Javascript must be enabled to continue!
MUHAMMAD RASHID RIDA DAN PEMIKIRANNYA TERHADAP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
View through CrossRef
Peringkat pendidikan awal kanak-kanak merupakan fasa yang sangat penting dalam pembentukan peribadi dan intelektual manusia. Kepentingan pendidikan pada peringkat awal kanak-kanak mendapat perhatian ramai cendekiawan Muslim seperti al-Ghazali, Ibn Khaldun, Ibn Qayyim Al-Jauziyah dan lain-lain. Antara sarjana Islam yang turut memberikan perhatian terhadap pendidikan awal kanak-kanak ialah Muhammad Rashid Rida. Walau bagaimanapun, belum ada kajian yang membincangkan pemikiran beliau dalam pendidikan kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan konsep pendidikan awal kanak-kanak yang dikemukakan oleh Muhammad Rashid Rida dalam majalah al-Manar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis dokumen terhadap majalah al-Manar yang membahaskan tentang pendidikan awal kanak-kanak. Dapatan kajian menunjukkan Muhammad Rashid Rida telah membahaskan konsep pendidikan daripada dua dimensi iaitu ta’lim dan tarbiyyah. Perkara lain yang disentuh dalam majalah al-Manar dalam aspek pendidikan awal kanak-kanak adalah mengenai persediaan ibu sebelum melahirkan anak serta perkara-perkara yang perlu dititik beratkan dalam mendidik anak sejak awal usia. Selain itu, Muhammad Rashid Rida turut membahaskan konsep targhib dan tarhib dan kesesuaian pelaksanaannya dalam mendidik kanak-kanak. Kajian ini dapat memberi sumbangan terhadap penerokaan yang lebih meluas pandangan sarjana Islam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Title: MUHAMMAD RASHID RIDA DAN PEMIKIRANNYA TERHADAP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Description:
Peringkat pendidikan awal kanak-kanak merupakan fasa yang sangat penting dalam pembentukan peribadi dan intelektual manusia.
Kepentingan pendidikan pada peringkat awal kanak-kanak mendapat perhatian ramai cendekiawan Muslim seperti al-Ghazali, Ibn Khaldun, Ibn Qayyim Al-Jauziyah dan lain-lain.
Antara sarjana Islam yang turut memberikan perhatian terhadap pendidikan awal kanak-kanak ialah Muhammad Rashid Rida.
Walau bagaimanapun, belum ada kajian yang membincangkan pemikiran beliau dalam pendidikan kanak-kanak.
Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan konsep pendidikan awal kanak-kanak yang dikemukakan oleh Muhammad Rashid Rida dalam majalah al-Manar.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis dokumen terhadap majalah al-Manar yang membahaskan tentang pendidikan awal kanak-kanak.
Dapatan kajian menunjukkan Muhammad Rashid Rida telah membahaskan konsep pendidikan daripada dua dimensi iaitu ta’lim dan tarbiyyah.
Perkara lain yang disentuh dalam majalah al-Manar dalam aspek pendidikan awal kanak-kanak adalah mengenai persediaan ibu sebelum melahirkan anak serta perkara-perkara yang perlu dititik beratkan dalam mendidik anak sejak awal usia.
Selain itu, Muhammad Rashid Rida turut membahaskan konsep targhib dan tarhib dan kesesuaian pelaksanaannya dalam mendidik kanak-kanak.
Kajian ini dapat memberi sumbangan terhadap penerokaan yang lebih meluas pandangan sarjana Islam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Related Results
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Cerpen kanak-kanak masa kini telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. ...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Pergerakan Proses Lukisan Kanak-kanak dalam Lakaran Kasar Seni Visual
Pergerakan Proses Lukisan Kanak-kanak dalam Lakaran Kasar Seni Visual
Kajian membincangkan bidang seni visual semakin berkembang pada bidang penyelidikan kanak-kanak merujuk kepada hasil lukisan kanak-kanak. Hasil lukisan kanak-kanak tersebut menghas...
Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI
Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI
Persekitaran pembelajaran di luar kelas merupakan salah satu faktor utama dalam mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika. Perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika ...
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Kebergantungan kanak-kanak pada orang dewasa adalah perkara yang normal disebabkan mereka masih dalam fasa perkembangan dan pembentukan diri. Di sekolah, orang dewasa yang bersama ...
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktre...
Penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah
Penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah
Kajian ini bertujuan mengenal pasti penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah. Seramai 65 orang ibu bapa yang mempunyai anak berusia lima dan enam tahun telah m...
Iptek bagi Masyarakat Taman Kanak-Kanak di Desa Kalitirto Kecamatan Berbah
Iptek bagi Masyarakat Taman Kanak-Kanak di Desa Kalitirto Kecamatan Berbah
<p>Berbah adalah kecamatan Sleman, Yogyakarta, yang memiliki 21 sekolah taman kanak-kanak sebagai pendidikan formal untuk anak-anak. Dua taman kanak-kanak telah mendapatkan a...

