Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pengaruh Tekanan Akademik, Keyakinan Tingkah Laku Akademik dan Kebimbangan dalam Kalangan Pelajar Universiti

View through CrossRef
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tekanan akademik, keyakinan tingkah laku akademik dan kebimbangan dalam kalangan pelajar universiti. Reka bentuk kajian ini adalah bukan eksperimen dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Kaedah tinjauan telah digunakan untuk pengumpulan data. Terdapat 209 pelajar yang terlibat dalam kajian dan mereka telah dipilih melalui persampelan rawak berstrata. Skala Persepsi Tekanan Akademik (PAS) telah digunakan untuk mengukur tekanan akademik, Skala Keyakinan Tingkah Laku Akademik telah digunakan untuk mengukur keyakinan akademik dan Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS-21) (skala kebimbangan) telah digunakan untuk mengukur tahap kebimbangan pelajar. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden mempunyai tekanan akademik tahap sederhana dan keyakinan tingkah laku akademik tahap rendah. Tekanan akademik dan keyakinan tingkah laku akademik didapati mempunyai hubungan yang positif dan sederhana dengan kebimbangan pelajar. Hasil analisis regresi pula menunjukkan tekanan akademik merupakan peramal paling mempengaruhi kebimbangan pelajar. Implikasi kajian menunjukkan bahawa untuk meningkatkan kesejahteraan pelajar, sebarang langkah intervensi menangani kebimbangan perlulah memberi perhatian kepada faktor tekanan akademik dan keyakinan tingkah laku akademik.
Title: Pengaruh Tekanan Akademik, Keyakinan Tingkah Laku Akademik dan Kebimbangan dalam Kalangan Pelajar Universiti
Description:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tekanan akademik, keyakinan tingkah laku akademik dan kebimbangan dalam kalangan pelajar universiti.
Reka bentuk kajian ini adalah bukan eksperimen dengan menggunakan pendekatan kuantitatif.
Kaedah tinjauan telah digunakan untuk pengumpulan data.
Terdapat 209 pelajar yang terlibat dalam kajian dan mereka telah dipilih melalui persampelan rawak berstrata.
Skala Persepsi Tekanan Akademik (PAS) telah digunakan untuk mengukur tekanan akademik, Skala Keyakinan Tingkah Laku Akademik telah digunakan untuk mengukur keyakinan akademik dan Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS-21) (skala kebimbangan) telah digunakan untuk mengukur tahap kebimbangan pelajar.
Hasil kajian menunjukkan majoriti responden mempunyai tekanan akademik tahap sederhana dan keyakinan tingkah laku akademik tahap rendah.
Tekanan akademik dan keyakinan tingkah laku akademik didapati mempunyai hubungan yang positif dan sederhana dengan kebimbangan pelajar.
Hasil analisis regresi pula menunjukkan tekanan akademik merupakan peramal paling mempengaruhi kebimbangan pelajar.
Implikasi kajian menunjukkan bahawa untuk meningkatkan kesejahteraan pelajar, sebarang langkah intervensi menangani kebimbangan perlulah memberi perhatian kepada faktor tekanan akademik dan keyakinan tingkah laku akademik.

Related Results

Catatan Editor: Mengembangkan penelitian tentang tingkah laku prososial dan altruisme
Catatan Editor: Mengembangkan penelitian tentang tingkah laku prososial dan altruisme
Selama masa pandemi COVID-19, tak jarang kita menyaksikan tampilnya karakteristik suka menolong pada manusia. Dalam komunitas luring mau-pun daring, berbagai aktivitas memberikan b...
Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu
Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu
Traditionally, the problem of children behavioural adjustment was linked to the factors of surrounding environment and biology. This universal phenomenon occurring all over the wor...
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di universiti tidak kira akademik atau bukan akademik haruslah boleh membentuk pelajar yang seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani dan emosi, ma...
KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
Kebimbangan Sosial dalam Kalangan Pelajar Muslim Pintar dan Berbakat
Kebimbangan Sosial dalam Kalangan Pelajar Muslim Pintar dan Berbakat
Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kebimbangan sosial di kalangan pelajar pintar dan berbakat di salah sebuah kolej pintar dan berbakat ...
Pesan dari Editor-in-Chief: Tantangan Psikologi Siber
Pesan dari Editor-in-Chief: Tantangan Psikologi Siber
Penelitian psikologi tentang tingkah laku di dunia siber (cyber), termasuk di situs jejaring sosial (seperti Facebook dan Instagram yang popularitas-nya sangat tinggi), masih sedik...
PENYELIDIKAN TINGKAH LAKU ADAPTIF KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS: SOROTAN BIBLIOMETRIK (2014 SEHINGGA 2024)
PENYELIDIKAN TINGKAH LAKU ADAPTIF KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS: SOROTAN BIBLIOMETRIK (2014 SEHINGGA 2024)
Tingkah laku adaptif merujuk kepada gabungan kemahiran konseptual, sosial dan praktikal yang membolehkan individu berfungsi secara berdikari serta menyesuaikan diri dengan tuntutan...

Back to Top