Javascript must be enabled to continue!
PENYELIDIKAN TINGKAH LAKU ADAPTIF KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS: SOROTAN BIBLIOMETRIK (2014 SEHINGGA 2024)
View through CrossRef
Tingkah laku adaptif merujuk kepada gabungan kemahiran konseptual, sosial dan praktikal yang membolehkan individu berfungsi secara berdikari serta menyesuaikan diri dengan tuntutan persekitaran. Penilaian tingkah laku adaptif menjadi asas penting dalam diagnosis, intervensi serta amalan pendidikan inklusif bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Namun, perbahasan yang tidak konsisten mewujudkan motivasi untuk meninjau perkembangannya dalam tempoh sedekad ini. Justeru, kajian ini bertujuan meninjau landskap penyelidikan berkaitan tingkah laku adaptif dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas melalui analisis bibliometrik terhadap 1,507 artikel yang diterbitkan dalam pangkalan data Scopus bagi tempoh 2014 hingga 2024. Analisis dijalankan menggunakan perisian VOSviewer dan Biblioshiny for R, melibatkan pemetaan kata kunci, analisis petikan bersama (co-citation), analisis kemunculan serentak (co-occurrence), word cloud dan evolusi tematik. Dapatan menunjukkan terdapat turun naik penerbitan sepanjang tempoh kajian dengan Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Itali muncul sebagai negara penyumbang utama, manakala pengarang prolifik didominasi Chris Oliver, Marc J. Tassé, dan Richard Hastings. Analisis kata kunci mengenal pasti empat kluster utama, iaitu dimensi psikologi dan sosial, aspek perkembangan dan kognitif, kefungsian adaptif serta hasil tingkah laku serta aspek tingkah laku dan diagnostik. Evolusi tema turut memperlihatkan peralihan fokus penyelidikan daripada kajian asas dan kognitif kepada isu klinikal, kebolehpercayaan metodologi serta pembangunan instrumen dengan ciri-ciri psikometrik. Kajian ini menegaskan keperluan membangunkan instrumen penilaian yang sahih, melibatkan pendekatan berbilang penilai dan mengintegrasikan intervensi pendidikan berasaskan bukti. Implikasi kajian merangkumi pemakluman dasar, penambahbaikan intervensi serta sokongan komuniti bagi memperkukuh kualiti hidup dan integrasi sosial kanak-kanak berkeperluan khas. Secara kesimpulannya, terdapat keperluan untuk melaksanakan penyelidikan lanjutan bagi memahami dan mendalami tingkah laku adaptif bagi kanak-kanak berkeperluan khas ketidakupayaan intelek terutamanya dalam konteks negara-negara Asia dan Malaysia khususnya. Kajian ini juga menekankan kerjasama serantau dan global dalam berkongsi dapatan kajian serta merangka strategi dalam penyelesaian berkaitan isu-isu berkaitan tingkah laku adaptif dan kanak-kanak berkeperluan khas.
Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd
Title: PENYELIDIKAN TINGKAH LAKU ADAPTIF KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS: SOROTAN BIBLIOMETRIK (2014 SEHINGGA 2024)
Description:
Tingkah laku adaptif merujuk kepada gabungan kemahiran konseptual, sosial dan praktikal yang membolehkan individu berfungsi secara berdikari serta menyesuaikan diri dengan tuntutan persekitaran.
Penilaian tingkah laku adaptif menjadi asas penting dalam diagnosis, intervensi serta amalan pendidikan inklusif bagi kanak-kanak berkeperluan khas.
Namun, perbahasan yang tidak konsisten mewujudkan motivasi untuk meninjau perkembangannya dalam tempoh sedekad ini.
Justeru, kajian ini bertujuan meninjau landskap penyelidikan berkaitan tingkah laku adaptif dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas melalui analisis bibliometrik terhadap 1,507 artikel yang diterbitkan dalam pangkalan data Scopus bagi tempoh 2014 hingga 2024.
Analisis dijalankan menggunakan perisian VOSviewer dan Biblioshiny for R, melibatkan pemetaan kata kunci, analisis petikan bersama (co-citation), analisis kemunculan serentak (co-occurrence), word cloud dan evolusi tematik.
Dapatan menunjukkan terdapat turun naik penerbitan sepanjang tempoh kajian dengan Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Itali muncul sebagai negara penyumbang utama, manakala pengarang prolifik didominasi Chris Oliver, Marc J.
Tassé, dan Richard Hastings.
Analisis kata kunci mengenal pasti empat kluster utama, iaitu dimensi psikologi dan sosial, aspek perkembangan dan kognitif, kefungsian adaptif serta hasil tingkah laku serta aspek tingkah laku dan diagnostik.
Evolusi tema turut memperlihatkan peralihan fokus penyelidikan daripada kajian asas dan kognitif kepada isu klinikal, kebolehpercayaan metodologi serta pembangunan instrumen dengan ciri-ciri psikometrik.
Kajian ini menegaskan keperluan membangunkan instrumen penilaian yang sahih, melibatkan pendekatan berbilang penilai dan mengintegrasikan intervensi pendidikan berasaskan bukti.
Implikasi kajian merangkumi pemakluman dasar, penambahbaikan intervensi serta sokongan komuniti bagi memperkukuh kualiti hidup dan integrasi sosial kanak-kanak berkeperluan khas.
Secara kesimpulannya, terdapat keperluan untuk melaksanakan penyelidikan lanjutan bagi memahami dan mendalami tingkah laku adaptif bagi kanak-kanak berkeperluan khas ketidakupayaan intelek terutamanya dalam konteks negara-negara Asia dan Malaysia khususnya.
Kajian ini juga menekankan kerjasama serantau dan global dalam berkongsi dapatan kajian serta merangka strategi dalam penyelesaian berkaitan isu-isu berkaitan tingkah laku adaptif dan kanak-kanak berkeperluan khas.
Related Results
Catatan Editor: Mengembangkan penelitian tentang tingkah laku prososial dan altruisme
Catatan Editor: Mengembangkan penelitian tentang tingkah laku prososial dan altruisme
Selama masa pandemi COVID-19, tak jarang kita menyaksikan tampilnya karakteristik suka menolong pada manusia. Dalam komunitas luring mau-pun daring, berbagai aktivitas memberikan b...
Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu
Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu
Traditionally, the problem of children behavioural adjustment was linked to the factors of surrounding environment and biology. This universal phenomenon occurring all over the wor...
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktre...
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Cerpen kanak-kanak masa kini telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. ...
Ekplorasi seni visual melalui aktiviti lakaran asas terhadap kanak-kanak prasekolah
Ekplorasi seni visual melalui aktiviti lakaran asas terhadap kanak-kanak prasekolah
Penyelidikan ini mendedahkan ekplorasi estetika lakaran asas dalam aktiviti pendidikan kanak-kanak prasekolah terhadap kemahiran seni visual. Melalui lapangan pendidikan seni visua...
Kefahaman dan amalan guru dalam pengurusan tingkah laku Disruptif Kanak-kanak Taska di Kuala Lumpur
Kefahaman dan amalan guru dalam pengurusan tingkah laku Disruptif Kanak-kanak Taska di Kuala Lumpur
Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti kefahaman dan amalan guru terhadap pengurusan tingkah laku disruptif kanak-kanak TASKA di Kuala Lumpur. Selain itu, ka...
Pendidikan Islam bagi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas: Guru sebagai Murabbi
Pendidikan Islam bagi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas: Guru sebagai Murabbi
Children with special needs are responsible in playing their role as servant and caliph of Allah. Therefore, Islamic Education teachers are highly accountable in educating and guid...
Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas untuk semua individu termasuk murid-murid berkeperluan pendidikan khas. Oleh itu, pengetahuan guru prasekolah merupakan antara aspek...

