Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Keberkesanan Modul Intervensi Kemahiran Asas Bacaan Al-Quran dalam kalangan Kanak-Kanak di Malaysia

View through CrossRef
Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan modul intervensi kemahiran asas bacaan al-Quran (Meta-Siqra') yang berasaskan model Iqra' As'ad Humam. Tujuannya adalah menghasilkan modul yang memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak yang tercicir. Isu utama dalam kajian ini ialah kurangnya kemahiran asas bacaan al-Quran di kalangan kanak-kanak. Menurut data daripada e-Pelaporan kebangsaan 2020, 2.08 peratus kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun diklasifikasikan sebagai buta huruf, manakala 68.7 peratus kanak-kanak tidak dapat membaca ayat al-Quran dengan sempurna. Faktor-faktor utama yang dikenal pasti termasuk kelemahan dalam kemahiran membaca al-Quran, pengajaran yang kurang berkesan, penekanan terhadap kualiti bacaan al-Quran yang tidak mencukupi, dan kurangnya konsistensi dalam membaca al-Quran di rumah. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk membentuk dan membangunkan modul intervensi (Meta-Siqra') dan menilai keberkesanannya terhadap kanak-kanak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui ujian pra dan pos, dengan melibatkan 400 sampel kanak-kanak yang tercicir dalam bacaan al-Quran. Data yang dianalisis menggunakan SPSS versi 27.0 menunjukkan peningkatan yang signifikan, dengan purata peningkatan sebanyak 1.46 mata. Ini membuktikan bahawa modul ini berkesan dalam meningkatkan tahap penguasaan kanak-kanak terhadap kemahiran asas bacaan al-Quran.
Title: Keberkesanan Modul Intervensi Kemahiran Asas Bacaan Al-Quran dalam kalangan Kanak-Kanak di Malaysia
Description:
Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan modul intervensi kemahiran asas bacaan al-Quran (Meta-Siqra') yang berasaskan model Iqra' As'ad Humam.
Tujuannya adalah menghasilkan modul yang memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak yang tercicir.
Isu utama dalam kajian ini ialah kurangnya kemahiran asas bacaan al-Quran di kalangan kanak-kanak.
Menurut data daripada e-Pelaporan kebangsaan 2020, 2.
08 peratus kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun diklasifikasikan sebagai buta huruf, manakala 68.
7 peratus kanak-kanak tidak dapat membaca ayat al-Quran dengan sempurna.
Faktor-faktor utama yang dikenal pasti termasuk kelemahan dalam kemahiran membaca al-Quran, pengajaran yang kurang berkesan, penekanan terhadap kualiti bacaan al-Quran yang tidak mencukupi, dan kurangnya konsistensi dalam membaca al-Quran di rumah.
Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk membentuk dan membangunkan modul intervensi (Meta-Siqra') dan menilai keberkesanannya terhadap kanak-kanak.
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui ujian pra dan pos, dengan melibatkan 400 sampel kanak-kanak yang tercicir dalam bacaan al-Quran.
Data yang dianalisis menggunakan SPSS versi 27.
0 menunjukkan peningkatan yang signifikan, dengan purata peningkatan sebanyak 1.
46 mata.
Ini membuktikan bahawa modul ini berkesan dalam meningkatkan tahap penguasaan kanak-kanak terhadap kemahiran asas bacaan al-Quran.

Related Results

Pembangunan kad bacaan dalam membantu kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun
Pembangunan kad bacaan dalam membantu kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun
Kajian ini bertujuan membangunkan permainan kad bacaan dengan mengintegrasikan kaedah belajar sambil bermain bagi kanak-kanak 4 tahun. Jadi, objektif kajian ini adalah untuk memban...
Ekplorasi seni visual melalui aktiviti lakaran asas terhadap kanak-kanak prasekolah
Ekplorasi seni visual melalui aktiviti lakaran asas terhadap kanak-kanak prasekolah
Penyelidikan ini mendedahkan ekplorasi estetika lakaran asas dalam aktiviti pendidikan kanak-kanak prasekolah terhadap kemahiran seni visual. Melalui lapangan pendidikan seni visua...
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Cerpen kanak-kanak masa kini telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. ...
Penilaian Kebolehgunaan Modul Pengajaran Kemahiran Bacaan Awal bagi Kanak-Kanak Ketidakupayaan Penglihatan Prasekolah
Penilaian Kebolehgunaan Modul Pengajaran Kemahiran Bacaan Awal bagi Kanak-Kanak Ketidakupayaan Penglihatan Prasekolah
This study aims to assess the applicability of the Braille Early Reading Skills module based on the a-J+3+6 method for children with visual impairment (CVI) preschool. The main iss...
Makalah M.andhiko pratama
Makalah M.andhiko pratama
Asas-asas hukum Peradilan Tata Usaha Negara yang menjadi karakteristik hukum acara Peradilan Tata Usaha Negara di antaranya sebagai berikut: Asas praduga rechtmatig (vermoden van r...
Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu
Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu
Traditionally, the problem of children behavioural adjustment was linked to the factors of surrounding environment and biology. This universal phenomenon occurring all over the wor...
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Kebergantungan kanak-kanak pada orang dewasa adalah perkara yang normal disebabkan mereka masih dalam fasa perkembangan dan pembentukan diri. Di sekolah, orang dewasa yang bersama ...

Back to Top