Javascript must be enabled to continue!
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
View through CrossRef
Cerpen kanak-kanak masa kini telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. Selain itu, ada juga sesetengah individu beranggapan bahawa cerpen kanak-kanak ini ditulis mengikut kaca mata penulis dewasa dan tidak memenuhi konsep sastera kanak-kanak serta psikologi kanak-kanak. Sehubungan itu, karya-karya yang wataknya terdiri daripada golongan dewasa terus dinikmati oleh kanak-kanak sehingga akhirnya merumitkan pendefinisian kesusasteraan kanak-kanak. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti watak kanak-kanak yang berkomunikasi secara berkesan dalam cerpen kanak-kanak pilihan dan menganalisis adab berkomunikasi antara watak-watak tersebut yang diungkapkan oleh pengarang berdasarkan enam (6) kaedah komunikasi dalam Surah Luqman. Metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah analisis teks. Terdapat 5 kumpulan cerpen kanak-kanak pilihan yang digunakan dalam kajian ini iaitu kumpulan cerpen kanak-kanak dari tahun 2012 hingga 2015. Dapatan kajian menunjukkan cerpen kanak-kanak pilihan yang diteliti menepati enam (6) adab berkomunikasi dalam Surah Luqman iaitu mengunakan kaedah i) panggilan dan sapaan, ii) perlambangan, iii) pengulangan, iv) penjelasan, v) perhatian, vi) pemilihan idola. Hal ini bermakna menerusi komunikasi yang beradab, segala urusan kanak-kanak dapat dilalui dengan mudah dan menemui kejayaan. Hal inilah yang cuba dibuktikan dalam karya sastera kanak-kanak Melayu khasnya cerpen sebagai salah sebuah karya sastera yang berfungsi bukan sahaja memberi pengajaran tetapi menghiburkan khalayaknya. Justeru, sudah sampai masanya bahan bacaan kanak-kanak di Malaysia ini perlu mengetengahkan khazanah warisan yang diwarisi sejak turun-temurun dan bukannya bergantung kepada karya-karya dari Barat yang jauh menyimpang daripada adab ketimuran apatah lagi nilai-nilai keIslaman. Kata kunci: Adab, komunikasi, cerpen kanak-kanak pilihan, watak kanak-kanak, Surah Luqman.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Description:
Cerpen kanak-kanak masa kini telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak.
Selain itu, ada juga sesetengah individu beranggapan bahawa cerpen kanak-kanak ini ditulis mengikut kaca mata penulis dewasa dan tidak memenuhi konsep sastera kanak-kanak serta psikologi kanak-kanak.
Sehubungan itu, karya-karya yang wataknya terdiri daripada golongan dewasa terus dinikmati oleh kanak-kanak sehingga akhirnya merumitkan pendefinisian kesusasteraan kanak-kanak.
Justeru, objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti watak kanak-kanak yang berkomunikasi secara berkesan dalam cerpen kanak-kanak pilihan dan menganalisis adab berkomunikasi antara watak-watak tersebut yang diungkapkan oleh pengarang berdasarkan enam (6) kaedah komunikasi dalam Surah Luqman.
Metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah analisis teks.
Terdapat 5 kumpulan cerpen kanak-kanak pilihan yang digunakan dalam kajian ini iaitu kumpulan cerpen kanak-kanak dari tahun 2012 hingga 2015.
Dapatan kajian menunjukkan cerpen kanak-kanak pilihan yang diteliti menepati enam (6) adab berkomunikasi dalam Surah Luqman iaitu mengunakan kaedah i) panggilan dan sapaan, ii) perlambangan, iii) pengulangan, iv) penjelasan, v) perhatian, vi) pemilihan idola.
Hal ini bermakna menerusi komunikasi yang beradab, segala urusan kanak-kanak dapat dilalui dengan mudah dan menemui kejayaan.
Hal inilah yang cuba dibuktikan dalam karya sastera kanak-kanak Melayu khasnya cerpen sebagai salah sebuah karya sastera yang berfungsi bukan sahaja memberi pengajaran tetapi menghiburkan khalayaknya.
Justeru, sudah sampai masanya bahan bacaan kanak-kanak di Malaysia ini perlu mengetengahkan khazanah warisan yang diwarisi sejak turun-temurun dan bukannya bergantung kepada karya-karya dari Barat yang jauh menyimpang daripada adab ketimuran apatah lagi nilai-nilai keIslaman.
Kata kunci: Adab, komunikasi, cerpen kanak-kanak pilihan, watak kanak-kanak, Surah Luqman.
Related Results
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Kebergantungan kanak-kanak pada orang dewasa adalah perkara yang normal disebabkan mereka masih dalam fasa perkembangan dan pembentukan diri. Di sekolah, orang dewasa yang bersama ...
Penderaan Emosi terhadap Kanak-kanak dari sudut Perundangan
Penderaan Emosi terhadap Kanak-kanak dari sudut Perundangan
Kanak-kanak merupakan modal insan yang signifikan terhadap sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan ...
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktre...
Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI
Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI
Persekitaran pembelajaran di luar kelas merupakan salah satu faktor utama dalam mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika. Perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika ...
Penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah
Penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah
Kajian ini bertujuan mengenal pasti penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah. Seramai 65 orang ibu bapa yang mempunyai anak berusia lima dan enam tahun telah m...
MUHAMMAD RASHID RIDA DAN PEMIKIRANNYA TERHADAP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
MUHAMMAD RASHID RIDA DAN PEMIKIRANNYA TERHADAP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Peringkat pendidikan awal kanak-kanak merupakan fasa yang sangat penting dalam pembentukan peribadi dan intelektual manusia. Kepentingan pendidikan pada peringkat awal kanak-kanak...
Penggunaan Sumber Digital dan Perkembangan Sosio-Emosi Kanak-Kanak: Tinjauan Perspektif Islam
Penggunaan Sumber Digital dan Perkembangan Sosio-Emosi Kanak-Kanak: Tinjauan Perspektif Islam
Realiti hari ini memperlihatkan kanak-kanak telah didedahkan kepada sumber digital seawal usia kecil. Tentunya pendedahan ini memberi impak secara langsung kepada aspek dan kemahir...
Penelitian Semula Terhadap Konsep Sastera Kanak-Kanak Islami
Penelitian Semula Terhadap Konsep Sastera Kanak-Kanak Islami
Children are the ones who need to be exposed to useful reading materials. An abundance of children books in the market calls for an evaluation of its content to ensure that childre...

