Javascript must be enabled to continue!
Hubungan antara Persepsi, Sikap dan Pencapaian Bahasa Melayu Murid-murid Cina di Sekolah Kebangsaan Cina Pilihan
View through CrossRef
Persepsi dan sikap murid berperanan penting dalam menentukan pencapaian akademik murid-murid terutamanya dalam sekolah rendah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah, persepsi dan sikap murid sekolah rendah terhadap Bahasa Melayu dan hubungannya dengan pencapaian akademik mereka. Murid-murid Tahun 5 dari tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di sekitar daerah Kepong, Kuala Lumpur telah menyertai kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan keselesaan. Seramai 274 orang murid (139 lelaki dan 135 perempuan) telah melengkapkan borang soal selidik. Dapatan menunjukkan bahawa tahap pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah berada pada tahap rendah (Min = 49.55, SP = 17.57). Namun begitu, persepsi murid sekolah rendah terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu adalah pada tahap sederhana (M=2.88, SP=0.91) manakala sikap murid sekolah rendah terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi (M=3.64, SP=0.92). Analisis nilai pekali korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid dengan pencapaian Bahasa Melayu pada r= 0.148, p<.05, tetapi tidak terdapat hubungan yang sigifikan antara sikap murid dengan pencapaian Bahasa Melayu. Hasil analisis ujian-t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi murid dan sikap murid dengan pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan SJKC di daerah Kepong, Kuala Lumpur (p>0.0.5). Hasil kajian menyokong Teori Persepsi Langsung dan Teori Tingkah Laku Terancang di mana kedua-dua teori ini membuktikan persekitaran pembelajaran murid-murid di SJKC lebih menggunakan Bahasa Cina dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan murid Cina terbiasa dengan penggunaan Bahasa Cina dalam kehidupan. Justeru, murid-murid harus meningkatkan tahap pencapaian Bahasa Melayu dengan mengubah persepsi mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan mengekalkan sikap positif mereka terhadap Bahasa Melayu.
Title: Hubungan antara Persepsi, Sikap dan Pencapaian Bahasa Melayu Murid-murid Cina di Sekolah Kebangsaan Cina Pilihan
Description:
Persepsi dan sikap murid berperanan penting dalam menentukan pencapaian akademik murid-murid terutamanya dalam sekolah rendah.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah, persepsi dan sikap murid sekolah rendah terhadap Bahasa Melayu dan hubungannya dengan pencapaian akademik mereka.
Murid-murid Tahun 5 dari tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di sekitar daerah Kepong, Kuala Lumpur telah menyertai kajian ini.
Kajian ini menggunakan kaedah persampelan keselesaan.
Seramai 274 orang murid (139 lelaki dan 135 perempuan) telah melengkapkan borang soal selidik.
Dapatan menunjukkan bahawa tahap pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah berada pada tahap rendah (Min = 49.
55, SP = 17.
57).
Namun begitu, persepsi murid sekolah rendah terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu adalah pada tahap sederhana (M=2.
88, SP=0.
91) manakala sikap murid sekolah rendah terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi (M=3.
64, SP=0.
92).
Analisis nilai pekali korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid dengan pencapaian Bahasa Melayu pada r= 0.
148, p<.
05, tetapi tidak terdapat hubungan yang sigifikan antara sikap murid dengan pencapaian Bahasa Melayu.
Hasil analisis ujian-t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi murid dan sikap murid dengan pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan SJKC di daerah Kepong, Kuala Lumpur (p>0.
5).
Hasil kajian menyokong Teori Persepsi Langsung dan Teori Tingkah Laku Terancang di mana kedua-dua teori ini membuktikan persekitaran pembelajaran murid-murid di SJKC lebih menggunakan Bahasa Cina dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan murid Cina terbiasa dengan penggunaan Bahasa Cina dalam kehidupan.
Justeru, murid-murid harus meningkatkan tahap pencapaian Bahasa Melayu dengan mengubah persepsi mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan mengekalkan sikap positif mereka terhadap Bahasa Melayu.
Related Results
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Perdebatan mengenai “pertelingkahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris”
sentiasa wujud di alam Melayu. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dan juga bahas...
Penggunaan Google Classroom terhadap Motivasi dan Pencapaian Murid dalam Subjek Bahasa Melayu
Penggunaan Google Classroom terhadap Motivasi dan Pencapaian Murid dalam Subjek Bahasa Melayu
Dalam era teknologi yang semakin maju, penggunaan platform pembelajaran digital telah menjadi semakin penting dalam konteks pendidikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpas...
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
ABSTRAK Makalah ini membincangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui pendidikan. Tujuan utama ke arah ini adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menja...
Meningkatkan Hasil Belajar Murid Melalui Model Pembelajaran Problem Based Learning (PBL) Berbantuan Media Prezi.Com pada Materi Sistem Pencernaan pada Manusia di Kelas V SDN 1 Batudaa
Meningkatkan Hasil Belajar Murid Melalui Model Pembelajaran Problem Based Learning (PBL) Berbantuan Media Prezi.Com pada Materi Sistem Pencernaan pada Manusia di Kelas V SDN 1 Batudaa
Penelitian ini dilatarbelakangi oleh rendahnya hasil belajar murid pada materi Sistem Pencernaan Pada Manusia di kelas V SDN 1 Batudaa. Tujuan penelitiannya untuk meningkatkan hasi...
Amalan Penulisan Karangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina di Sekolah Menengah Persendirian Cina
Amalan Penulisan Karangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina di Sekolah Menengah Persendirian Cina
Penguasaan kemahiran menulis bahasa Melayu sebagai bahasa kedua merupakan cabaran utama bagi murid Cina di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana bahasa Mandarin digunaka...
Pencapaian Akademik Murid Lelaki dan Perempuan: Peranan Sokongan Pembelajaran dan Keterlibatan Murid
Pencapaian Akademik Murid Lelaki dan Perempuan: Peranan Sokongan Pembelajaran dan Keterlibatan Murid
Tujuan - Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan keterlibatan murid, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik mengikut gender. Ia juga meneliti sama ada terdapat peranan ...
Bahasa kebangsaan dalam situasi komunikasi harian:kajian tinjauan terhadap pelajar melayu di universiti kebangsaan malaysia
Bahasa kebangsaan dalam situasi komunikasi harian:kajian tinjauan terhadap pelajar melayu di universiti kebangsaan malaysia
Abstrak Kewujudan variasi media sosial serta pendedahan keterlaluan kepada bentuk bahasa dan budaya luar menyebabkan ramai dalam kalangan pelajar Melayu di Malaysia yang tidak la...

