Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Persekitaran Kanak-kanak: Satu Penelitian Terhadap Novel Kanak-kanak Terpilih

View through CrossRef
Peranan karya sastera sebagai medium menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat telah menjadi asas dalam kewujudan karya sastera. Novel kanak-kanak dihasilkan daripada persekitaran yang diambil daripada realiti kehidupan dan diolah dengan bahasa yang indah sebagai santapan pembaca. Bertitik-tolak daripada pegangan karya sastera merupakan cerminan masyarakat, perkara ini selari dengan pelbagai kes yang melibatkan kanak-kanak yang sering terpampang di dada akhbar mutakhir ini. Justeru, sebagai salah satu bidang ilmu yang turut menyumbang ke arah mendidik modal insan yang berguna, maka kajian ini dilakukan bagi menjelaskan secara kritis peranan persekitaran yang melingkungi kehidupan kanak-kanak terhadap perkembangan sahsiah dan tingkah laku kanak-kanak yang dapat dilihat dalam novel Suteki Da Ne Aleena (2013), Umairah dan Kuda Putih (2008) dan Memori Atikah (2002). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Manakala, aspek persekitaran dalam novel dianalisis dengan menggunakan kelima-lima prinsip Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1986), iaitu mikrosistem, mesositem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem. Dapatan kajian memperlihatkan perkembangan sahsiah, tingkah laku, emosi dan akademik kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang berhubungan secara langsung dalam kehidupan kanak-kanak. Namun, persekitaran mikrosistem merupakan persekitaran yang paling dominan mempengaruhi kehidupan kanak-kanak. Kesimpulannya, persekitaran yang terdapat dalam novel kanak-kanak dapat dijelaskan dengan Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1986) sekali gus memberi ilmu baharu kepada masyarakat dalam mendidik kanak-kanak menjadi individu yang cemerlang dalam kehidupan.
Title: Persekitaran Kanak-kanak: Satu Penelitian Terhadap Novel Kanak-kanak Terpilih
Description:
Peranan karya sastera sebagai medium menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat telah menjadi asas dalam kewujudan karya sastera.
Novel kanak-kanak dihasilkan daripada persekitaran yang diambil daripada realiti kehidupan dan diolah dengan bahasa yang indah sebagai santapan pembaca.
Bertitik-tolak daripada pegangan karya sastera merupakan cerminan masyarakat, perkara ini selari dengan pelbagai kes yang melibatkan kanak-kanak yang sering terpampang di dada akhbar mutakhir ini.
Justeru, sebagai salah satu bidang ilmu yang turut menyumbang ke arah mendidik modal insan yang berguna, maka kajian ini dilakukan bagi menjelaskan secara kritis peranan persekitaran yang melingkungi kehidupan kanak-kanak terhadap perkembangan sahsiah dan tingkah laku kanak-kanak yang dapat dilihat dalam novel Suteki Da Ne Aleena (2013), Umairah dan Kuda Putih (2008) dan Memori Atikah (2002).
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks.
Manakala, aspek persekitaran dalam novel dianalisis dengan menggunakan kelima-lima prinsip Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1986), iaitu mikrosistem, mesositem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem.
Dapatan kajian memperlihatkan perkembangan sahsiah, tingkah laku, emosi dan akademik kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang berhubungan secara langsung dalam kehidupan kanak-kanak.
Namun, persekitaran mikrosistem merupakan persekitaran yang paling dominan mempengaruhi kehidupan kanak-kanak.
Kesimpulannya, persekitaran yang terdapat dalam novel kanak-kanak dapat dijelaskan dengan Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1986) sekali gus memberi ilmu baharu kepada masyarakat dalam mendidik kanak-kanak menjadi individu yang cemerlang dalam kehidupan.

Related Results

Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI
Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI
Persekitaran pembelajaran di luar kelas merupakan salah satu faktor utama dalam mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika. Perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika ...
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Cerpen kanak-kanak masa kini telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. ...
Kesan Modul Literasi Awal Terhadap Pencapaian Kemahiran Literasi Awal Bagi Kanak-Kanak Taska
Kesan Modul Literasi Awal Terhadap Pencapaian Kemahiran Literasi Awal Bagi Kanak-Kanak Taska
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan Modul Literasi Awal (Modul Lit-A) terhadap pencapaian kemahiran literasi awal bagi kanak-kanak TASKA yang berumur 2+ dan 3+ tahun. ...
Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu
Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu
Traditionally, the problem of children behavioural adjustment was linked to the factors of surrounding environment and biology. This universal phenomenon occurring all over the wor...
Penderaan Emosi terhadap Kanak-kanak dari sudut Perundangan
Penderaan Emosi terhadap Kanak-kanak dari sudut Perundangan
Kanak-kanak merupakan modal insan yang signifikan terhadap sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan ...
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Kebergantungan kanak-kanak pada orang dewasa adalah perkara yang normal disebabkan mereka masih dalam fasa perkembangan dan pembentukan diri. Di sekolah, orang dewasa yang bersama ...
Ekplorasi seni visual melalui aktiviti lakaran asas terhadap kanak-kanak prasekolah
Ekplorasi seni visual melalui aktiviti lakaran asas terhadap kanak-kanak prasekolah
Penyelidikan ini mendedahkan ekplorasi estetika lakaran asas dalam aktiviti pendidikan kanak-kanak prasekolah terhadap kemahiran seni visual. Melalui lapangan pendidikan seni visua...
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktre...

Back to Top