Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak

View through CrossRef
Kebergantungan kanak-kanak pada orang dewasa adalah perkara yang normal disebabkan mereka masih dalam fasa perkembangan dan pembentukan diri. Di sekolah, orang dewasa yang bersama dengan kanak-kanak adalah guru mereka. Oleh itu, peranan guru adalah kritikal pada peringkat ini bagi membantu kanak-kanak menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam pertumbuhan mereka. Terdapat kemungkinan tidak berlaku bimbingan yang berfokus pada seni halus bersama kanak-kanak di sekolah dalam pelaksanaan aktiviti seni halus. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui peranan guru dalam pelaksanaan aktiviti seni halus kanak-kanak serta implikasi peranan tersebut terhadap kanak-kanak. Pengkaji menggunakan kaedah kualititatif dengan menemubual empat orang guru tadika swasta di Selangor sebagai responden kajian. Responden merupakan guru yang mempunyai pengalaman mengajar seni halus bersama kanak-kanak lebih dari enam tahun. Data temu bual telah ditranskripsi dan dianalisis secara tematik. Hasil dapatan memberi gambaran bahawa peranan utama guru dalam pelaksanaan aktiviti seni halus adalah sebagai fasilitator yang mana sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kanak-kanak semasa aktiviti dijalankan. Terdapat impak positif yang signifikan dalam perkembangan kognitif, emosi dan sosial apabila guru memainkan peranan yang sewajarnya dalam pelaksanaan aktiviti seni halus. Sebagai kesimpulan, pelaksanaan aktiviti-aktiviti seni halus memerlukan guru yang bijak dalam menyesuaikan aktiviti dengan keadaan semasa dan keupayaan kanak-kanak supaya impak aktiviti tersebut memberi makna sebenar kepada kanak-kanak.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Description:
Kebergantungan kanak-kanak pada orang dewasa adalah perkara yang normal disebabkan mereka masih dalam fasa perkembangan dan pembentukan diri.
Di sekolah, orang dewasa yang bersama dengan kanak-kanak adalah guru mereka.
Oleh itu, peranan guru adalah kritikal pada peringkat ini bagi membantu kanak-kanak menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam pertumbuhan mereka.
Terdapat kemungkinan tidak berlaku bimbingan yang berfokus pada seni halus bersama kanak-kanak di sekolah dalam pelaksanaan aktiviti seni halus.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui peranan guru dalam pelaksanaan aktiviti seni halus kanak-kanak serta implikasi peranan tersebut terhadap kanak-kanak.
Pengkaji menggunakan kaedah kualititatif dengan menemubual empat orang guru tadika swasta di Selangor sebagai responden kajian.
Responden merupakan guru yang mempunyai pengalaman mengajar seni halus bersama kanak-kanak lebih dari enam tahun.
Data temu bual telah ditranskripsi dan dianalisis secara tematik.
Hasil dapatan memberi gambaran bahawa peranan utama guru dalam pelaksanaan aktiviti seni halus adalah sebagai fasilitator yang mana sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kanak-kanak semasa aktiviti dijalankan.
Terdapat impak positif yang signifikan dalam perkembangan kognitif, emosi dan sosial apabila guru memainkan peranan yang sewajarnya dalam pelaksanaan aktiviti seni halus.
Sebagai kesimpulan, pelaksanaan aktiviti-aktiviti seni halus memerlukan guru yang bijak dalam menyesuaikan aktiviti dengan keadaan semasa dan keupayaan kanak-kanak supaya impak aktiviti tersebut memberi makna sebenar kepada kanak-kanak.

Related Results

Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Cerpen kanak-kanak masa kini telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. ...
SENI LUKIS KONSEP DAN METODE
SENI LUKIS KONSEP DAN METODE
Membuat seni lukis sebagai landasan berkarya yang mengikuti kaidah seni lukis dengan baik dan mampu menguasai konsep berkarya dan teknik seni lukis. Selanjutnya seni lukis menjadi ...
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktre...
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Objektif khusus k...
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di universiti tidak kira akademik atau bukan akademik haruslah boleh membentuk pelajar yang seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani dan emosi, ma...
Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI
Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI
Persekitaran pembelajaran di luar kelas merupakan salah satu faktor utama dalam mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika. Perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika ...
Penderaan Emosi terhadap Kanak-kanak dari sudut Perundangan
Penderaan Emosi terhadap Kanak-kanak dari sudut Perundangan
Kanak-kanak merupakan modal insan yang signifikan terhadap sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan ...

Back to Top