Javascript must be enabled to continue!
Hubungan Antara Tahap Penglibatan Aktiviti Fizikal dengan Tahap Indeks Jisim Badan Murid Perempuan Semasa Pandemik Covid-19
View through CrossRef
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara tahap penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap BMI murid perempuan sekolah luar bandar di daerah Rembau, Negeri Sembilan semasa wabak pandemik COVID-19. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ) oleh (WHO, 2002) yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian. Populasi kajian adalah dalam kalangan murid yang berusia 16 hingga 17 tahun dan jumlah sampel kajian seramai 312 orang murid. Dapatan kajian mendapati tahap penglibatan aktiviti fizikal murid perempuan adalah diklasifikasikan sebagai aktif. Tahap BMI pula menunjukkan bahawa murid berada dalam kategori berat badan normal iaitu 69.2% dengan min = 21.56kgm-2. Hasil ujian korelasi pearson pula mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap BMI dalam kalangan murid iaitu r = 0.019; p > 0.05 = 0.732. Keseluruhannya, penglibatan aktiviti fizikal murid perempuan sekolah menengah luar bandar di daerah Rembau tidak memberikan kesan terhadap tahap BMI semasa pandemik COVID-19. Penglibatan awal murid dalam aktiviti fizikal adalah salah satu komponen yang penting dalam memperoleh kesihatan yang baik dan mengelakkan diri daripada mendapat risiko penyakit tidak berjangkit. Pihak sekolah dan guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan perlu merangka program yang boleh menarik minat murid dalam melibatkan diri lebih aktif dalam aktiviti fizikal semasa pandemik COVID-19 ini.
Title: Hubungan Antara Tahap Penglibatan Aktiviti Fizikal dengan Tahap Indeks Jisim Badan Murid Perempuan Semasa Pandemik Covid-19
Description:
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara tahap penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap BMI murid perempuan sekolah luar bandar di daerah Rembau, Negeri Sembilan semasa wabak pandemik COVID-19.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ) oleh (WHO, 2002) yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian.
Populasi kajian adalah dalam kalangan murid yang berusia 16 hingga 17 tahun dan jumlah sampel kajian seramai 312 orang murid.
Dapatan kajian mendapati tahap penglibatan aktiviti fizikal murid perempuan adalah diklasifikasikan sebagai aktif.
Tahap BMI pula menunjukkan bahawa murid berada dalam kategori berat badan normal iaitu 69.
2% dengan min = 21.
56kgm-2.
Hasil ujian korelasi pearson pula mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap BMI dalam kalangan murid iaitu r = 0.
019; p > 0.
05 = 0.
732.
Keseluruhannya, penglibatan aktiviti fizikal murid perempuan sekolah menengah luar bandar di daerah Rembau tidak memberikan kesan terhadap tahap BMI semasa pandemik COVID-19.
Penglibatan awal murid dalam aktiviti fizikal adalah salah satu komponen yang penting dalam memperoleh kesihatan yang baik dan mengelakkan diri daripada mendapat risiko penyakit tidak berjangkit.
Pihak sekolah dan guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan perlu merangka program yang boleh menarik minat murid dalam melibatkan diri lebih aktif dalam aktiviti fizikal semasa pandemik COVID-19 ini.
Related Results
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Objektif khusus k...
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru terhadap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah me...
Hubungan Antara Indeks Jisim Badan (BMI) Dan Peratusan Lemak Badan Dalam Kalangan Pelajar Pintar
Hubungan Antara Indeks Jisim Badan (BMI) Dan Peratusan Lemak Badan Dalam Kalangan Pelajar Pintar
Indeks Jisim Badan atau lebih dikenali sebagai Body Mass Index (BMI) merupakan formula untuk menilai berat badan yang berkaitan dengan ketinggian seseorang individu. BMI ini juga m...
Persepsi Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Fizikal dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas
Persepsi Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Fizikal dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas
Aktiviti fizikal merupakan antara komponen yang penting dalam pembentukan fizikal yang sihat bagi seseorang individu. Aktiviti fizikal juga merupakan sebahagian aspek yang penting ...
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di universiti tidak kira akademik atau bukan akademik haruslah boleh membentuk pelajar yang seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani dan emosi, ma...
Meningkatkan Hasil Belajar Murid Melalui Model Pembelajaran Problem Based Learning (PBL) Berbantuan Media Prezi.Com pada Materi Sistem Pencernaan pada Manusia di Kelas V SDN 1 Batudaa
Meningkatkan Hasil Belajar Murid Melalui Model Pembelajaran Problem Based Learning (PBL) Berbantuan Media Prezi.Com pada Materi Sistem Pencernaan pada Manusia di Kelas V SDN 1 Batudaa
Penelitian ini dilatarbelakangi oleh rendahnya hasil belajar murid pada materi Sistem Pencernaan Pada Manusia di kelas V SDN 1 Batudaa. Tujuan penelitiannya untuk meningkatkan hasi...
Hubungan Antara Aktiviti Fizikal dan Indeks Jisim Badan Murid Lelaki Luar Bandar
Hubungan Antara Aktiviti Fizikal dan Indeks Jisim Badan Murid Lelaki Luar Bandar
Aktiviti fizikal dan kecergasan merupakan perkara yang perlu diambil berat dalam kehidupan seharian bagi menjamin kesihatan tubuh badan serta mendapat Indeks Jisim Badan (BMI) yang...

