sains tahun 6. Data dikutip menggunakan kaedah kaji selidik yang terdiri daripada dua set soalan iaitu set A (72 item) dan set B (28 item) terhadap 31 sampel murid dan 30 sampel ibu bapa. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan peratusan untuk menentukan tahap pengetahuan murid, analisis ujian t untuk menentukan perbezaan antara jantina dan khi kuasa dua perkaitan antara sektor perkerjaan ibu bapa dengan tingkah laku murid terhadap alam sekitar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan alam sekitar dalam kalangan murid adalah tinggi dan tahap kesedaran adalah sederhana. Guru Sains tahun 6 juga didapati telah menerapkan nilai-nilai murni alam sekitar semasa mengajar mata pelajaran Sains. Terdapat perkaitan antara sektor pekerjaan bapa dengan tingkah laku murid terhadap alam sekitar iaitu pada nilai χ2 = 27.871 (p=.000), tetapi sebaliknya bagi sektor pekerjaan ibu. Selain itu, ibu bapa berpendapat bahawa mereka merupakan pihak yang bertanggungjawab meningkatkan kesedaran anak terhadap alam sekitar, manakala sekolah merupakan medium yang paling sesuai untuk tujuan tersebut. Kesimpulannya, selain daripada sekolah dan guru, ibu bapa juga berperanan penting dalam meningkatkan kesedaran murid terhadap alam sekitar. Walau bagaimanapun, kajian lanjut mencadangkan sampel lebih besar untuk penentuan pengaruh ibu bapa terhadap kesedaran alam sekitar murid.
Title: Pengetahuan Murid dan Perkaitan Ibu Bapa Terhadap Kesedaran Alam Sekitar: Satu Kajian Awal
Description:
Kajian ini merupakan kajian awalan tentang kurikulum Sains sekolah rendah berkenaan pengetahuan dan kesedaran murid terhadap alam sekitar di sekolah kebangsaan.
Pengetahuan alam sekitar dalam kajian ini difokuskan kepada Unit Pengendalian Bahan Buangan iaitu bagi tajuk Bahan Buangan, Kesan Bahan Buangan dan Pereputan Bahan Buangan serta Kemusnahan Alam Sekitar di bawah Unit Interaksi Antara Benda Hidup berdasarkan kurikulum Sains tahun 6.
Data dikutip menggunakan kaedah kaji selidik yang terdiri daripada dua set soalan iaitu set A (72 item) dan set B (28 item) terhadap 31 sampel murid dan 30 sampel ibu bapa.
Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan peratusan untuk menentukan tahap pengetahuan murid, analisis ujian t untuk menentukan perbezaan antara jantina dan khi kuasa dua perkaitan antara sektor perkerjaan ibu bapa dengan tingkah laku murid terhadap alam sekitar.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan alam sekitar dalam kalangan murid adalah tinggi dan tahap kesedaran adalah sederhana.
Guru Sains tahun 6 juga didapati telah menerapkan nilai-nilai murni alam sekitar semasa mengajar mata pelajaran Sains.
Terdapat perkaitan antara sektor pekerjaan bapa dengan tingkah laku murid terhadap alam sekitar iaitu pada nilai χ2 = 27.
871 (p=.
000), tetapi sebaliknya bagi sektor pekerjaan ibu.
Selain itu, ibu bapa berpendapat bahawa mereka merupakan pihak yang bertanggungjawab meningkatkan kesedaran anak terhadap alam sekitar, manakala sekolah merupakan medium yang paling sesuai untuk tujuan tersebut.
Kesimpulannya, selain daripada sekolah dan guru, ibu bapa juga berperanan penting dalam meningkatkan kesedaran murid terhadap alam sekitar.
Walau bagaimanapun, kajian lanjut mencadangkan sampel lebih besar untuk penentuan pengaruh ibu bapa terhadap kesedaran alam sekitar murid.
.
Related Results
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru terhadap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah me...
Meningkatkan Hasil Belajar Murid Melalui Model Pembelajaran Problem Based Learning (PBL) Berbantuan Media Prezi.Com pada Materi Sistem Pencernaan pada Manusia di Kelas V SDN 1 Batudaa
Meningkatkan Hasil Belajar Murid Melalui Model Pembelajaran Problem Based Learning (PBL) Berbantuan Media Prezi.Com pada Materi Sistem Pencernaan pada Manusia di Kelas V SDN 1 Batudaa
Penelitian ini dilatarbelakangi oleh rendahnya hasil belajar murid pada materi Sistem Pencernaan Pada Manusia di kelas V SDN 1 Batudaa. Tujuan penelitiannya untuk meningkatkan hasi...
TAHAP KESEDARAN DAN PEMBUDAYAAN ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI KOTA KINABALU, SABAH
TAHAP KESEDARAN DAN PEMBUDAYAAN ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI KOTA KINABALU, SABAH
Isu alam sekitar telah menjadi ancaman yang sangat berbahaya kepada manusia. Kebergantungan manusia terhadap elemen alam sekitar memaksa manusia untuk masuk ke dalam sistem alam se...

Faktor Mempengaruhi Kekerapan Perpindahan Murid SJKC Ke SK Semasa Pandemik Covid-19 Di Daerah Sibu, Sarawak
Faktor Mempengaruhi Kekerapan Perpindahan Murid SJKC Ke SK Semasa Pandemik Covid-19 Di Daerah Sibu, Sarawak
Kebanyakan perpindahan dalam kalangan pelajar berpunca daripada kedua ibu bapa mereka. Kebergantungan hidup mereka terhadap ibu bapa pada usia ini adalah sangat tinggi. Secara khu...
Faktor Ibu Bapa dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar Pekak: Kajian Kes Retrospektif
Faktor Ibu Bapa dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar Pekak: Kajian Kes Retrospektif
Kajian kes retrospektif ini dijalankan untuk memahami bagaimana faktor ibu bapa telah menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar pekak. Kecemerlangan akademik didefinisikan s...
Persepsi Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Fizikal dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas
Persepsi Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Fizikal dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas
Aktiviti fizikal merupakan antara komponen yang penting dalam pembentukan fizikal yang sihat bagi seseorang individu. Aktiviti fizikal juga merupakan sebahagian aspek yang penting ...
Penerimaan Ibu Bapa Terhadap Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Rendah Daerah Sibu
Penerimaan Ibu Bapa Terhadap Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Rendah Daerah Sibu
Program Pendidikan Inklusif (PI) merupakan satu program yang melibatkan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) belajar bersama murid aliran perdana. Kajian ini dijalankan bertuj...