Javascript must be enabled to continue!
Faktor Ibu Bapa dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar Pekak: Kajian Kes Retrospektif
View through CrossRef
Kajian kes retrospektif ini dijalankan untuk memahami bagaimana faktor ibu bapa telah menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar pekak. Kecemerlangan akademik didefinisikan sebagai kejayaan yang dicapai oleh pelajar pekak dalam peperiksaan awam hingga membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah pertama di institusi pengajian tinggi. Data dikumpul dengan membuat triangulasi kepada kaedah dan sumber. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah temu bual mendalam, soalan bertulis, dan analisis dokumen. Sumber-sumber kepada data merupakan ibu bapa, pelajar pekak, dan dokumen/ memorabilia. Seramai lapan orang pelajar pekak yang cemerlang dalam akademik, lapan orang ibu dan empat orang bapa pelajar tersebut dipilih menjadi peserta kajian. Temu bual mendalam telah dijalankan dengan ibu bapa terlibat. Maklumat yang dapat menyokong atau mengukuhkan kata-kata ibu bapa ini telah diperoleh secara jawapan bertulis daripada pelajar sendiri dan analisis dokumen. Hasil temu bual telah dibuat trankripsi secara verbatim dan kesimpulan yang dibuat berdasarkan analisis tema. Dapatan kajian menunjukkan kecemerlangan akademik pelajar pekak bergantung kepada dua faktor iaitu keluarga dan diri pelajar pekak sendiri. Faktor-fakor keluarga yang penting ialah sikap ibu bapa, penglibatan ibu bapa, jangkaan ibu bapa, persekitaran keluarga, dan sumber keluarga. Kajian ini memberi implikasi kepada penyediaan khidmat intervensi awal yang lebih baik, pemberian peluang pendidikan yang sama rata kepada pelajar pekak, dan penyediaan khidmat sokongan secara kolaboratif antara agensi-agensi yang terlibat.
UUM Press, Universiti Utara Malaysia
Title: Faktor Ibu Bapa dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar Pekak: Kajian Kes Retrospektif
Description:
Kajian kes retrospektif ini dijalankan untuk memahami bagaimana faktor ibu bapa telah menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar pekak.
Kecemerlangan akademik didefinisikan sebagai kejayaan yang dicapai oleh pelajar pekak dalam peperiksaan awam hingga membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah pertama di institusi pengajian tinggi.
Data dikumpul dengan membuat triangulasi kepada kaedah dan sumber.
Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah temu bual mendalam, soalan bertulis, dan analisis dokumen.
Sumber-sumber kepada data merupakan ibu bapa, pelajar pekak, dan dokumen/ memorabilia.
Seramai lapan orang pelajar pekak yang cemerlang dalam akademik, lapan orang ibu dan empat orang bapa pelajar tersebut dipilih menjadi peserta kajian.
Temu bual mendalam telah dijalankan dengan ibu bapa terlibat.
Maklumat yang dapat menyokong atau mengukuhkan kata-kata ibu bapa ini telah diperoleh secara jawapan bertulis daripada pelajar sendiri dan analisis dokumen.
Hasil temu bual telah dibuat trankripsi secara verbatim dan kesimpulan yang dibuat berdasarkan analisis tema.
Dapatan kajian menunjukkan kecemerlangan akademik pelajar pekak bergantung kepada dua faktor iaitu keluarga dan diri pelajar pekak sendiri.
Faktor-fakor keluarga yang penting ialah sikap ibu bapa, penglibatan ibu bapa, jangkaan ibu bapa, persekitaran keluarga, dan sumber keluarga.
Kajian ini memberi implikasi kepada penyediaan khidmat intervensi awal yang lebih baik, pemberian peluang pendidikan yang sama rata kepada pelajar pekak, dan penyediaan khidmat sokongan secara kolaboratif antara agensi-agensi yang terlibat.
.
Related Results
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di universiti tidak kira akademik atau bukan akademik haruslah boleh membentuk pelajar yang seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani dan emosi, ma...
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
Persepsi Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Fizikal dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas
Persepsi Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Fizikal dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas
Aktiviti fizikal merupakan antara komponen yang penting dalam pembentukan fizikal yang sihat bagi seseorang individu. Aktiviti fizikal juga merupakan sebahagian aspek yang penting ...
Usaha Guru Pendidikan Agama Islam Mengatasi Kesan Buruk Media Sosial Terhadap Akhlak Pelajar SMPN 1 Sambit Ponorogo Tahun Akademik 2021/2022
Usaha Guru Pendidikan Agama Islam Mengatasi Kesan Buruk Media Sosial Terhadap Akhlak Pelajar SMPN 1 Sambit Ponorogo Tahun Akademik 2021/2022
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana usaha guru pai dalam mengatasi kesan buruk media sosial. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif (kajian...
ADAPTASI PELAJAR BAHARU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
ADAPTASI PELAJAR BAHARU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Penyesuaian pelajar baharu di institusi pengajian tinggi kini berada di tahap yang membimbangkan. Ramai antara mereka yang gagal mengikuti pengajian di universiti kerana gagal dala...
Pengetahuan Murid dan Perkaitan Ibu Bapa Terhadap Kesedaran Alam Sekitar: Satu Kajian Awal
Pengetahuan Murid dan Perkaitan Ibu Bapa Terhadap Kesedaran Alam Sekitar: Satu Kajian Awal
Kajian ini merupakan kajian awalan tentang kurikulum Sains sekolah rendah berkenaan pengetahuan dan kesedaran murid terhadap alam sekitar di sekolah kebangsaan. Pengetahuan alam se...
Masalah Kecelaruan Tingkah Laku: Masalah Ponteng Sekolah
Masalah Kecelaruan Tingkah Laku: Masalah Ponteng Sekolah
Ponteng sekolah merupakan salah satu masalah disiplin yang semakin ketara. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah d...

