Javascript must be enabled to continue!
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
View through CrossRef
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di universiti tidak kira akademik atau bukan akademik haruslah boleh membentuk pelajar yang seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani dan emosi, malah dari aspek rohani dan intelek juga. Walau bagaimanapun, trend terkini pelajar adalah kurang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti anjuran universiti Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti bukan akademik anjuran universiti dan mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil supaya lebih ramai pelajar melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik anjuran universiti. Ia dijalankan terhadap 888 orang responden daripada 5,534 pelajar diploma di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL). Berdasarkan kepada keputusan analisa menggunakan kaedah Relative Importance Index (RII), faktor pengaruh rakan telah dikenal pasti sebagai faktor yang paling mempengaruhi penglibatan pelajar terhadap aktiviti bukan akademik anjuran universiti iaitu dengan nilai RII sebanyak 0.79. Manakala faktor yang paling kurang mempengaruhi pelajar menyertai aktiviti bukan akademik anjuran universiti ialah faktor personaliti pelajar dengan nilai RII sebanyak 0.59. Maklum balas daripada pelajar berkenaan dengan langkah-langkah yang boleh diambil supaya lebih ramai pelajar melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik anjuran universiti dianalisis menggunakan kaedah Analisa Bertema. Maklum balas pelajar telah dikelaskan kepada 6 tema iaitu penambahan aktiviti yang aktif dan menarik, penambahan infrastruktur oleh universiti, menambah baik saluran komunikasi pelaksanaan aktiviti, merancang pelaksanaan aktiviti, sokongan universiti dalam bentuk kewangan dan memberikan galakan dan motivasi. Hasil daripada kajian ini boleh diguna pakai dalam membuat perancangan aktiviti akademik di universiti bagi menarik lebih ramai pelajar melibatkan diri. Kajian seperti ini harus dijalankan pada masa akan datang. Perincian mengikut jenis aktiviti bukan akademik dan perbandingan mengikut jantina terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar terhadap aktiviti bukan akademik dapat membantu dalam menjelaskan dan memperincikan lagi penglibatan para pelajar dengan lebih menyeluruh.
Title: Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Description:
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di universiti tidak kira akademik atau bukan akademik haruslah boleh membentuk pelajar yang seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani dan emosi, malah dari aspek rohani dan intelek juga.
Walau bagaimanapun, trend terkini pelajar adalah kurang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti anjuran universiti Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti bukan akademik anjuran universiti dan mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil supaya lebih ramai pelajar melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik anjuran universiti.
Ia dijalankan terhadap 888 orang responden daripada 5,534 pelajar diploma di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL).
Berdasarkan kepada keputusan analisa menggunakan kaedah Relative Importance Index (RII), faktor pengaruh rakan telah dikenal pasti sebagai faktor yang paling mempengaruhi penglibatan pelajar terhadap aktiviti bukan akademik anjuran universiti iaitu dengan nilai RII sebanyak 0.
79.
Manakala faktor yang paling kurang mempengaruhi pelajar menyertai aktiviti bukan akademik anjuran universiti ialah faktor personaliti pelajar dengan nilai RII sebanyak 0.
59.
Maklum balas daripada pelajar berkenaan dengan langkah-langkah yang boleh diambil supaya lebih ramai pelajar melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik anjuran universiti dianalisis menggunakan kaedah Analisa Bertema.
Maklum balas pelajar telah dikelaskan kepada 6 tema iaitu penambahan aktiviti yang aktif dan menarik, penambahan infrastruktur oleh universiti, menambah baik saluran komunikasi pelaksanaan aktiviti, merancang pelaksanaan aktiviti, sokongan universiti dalam bentuk kewangan dan memberikan galakan dan motivasi.
Hasil daripada kajian ini boleh diguna pakai dalam membuat perancangan aktiviti akademik di universiti bagi menarik lebih ramai pelajar melibatkan diri.
Kajian seperti ini harus dijalankan pada masa akan datang.
Perincian mengikut jenis aktiviti bukan akademik dan perbandingan mengikut jantina terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar terhadap aktiviti bukan akademik dapat membantu dalam menjelaskan dan memperincikan lagi penglibatan para pelajar dengan lebih menyeluruh.
Related Results
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Objektif khusus k...
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru terhadap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah me...
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
KITAR SEMULA DALAM KALANGAN ISI RUMAH KE ARAH PENGURUSAN TAPAK PELUPUSAN BUKIT GEMOK, TAWAU YANG LESTARI
KITAR SEMULA DALAM KALANGAN ISI RUMAH KE ARAH PENGURUSAN TAPAK PELUPUSAN BUKIT GEMOK, TAWAU YANG LESTARI
Peningkatan jumlah isi rumah di Malaysia sangat berkadar langsung dengan peningkatan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan. Jumlah sisa pepejal yang dihasilkan dengan banyak mengunda...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aplikasi Dalam Talian Dan Si-kap Pensyarah Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semasa Pandemik Covid-19
Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aplikasi Dalam Talian Dan Si-kap Pensyarah Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semasa Pandemik Covid-19
Era pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara nyata memberi impak yang besar kepada masyarakat dunia dalam semua sektor. Malaysia juga tidak terkecuali menghadapi gangguan kesa...
Persepsi Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Fizikal dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas
Persepsi Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Fizikal dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas
Aktiviti fizikal merupakan antara komponen yang penting dalam pembentukan fizikal yang sihat bagi seseorang individu. Aktiviti fizikal juga merupakan sebahagian aspek yang penting ...

