Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Penggunaan Sumber Digital dan Perkembangan Sosio-Emosi Kanak-Kanak: Tinjauan Perspektif Islam

View through CrossRef
Realiti hari ini memperlihatkan kanak-kanak telah didedahkan kepada sumber digital seawal usia kecil. Tentunya pendedahan ini memberi impak secara langsung kepada aspek dan kemahiran sosio-emosi kanak-kanak. Islam menekankan agar kemudahan sumber digital ini dapat dimanfaatkan dengan baik lebih-lebih lagi apabila melibatkan golongan kanak-kanak supaya ia memberi implikasi positif dalam segenap aspek. Melihat kepada fenomena dan kedudukan ini, maka artikel ini bertujuan menyorot perbincangan literatur dari sumber-sumber dan ideologi Islam mengenai kedudukan sosio-emosi kanak-kanak bagi memastikan penggunaan sumber digital dapat dimanfaatkan ke arah perkembangan positif kanak-kanak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis data sekunder sebagai metodologi kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian mendapati banyak penekanan Islam yang membincangkan tentang perkembangan sosio-emosi kanak-kanak. Secara umum, dapatan kajian menunjukkan bahawa perhatian serius perlu diberikan kepada aspek sosio-emosi kanak-kanak bagi mengelakkan berlakunya tingkah laku yang tidak diingini serta memastikan kanak-kanak mampu mendepani cabaran hidup dengan baik. Ibu bapa dan golongan pendidik perlu memberi perhatian serius kepada perkara ini khususnya berkaitan penggunaan sumber digital. Perhatian yang dilakukan dengan baik bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi secara optimum, tetapi juga selari dengan nilai-nilai Islam yang menekankan keseimbangan dan keharmonian dalam pembentukan jati diri kanak-kanak.
Title: Penggunaan Sumber Digital dan Perkembangan Sosio-Emosi Kanak-Kanak: Tinjauan Perspektif Islam
Description:
Realiti hari ini memperlihatkan kanak-kanak telah didedahkan kepada sumber digital seawal usia kecil.
Tentunya pendedahan ini memberi impak secara langsung kepada aspek dan kemahiran sosio-emosi kanak-kanak.
Islam menekankan agar kemudahan sumber digital ini dapat dimanfaatkan dengan baik lebih-lebih lagi apabila melibatkan golongan kanak-kanak supaya ia memberi implikasi positif dalam segenap aspek.
Melihat kepada fenomena dan kedudukan ini, maka artikel ini bertujuan menyorot perbincangan literatur dari sumber-sumber dan ideologi Islam mengenai kedudukan sosio-emosi kanak-kanak bagi memastikan penggunaan sumber digital dapat dimanfaatkan ke arah perkembangan positif kanak-kanak.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis data sekunder sebagai metodologi kajian.
Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan.
Dapatan kajian mendapati banyak penekanan Islam yang membincangkan tentang perkembangan sosio-emosi kanak-kanak.
Secara umum, dapatan kajian menunjukkan bahawa perhatian serius perlu diberikan kepada aspek sosio-emosi kanak-kanak bagi mengelakkan berlakunya tingkah laku yang tidak diingini serta memastikan kanak-kanak mampu mendepani cabaran hidup dengan baik.
Ibu bapa dan golongan pendidik perlu memberi perhatian serius kepada perkara ini khususnya berkaitan penggunaan sumber digital.
Perhatian yang dilakukan dengan baik bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi secara optimum, tetapi juga selari dengan nilai-nilai Islam yang menekankan keseimbangan dan keharmonian dalam pembentukan jati diri kanak-kanak.

Related Results

Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Cerpen kanak-kanak masa kini telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. ...
Penderaan Emosi terhadap Kanak-kanak dari sudut Perundangan
Penderaan Emosi terhadap Kanak-kanak dari sudut Perundangan
Kanak-kanak merupakan modal insan yang signifikan terhadap sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan ...
Dinamika Emosi Tokoh Kinan dalam Novel Layangan Putus Karya Mommy Asf
Dinamika Emosi Tokoh Kinan dalam Novel Layangan Putus Karya Mommy Asf
Tujuan penelitian ini adalah untuk mendeskripsikan dinamika emosi Kinan dalam novel Layangan Putus Karya Mommy Asf. Pendekatan yang digunakan adalah Psikologi Sastra. Metode yang d...
Penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah
Penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah
Kajian ini bertujuan mengenal pasti penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah. Seramai 65 orang ibu bapa yang mempunyai anak berusia lima dan enam tahun telah m...
Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI
Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI
Persekitaran pembelajaran di luar kelas merupakan salah satu faktor utama dalam mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika. Perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika ...
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Kebergantungan kanak-kanak pada orang dewasa adalah perkara yang normal disebabkan mereka masih dalam fasa perkembangan dan pembentukan diri. Di sekolah, orang dewasa yang bersama ...
KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...

Back to Top