Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Ekplorasi seni visual melalui aktiviti lakaran asas terhadap kanak-kanak prasekolah

View through CrossRef
Penyelidikan ini mendedahkan ekplorasi estetika lakaran asas dalam aktiviti pendidikan kanak-kanak prasekolah terhadap kemahiran seni visual. Melalui lapangan pendidikan seni visual, kanak-kanak yang mempunyai bakat dalam memahami imej dan garisan dapat ditonjolkan dalam aktiviti melakar. Aktiviti lakaran asas ini melibatkan aspek fizikal dan kognitif dalam pembelajaran kanak-kanak di prasekolah. Fokus penyelidikan ini untuk mengenal pasti keupayaan guru dan kanak-kanak prasekolah yang terlibat dengan aktiviti teknik lakaran asas di dalam kelas. Seterusnya, tujuan kajian adalah untuk membuka aspek konsep pendidikan seni visual kepada keperluan pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Pendekatan kajian berdasarkan kualitatif refleksi peserta mengikut subjek lakaran. Melalui aktiviti lakaran asas, penjelasan mengenai unsur dan prinsip pendidikan seni visual dengan asas teknik lakaran kepada guru dapat diperkembangkan. Persampelan kajian secara bertujuan dengan tiga tugasan dijalankan sebagai asas aktiviti interaksi fizikal oleh guru kepada kanak-kanak. Di samping itu, aktiviti kreativiti seni visual yang dirangka membolehkan penyelidik memberi tumpuan kepada lakaran asas yang dikemukakan oleh kanak-kanak. Hasil dapatan dari aktiviti kajian secara pemerhatian mampu mengetengahkan kemahiran praktikal melakar oleh kanak-kanak. Melalui teknik menggambar, asas kemahiran seni visual dapat ditingkatkan dengan kefahaman dan faktor kemenjadian dalam penerimaan kognitif kanak-kanak. Oleh yang demikian, signifikan dan implikasi dari penyelidikan ini berupaya meningkatkan motivasi guru mengenai pelaksanaan prosedur pengajaran melalui seni visual. Karya lakaran asas oleh kanak-kanak prasekolah berfungsi sebagai pelengkap kepada penanda aras keupayaan pengajaran oleh guru. Melalui aktiviti lakaran asas, kemahiran pengajaran terhadap subjek-subjek pembelajaran yang berkaitan dengan seni visual mampu diperkembangkan oleh guru. Konsep estetika dalam fokus penyelidikan ini dirangka untuk memperluaskan bidang pendidikan seni visual ke aras pengetahuan yang optimum.
Title: Ekplorasi seni visual melalui aktiviti lakaran asas terhadap kanak-kanak prasekolah
Description:
Penyelidikan ini mendedahkan ekplorasi estetika lakaran asas dalam aktiviti pendidikan kanak-kanak prasekolah terhadap kemahiran seni visual.
Melalui lapangan pendidikan seni visual, kanak-kanak yang mempunyai bakat dalam memahami imej dan garisan dapat ditonjolkan dalam aktiviti melakar.
Aktiviti lakaran asas ini melibatkan aspek fizikal dan kognitif dalam pembelajaran kanak-kanak di prasekolah.
Fokus penyelidikan ini untuk mengenal pasti keupayaan guru dan kanak-kanak prasekolah yang terlibat dengan aktiviti teknik lakaran asas di dalam kelas.
Seterusnya, tujuan kajian adalah untuk membuka aspek konsep pendidikan seni visual kepada keperluan pengajaran dan pembelajaran oleh guru.
Pendekatan kajian berdasarkan kualitatif refleksi peserta mengikut subjek lakaran.
Melalui aktiviti lakaran asas, penjelasan mengenai unsur dan prinsip pendidikan seni visual dengan asas teknik lakaran kepada guru dapat diperkembangkan.
Persampelan kajian secara bertujuan dengan tiga tugasan dijalankan sebagai asas aktiviti interaksi fizikal oleh guru kepada kanak-kanak.
Di samping itu, aktiviti kreativiti seni visual yang dirangka membolehkan penyelidik memberi tumpuan kepada lakaran asas yang dikemukakan oleh kanak-kanak.
Hasil dapatan dari aktiviti kajian secara pemerhatian mampu mengetengahkan kemahiran praktikal melakar oleh kanak-kanak.
Melalui teknik menggambar, asas kemahiran seni visual dapat ditingkatkan dengan kefahaman dan faktor kemenjadian dalam penerimaan kognitif kanak-kanak.
Oleh yang demikian, signifikan dan implikasi dari penyelidikan ini berupaya meningkatkan motivasi guru mengenai pelaksanaan prosedur pengajaran melalui seni visual.
Karya lakaran asas oleh kanak-kanak prasekolah berfungsi sebagai pelengkap kepada penanda aras keupayaan pengajaran oleh guru.
Melalui aktiviti lakaran asas, kemahiran pengajaran terhadap subjek-subjek pembelajaran yang berkaitan dengan seni visual mampu diperkembangkan oleh guru.
Konsep estetika dalam fokus penyelidikan ini dirangka untuk memperluaskan bidang pendidikan seni visual ke aras pengetahuan yang optimum.

Related Results

Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Kebergantungan kanak-kanak pada orang dewasa adalah perkara yang normal disebabkan mereka masih dalam fasa perkembangan dan pembentukan diri. Di sekolah, orang dewasa yang bersama ...
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Cerpen kanak-kanak masa kini telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. ...
Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Model pengajaran berkualiti guru mengandungi beberapa elemen yang penting seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengetahuan pen...
Makalah M.andhiko pratama
Makalah M.andhiko pratama
Asas-asas hukum Peradilan Tata Usaha Negara yang menjadi karakteristik hukum acara Peradilan Tata Usaha Negara di antaranya sebagai berikut: Asas praduga rechtmatig (vermoden van r...
Tahap Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Autisme
Tahap Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Autisme
Prasekolah merupakan permulaan bagi pendidikan awal seorang kanak-kanak secara formal dan ianya tiada limitasi walau apapun perkembangan dan pertumbuhan mereka. Kajian ini dijalank...
Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu
Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu
Traditionally, the problem of children behavioural adjustment was linked to the factors of surrounding environment and biology. This universal phenomenon occurring all over the wor...
SENI LUKIS KONSEP DAN METODE
SENI LUKIS KONSEP DAN METODE
Membuat seni lukis sebagai landasan berkarya yang mengikuti kaidah seni lukis dengan baik dan mampu menguasai konsep berkarya dan teknik seni lukis. Selanjutnya seni lukis menjadi ...
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Objektif khusus k...

Back to Top