Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Penderaan Emosi terhadap Kanak-kanak dari sudut Perundangan

View through CrossRef
Kanak-kanak merupakan modal insan yang signifikan terhadap sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan perlu diberi keutamaan. Malaysia telah digemparkan dengan kes-kes penderaan yang telah berlaku dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan sehingga suku tahun pertama 2021, sebanyak 2,040 kes penderaan telah direkodkan dilaporkan. Terdapat empat keadaan penderaan yang berlaku terhadap kanak-kanak iaitu penderaan fizikal, pengabaian, seksual dan emosi. Berbeza dengan penderaan yang boleh dilihat kesannya secara pandangan mata kasar, penderaan emosi ini dilihat seakan-akan tidak diambil berat oleh setiap masyarakat. Objektif penulisan ini adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah penderaan emosi terhadap kanak-kanak berlaku. Objektif kedua adalah untuk menganalisis statistik kes-kes yang menyentuh isu penderaan emosi kanak-kanak. Penulisan ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menyoroti literatur dari dalam dan luar negara berpandukan sumber primer dan sekunder yang membincangkan isu penderaan terhadap kanak-kanak. Hasil dapatan daripada penulisan ini menunjukkan wujud peningkatan kes penderaan secara umum serta khusus kepada penderaan emosi terhadap kanak-kanak dari selain wujud keperluan agar penguatkuasaan undang-undang diperketatkan agar masalah penderaan emosi kanak-kanak dapat dibendung. Kesimpulannya, hasil daripada penulisan ini akan memberikan pendedahan tentang bagaimana statistik kes-kes penderaan kanak-kanak berfungsi sebagai kayu ukur agar pihak kerajaan, penguatkuasa dan masyarakatnya dapat membendung masalah penderaan kanak-kanak daripada terus meningkat terutamanya dalam konteks penderaan emosi semasa pandemik COVID-19. Selanjutnya, penguatkuasaan undang-undang perlu diperketatkan dengan berkesan dan holistik.
Title: Penderaan Emosi terhadap Kanak-kanak dari sudut Perundangan
Description:
Kanak-kanak merupakan modal insan yang signifikan terhadap sesebuah negara.
Oleh hal yang demikian, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan perlu diberi keutamaan.
Malaysia telah digemparkan dengan kes-kes penderaan yang telah berlaku dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan sehingga suku tahun pertama 2021, sebanyak 2,040 kes penderaan telah direkodkan dilaporkan.
Terdapat empat keadaan penderaan yang berlaku terhadap kanak-kanak iaitu penderaan fizikal, pengabaian, seksual dan emosi.
Berbeza dengan penderaan yang boleh dilihat kesannya secara pandangan mata kasar, penderaan emosi ini dilihat seakan-akan tidak diambil berat oleh setiap masyarakat.
Objektif penulisan ini adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah penderaan emosi terhadap kanak-kanak berlaku.
Objektif kedua adalah untuk menganalisis statistik kes-kes yang menyentuh isu penderaan emosi kanak-kanak.
Penulisan ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menyoroti literatur dari dalam dan luar negara berpandukan sumber primer dan sekunder yang membincangkan isu penderaan terhadap kanak-kanak.
Hasil dapatan daripada penulisan ini menunjukkan wujud peningkatan kes penderaan secara umum serta khusus kepada penderaan emosi terhadap kanak-kanak dari selain wujud keperluan agar penguatkuasaan undang-undang diperketatkan agar masalah penderaan emosi kanak-kanak dapat dibendung.
Kesimpulannya, hasil daripada penulisan ini akan memberikan pendedahan tentang bagaimana statistik kes-kes penderaan kanak-kanak berfungsi sebagai kayu ukur agar pihak kerajaan, penguatkuasa dan masyarakatnya dapat membendung masalah penderaan kanak-kanak daripada terus meningkat terutamanya dalam konteks penderaan emosi semasa pandemik COVID-19.
Selanjutnya, penguatkuasaan undang-undang perlu diperketatkan dengan berkesan dan holistik.

Related Results

Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Cerpen kanak-kanak masa kini telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. ...
Dinamika Emosi Tokoh Kinan dalam Novel Layangan Putus Karya Mommy Asf
Dinamika Emosi Tokoh Kinan dalam Novel Layangan Putus Karya Mommy Asf
Tujuan penelitian ini adalah untuk mendeskripsikan dinamika emosi Kinan dalam novel Layangan Putus Karya Mommy Asf. Pendekatan yang digunakan adalah Psikologi Sastra. Metode yang d...
Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI
Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI
Persekitaran pembelajaran di luar kelas merupakan salah satu faktor utama dalam mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika. Perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika ...
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Kebergantungan kanak-kanak pada orang dewasa adalah perkara yang normal disebabkan mereka masih dalam fasa perkembangan dan pembentukan diri. Di sekolah, orang dewasa yang bersama ...
Penggunaan Sumber Digital dan Perkembangan Sosio-Emosi Kanak-Kanak: Tinjauan Perspektif Islam
Penggunaan Sumber Digital dan Perkembangan Sosio-Emosi Kanak-Kanak: Tinjauan Perspektif Islam
Realiti hari ini memperlihatkan kanak-kanak telah didedahkan kepada sumber digital seawal usia kecil. Tentunya pendedahan ini memberi impak secara langsung kepada aspek dan kemahir...
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktre...
Penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah
Penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah
Kajian ini bertujuan mengenal pasti penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah. Seramai 65 orang ibu bapa yang mempunyai anak berusia lima dan enam tahun telah m...
MUHAMMAD RASHID RIDA DAN PEMIKIRANNYA TERHADAP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
MUHAMMAD RASHID RIDA DAN PEMIKIRANNYA TERHADAP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Peringkat pendidikan awal kanak-kanak merupakan fasa yang sangat  penting dalam pembentukan peribadi dan intelektual manusia. Kepentingan pendidikan pada peringkat awal kanak-kanak...

Back to Top