Javascript must be enabled to continue!
Kesan Modul Literasi Awal Terhadap Pencapaian Kemahiran Literasi Awal Bagi Kanak-Kanak Taska
View through CrossRef
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan Modul Literasi Awal (Modul Lit-A) terhadap pencapaian kemahiran literasi awal bagi kanak-kanak TASKA yang berumur 2+ dan 3+ tahun. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah kuasi eksperimen, iaitu Reka Bentuk Ujian Pra-Pasca bagi Kumpulan-kumpulan Tidak Seimbang. Kajian ini melibatkan sampel kanak-kanak berumur 2+ dan 3+ tahun yang berjumlah 95 orang kanak-kanak. Kanak-kanak dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan rawatan seramai 45 kanak-kanak yang menggunakan Modul Lit-A, dan kumpulan kawalan seramai 50 kanak-kanak yang menggunakan pembelajaran biasa. Dapatan kajian menunjukkan Modul Lit-A dapat meningkatkan kemahiran literasi awal secara keseluruhan bagi kanak-kanak berumur 2+ tahun secara signifikan, tetapi tidak signifikan bagi kanak-kanak berumur 3+ tahun. Namun begitu, dapatan mengikut komponen kemahiran literasi awal menunjukkan Modul Lit-A memberi kesan yang signifikan berbeza mengikut umur kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berumur 2+ tahun, Modul Lit-A dapat meningkatkan komponen bahasa dan komunikasi, konsep cetakan dan cetakan persekitaran, dan fonemik dan fonetik secara signifikan, manakala bagi kanak-kanak berumur 3+ tahun Modul Lit-A dapat meningkatkan komponen fonemik dan fonetik, dan tulisan awal secara signifikan. Implikasi kajian menunjukkan peringkat perkembangan literasi awal berbeza mengikut umur kanak-kanak kerana kanak-kanak berumur 2+ tahun berfokus kepada perkembangan bahasa dan pemunculan literasi, sementara kanak-kanak berumur 3+ tahun berfokus kepada peringkat perkembangan pemunculan literasi dan literasi awal. Kajian ini mencadangkan supaya bahasa dan komunikasi, bacaan dan kefahaman naratif, dan koloborasi teknologi maklumat dan komunikasi diberikan perhatian dalam pembelajaran kemahiran literasi awal kanak-kanak bagi penyediaan modal insan ke arah abad ke-21.
Universiti Sultan Azlan Shah
Title: Kesan Modul Literasi Awal Terhadap Pencapaian Kemahiran Literasi Awal Bagi Kanak-Kanak Taska
Description:
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan Modul Literasi Awal (Modul Lit-A) terhadap pencapaian kemahiran literasi awal bagi kanak-kanak TASKA yang berumur 2+ dan 3+ tahun.
Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah kuasi eksperimen, iaitu Reka Bentuk Ujian Pra-Pasca bagi Kumpulan-kumpulan Tidak Seimbang.
Kajian ini melibatkan sampel kanak-kanak berumur 2+ dan 3+ tahun yang berjumlah 95 orang kanak-kanak.
Kanak-kanak dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan rawatan seramai 45 kanak-kanak yang menggunakan Modul Lit-A, dan kumpulan kawalan seramai 50 kanak-kanak yang menggunakan pembelajaran biasa.
Dapatan kajian menunjukkan Modul Lit-A dapat meningkatkan kemahiran literasi awal secara keseluruhan bagi kanak-kanak berumur 2+ tahun secara signifikan, tetapi tidak signifikan bagi kanak-kanak berumur 3+ tahun.
Namun begitu, dapatan mengikut komponen kemahiran literasi awal menunjukkan Modul Lit-A memberi kesan yang signifikan berbeza mengikut umur kanak-kanak.
Bagi kanak-kanak berumur 2+ tahun, Modul Lit-A dapat meningkatkan komponen bahasa dan komunikasi, konsep cetakan dan cetakan persekitaran, dan fonemik dan fonetik secara signifikan, manakala bagi kanak-kanak berumur 3+ tahun Modul Lit-A dapat meningkatkan komponen fonemik dan fonetik, dan tulisan awal secara signifikan.
Implikasi kajian menunjukkan peringkat perkembangan literasi awal berbeza mengikut umur kanak-kanak kerana kanak-kanak berumur 2+ tahun berfokus kepada perkembangan bahasa dan pemunculan literasi, sementara kanak-kanak berumur 3+ tahun berfokus kepada peringkat perkembangan pemunculan literasi dan literasi awal.
Kajian ini mencadangkan supaya bahasa dan komunikasi, bacaan dan kefahaman naratif, dan koloborasi teknologi maklumat dan komunikasi diberikan perhatian dalam pembelajaran kemahiran literasi awal kanak-kanak bagi penyediaan modal insan ke arah abad ke-21.
Related Results
Menilai Tahap Pengaruh Peranti Digital Terhadap Perkembangan Kanak-kanak dalam Meningkatkan Fasih Digital bagi Kanak-kanak Berusia 5-6 Tahun
Menilai Tahap Pengaruh Peranti Digital Terhadap Perkembangan Kanak-kanak dalam Meningkatkan Fasih Digital bagi Kanak-kanak Berusia 5-6 Tahun
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengaruh penggunaan peranti digital terhadap perkembangan kemahiran digital kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun. Seiring dengan perkembang...
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Cerpen kanak-kanak masa kini telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. ...
Kefahaman dan amalan guru dalam pengurusan tingkah laku Disruptif Kanak-kanak Taska di Kuala Lumpur
Kefahaman dan amalan guru dalam pengurusan tingkah laku Disruptif Kanak-kanak Taska di Kuala Lumpur
Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti kefahaman dan amalan guru terhadap pengurusan tingkah laku disruptif kanak-kanak TASKA di Kuala Lumpur. Selain itu, ka...
Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu
Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu
Traditionally, the problem of children behavioural adjustment was linked to the factors of surrounding environment and biology. This universal phenomenon occurring all over the wor...
Pendidikan pemakanan berasaskan keperluan tenaga dan selera makan kanak-kanak bantut: Satu pendekatan novel
Pendidikan pemakanan berasaskan keperluan tenaga dan selera makan kanak-kanak bantut: Satu pendekatan novel
Pendidikan pemakanan merupakan salah satu strategi untuk membentuk kefahaman kanak-kanak terhadap pengambilan makanan yang mencukupi dan bernutrisi. Namun demikian, kajian terdahul...
Pembangunan kad bacaan dalam membantu kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun
Pembangunan kad bacaan dalam membantu kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun
Kajian ini bertujuan membangunkan permainan kad bacaan dengan mengintegrasikan kaedah belajar sambil bermain bagi kanak-kanak 4 tahun. Jadi, objektif kajian ini adalah untuk memban...
Penilaian Kebolehgunaan Modul Pengajaran Kemahiran Bacaan Awal bagi Kanak-Kanak Ketidakupayaan Penglihatan Prasekolah
Penilaian Kebolehgunaan Modul Pengajaran Kemahiran Bacaan Awal bagi Kanak-Kanak Ketidakupayaan Penglihatan Prasekolah
This study aims to assess the applicability of the Braille Early Reading Skills module based on the a-J+3+6 method for children with visual impairment (CVI) preschool. The main iss...
Ekplorasi seni visual melalui aktiviti lakaran asas terhadap kanak-kanak prasekolah
Ekplorasi seni visual melalui aktiviti lakaran asas terhadap kanak-kanak prasekolah
Penyelidikan ini mendedahkan ekplorasi estetika lakaran asas dalam aktiviti pendidikan kanak-kanak prasekolah terhadap kemahiran seni visual. Melalui lapangan pendidikan seni visua...

