Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pembangunan kad bacaan dalam membantu kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun

View through CrossRef
Kajian ini bertujuan membangunkan permainan kad bacaan dengan mengintegrasikan kaedah belajar sambil bermain bagi kanak-kanak 4 tahun. Jadi, objektif kajian ini adalah untuk membangunkan kad bacaan dalam membantu kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun. Reka bentuk kajian adalah berdasarkan Model ADDIE yang melibatkan lima fasa iaitu, analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan, dan penilaian. Pensampelan kajian menggunakan pensampelan kebarangkalian secara rawak mudah. Sampel kajian melibatkan tiga fasa, iaitu seramai 30 orang guru tadika dan prasekolah bagi fasa analisis, dua pakar kesahan dan 30 orang pakar pelaksana bagi fasa reka bentuk, dan 30 orang guru tadika di daerah Muallim bagi fasa perlaksanaan. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik, iaitu Soal Selidik Analisis Keperluan Pembangunan Kad Bacaan, Soal Selidik Kandungan Kad Bacaan Kanak-kanak 4 Tahun, dan Soal Selidik Kebolehgunaan bagi Kad Bacaan Kanak-kanak 4 Tahun. Kesemua instrumen menunjukkan nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach di antara 0.7 sehingga 0.8 diintepretasikan sebagai baik dan boleh diterima. Dapatan bagi fasa analisis mendapati wujud keperluan untuk membangunkan bahan bantu mengajar kemahiran membaca kanak-kanak apabila menunjukkan min dan sisihan piawaian tahap tinggi. Bagi fasa reka bentuk guru-guru tadika bersetuju tujuh elemen yang penting perlu ada pada kad bacaan yang hendak dibangunkan. Manakala, hasil data kebolehgunaan Kad Bacaan dipersetujui oleh guru-guru tadika membantu dalam kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun dengan interpretasi tahap tinggi. Cadangan kajian lanjutan boleh difokuskan kepada penilaian keberkesanan kad bacaan ini dalam meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak. Kesimpulannya, pembangunan kad bacaan ini relevan dan sesuai dalam membantu kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun.
Title: Pembangunan kad bacaan dalam membantu kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun
Description:
Kajian ini bertujuan membangunkan permainan kad bacaan dengan mengintegrasikan kaedah belajar sambil bermain bagi kanak-kanak 4 tahun.
Jadi, objektif kajian ini adalah untuk membangunkan kad bacaan dalam membantu kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun.
Reka bentuk kajian adalah berdasarkan Model ADDIE yang melibatkan lima fasa iaitu, analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan, dan penilaian.
Pensampelan kajian menggunakan pensampelan kebarangkalian secara rawak mudah.
Sampel kajian melibatkan tiga fasa, iaitu seramai 30 orang guru tadika dan prasekolah bagi fasa analisis, dua pakar kesahan dan 30 orang pakar pelaksana bagi fasa reka bentuk, dan 30 orang guru tadika di daerah Muallim bagi fasa perlaksanaan.
Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik, iaitu Soal Selidik Analisis Keperluan Pembangunan Kad Bacaan, Soal Selidik Kandungan Kad Bacaan Kanak-kanak 4 Tahun, dan Soal Selidik Kebolehgunaan bagi Kad Bacaan Kanak-kanak 4 Tahun.
Kesemua instrumen menunjukkan nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach di antara 0.
7 sehingga 0.
8 diintepretasikan sebagai baik dan boleh diterima.
Dapatan bagi fasa analisis mendapati wujud keperluan untuk membangunkan bahan bantu mengajar kemahiran membaca kanak-kanak apabila menunjukkan min dan sisihan piawaian tahap tinggi.
Bagi fasa reka bentuk guru-guru tadika bersetuju tujuh elemen yang penting perlu ada pada kad bacaan yang hendak dibangunkan.
Manakala, hasil data kebolehgunaan Kad Bacaan dipersetujui oleh guru-guru tadika membantu dalam kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun dengan interpretasi tahap tinggi.
Cadangan kajian lanjutan boleh difokuskan kepada penilaian keberkesanan kad bacaan ini dalam meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak.
Kesimpulannya, pembangunan kad bacaan ini relevan dan sesuai dalam membantu kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun.

Related Results

Psichikos sveikata – kiekvieno mūsų teisė
Psichikos sveikata – kiekvieno mūsų teisė
Sakoma, kad apie savo sveikatą žmogus dažniausiai susimąsto tik tada, kai sunegaluoja. Kol mes ir mums artimi žmonės geba veikti, kurti santykius ir susitvarkyti su iškylančiais ka...
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Cerpen kanak-kanak masa kini telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. ...
Keberkesanan Modul Intervensi Kemahiran Asas Bacaan Al-Quran dalam kalangan Kanak-Kanak di Malaysia
Keberkesanan Modul Intervensi Kemahiran Asas Bacaan Al-Quran dalam kalangan Kanak-Kanak di Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan modul intervensi kemahiran asas bacaan al-Quran (Meta-Siqra') yang berasaskan model Iqra' As'ad Humam. Tujuannya adalah menghasilkan modul...
Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu
Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu
Traditionally, the problem of children behavioural adjustment was linked to the factors of surrounding environment and biology. This universal phenomenon occurring all over the wor...
Upaya Guru dalam Meningkatkan Minat Membaca Anak pada Masa Adaptasi Kebiasaan Baru di BMBA AIUEO Batujajar Bandung
Upaya Guru dalam Meningkatkan Minat Membaca Anak pada Masa Adaptasi Kebiasaan Baru di BMBA AIUEO Batujajar Bandung
Abstract. Based on the PISA report which was just released 2019, Indonesia's reading score is ranked 72 out of 77 countries (liputan6.com,2019). This condition shows the poor inter...
Penilaian Kebolehgunaan Modul Pengajaran Kemahiran Bacaan Awal bagi Kanak-Kanak Ketidakupayaan Penglihatan Prasekolah
Penilaian Kebolehgunaan Modul Pengajaran Kemahiran Bacaan Awal bagi Kanak-Kanak Ketidakupayaan Penglihatan Prasekolah
This study aims to assess the applicability of the Braille Early Reading Skills module based on the a-J+3+6 method for children with visual impairment (CVI) preschool. The main iss...
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Kebergantungan kanak-kanak pada orang dewasa adalah perkara yang normal disebabkan mereka masih dalam fasa perkembangan dan pembentukan diri. Di sekolah, orang dewasa yang bersama ...

Back to Top