Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Penggunaan Google Classroom terhadap Motivasi dan Pencapaian Murid dalam Subjek Bahasa Melayu

View through CrossRef
Dalam era teknologi yang semakin maju, penggunaan platform pembelajaran digital telah menjadi semakin penting dalam konteks pendidikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penggunaan Google Classroom terhadap motivasi dan pencapaian murid Tahun Dua dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan untuk memeriksa tahap penggunaan Google Classroom murid, motivasi murid dan pencapaian murid dalam bahasa Melayu setelah menjalankan pembelajaran berasaskan konstuktivisme menggunakan Google Classroom. Reka bentuk kajian dalam kajian ini berbentuk eksperimen pra. Responden adalah 20 orang murid sekolah rendah dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Limbang, Sarawak. Instrumen digunakan untuk mengumpulkan data melalui ujian pra dan ujian pasca Bahasa Melayu dalam talian dan juga soal selidik dalam talian yang mengandungi 25 item dengan menggunakan skala Likert lima mata untuk murid. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 28.0. Pencapaian semua murid meningkat selepas rawatan dengan menggunakan Google Classroom. Murid lebih bermotivasi selepas menggunakan Google Classroom. Hasil analisis data menunjukkan bahawa Google Classroom memberi kesan signifikan terhadap motivasi dan tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Implikasi bagi ibu bapa, guru dan masyarakat menekankan potensi transformatif Google Classroom dalam membentuk landskap pengajaran bahasa dan pencapaian murid dalam konteks mata pelajaran Bahasa Melayu. Limitasi dan cadangan kajian dimasukkan dalam usaha penyelidikan masa depan akan menyumbang kepada pemahaman yang lebih mantap tentang peranan teknologi dalam pendidikan rendah.
Asian Scholars Network
Title: Penggunaan Google Classroom terhadap Motivasi dan Pencapaian Murid dalam Subjek Bahasa Melayu
Description:
Dalam era teknologi yang semakin maju, penggunaan platform pembelajaran digital telah menjadi semakin penting dalam konteks pendidikan.
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penggunaan Google Classroom terhadap motivasi dan pencapaian murid Tahun Dua dalam bahasa Melayu.
Kajian ini dilakukan untuk memeriksa tahap penggunaan Google Classroom murid, motivasi murid dan pencapaian murid dalam bahasa Melayu setelah menjalankan pembelajaran berasaskan konstuktivisme menggunakan Google Classroom.
Reka bentuk kajian dalam kajian ini berbentuk eksperimen pra.
Responden adalah 20 orang murid sekolah rendah dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Limbang, Sarawak.
Instrumen digunakan untuk mengumpulkan data melalui ujian pra dan ujian pasca Bahasa Melayu dalam talian dan juga soal selidik dalam talian yang mengandungi 25 item dengan menggunakan skala Likert lima mata untuk murid.
Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 28.
Pencapaian semua murid meningkat selepas rawatan dengan menggunakan Google Classroom.
Murid lebih bermotivasi selepas menggunakan Google Classroom.
Hasil analisis data menunjukkan bahawa Google Classroom memberi kesan signifikan terhadap motivasi dan tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Implikasi bagi ibu bapa, guru dan masyarakat menekankan potensi transformatif Google Classroom dalam membentuk landskap pengajaran bahasa dan pencapaian murid dalam konteks mata pelajaran Bahasa Melayu.
Limitasi dan cadangan kajian dimasukkan dalam usaha penyelidikan masa depan akan menyumbang kepada pemahaman yang lebih mantap tentang peranan teknologi dalam pendidikan rendah.

Related Results

Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Učinak poučavanja razrednomu jeziku u izobrazbi nastavnika njemačkoga
Učinak poučavanja razrednomu jeziku u izobrazbi nastavnika njemačkoga
The actual use of classroom language is principally limited to the classroom environment. As far as foreign language learning is concerned, the classroom often turns out to be the ...
SEBUTAN KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID LEMBAM MELALUI ANALISIS LINGUISTIK KLINIKAL
SEBUTAN KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID LEMBAM MELALUI ANALISIS LINGUISTIK KLINIKAL
Abstract Slow learners often face issues when learning their first language. Since Malay is the functional language in Malaysia, students need to master it to facilitate the proces...
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Perdebatan mengenai “pertelingkahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris” sentiasa wujud di alam Melayu. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dan juga bahas...
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
ABSTRAK Makalah ini membincangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui pendidikan. Tujuan utama ke arah ini adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menja...
Kesan Penggunaan Modul Pintar Darab Terhadap Tahap Motivasi Dan Pencapaian Murid SRITI
Kesan Penggunaan Modul Pintar Darab Terhadap Tahap Motivasi Dan Pencapaian Murid SRITI
Motivasi adalah elemen penting dalam kehidupan seharian. Pada masa ini, pengaruh alat digital dianggap sebagai elemen motivasi tinggi yang sangat penting dalam semua sektor masyara...
Pencapaian Akademik Murid Lelaki dan Perempuan: Peranan Sokongan Pembelajaran dan Keterlibatan Murid
Pencapaian Akademik Murid Lelaki dan Perempuan: Peranan Sokongan Pembelajaran dan Keterlibatan Murid
Tujuan - Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan keterlibatan murid, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik mengikut gender. Ia juga meneliti sama ada terdapat peranan ...
Tahap Kefahaman Guru Bahasa Inggeris Terhadap Pedagogi Terbeza
Tahap Kefahaman Guru Bahasa Inggeris Terhadap Pedagogi Terbeza
Pelaporan Kurikulum menunjukkan peratus pencapaian Bahasa Inggeris yang rendah dalam peperiksaan akhir tahun 2019 bagi sekolah rendah dalam PPD Kota Bharu. Fokus Analisa pencapaian...

Back to Top