Javascript must be enabled to continue!
Kefahaman dan amalan guru dalam pengurusan tingkah laku Disruptif Kanak-kanak Taska di Kuala Lumpur
View through CrossRef
Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti kefahaman dan amalan guru terhadap pengurusan tingkah laku disruptif kanak-kanak TASKA di Kuala Lumpur. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk hubungan antara kefahaman guru dengan amalan guru dalam pengurusan tingkah laku seawal usia TASKA 1 hingga 4 tahun. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui borang soal selidik. Seramai 97 orang guru TASKA di kawasan Kuala Lumpur dipilih secara rawak sebagai sampel. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27 melibatkan statistik deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian menunjukkan min kefahaman adalah 4.36 dengan sisihan piawai 0.40. Manakala min amalan guru pula adalah 3.91 dengan sisihan piawai iaitu 0.49. Hasil analisis data menunjukkan bahawa tahap kefahaman dan tahap amalan berada pada tahap yang tinggi. Analisis korelasi menggunakan korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman dan amalan guru terhadap pengurusan tingkah laku disruptif kanak-kanak TASKA. Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa nilai r ialah 0.5333 iaitu terdapat hubungan yang positif natara dua pemboleh ubah tersebut. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa guru TASKA yang mempunyai kefahaman yang baik akan mewujudkan amalan yang berkesan dalam pengurusan tingkah laku disruptif kanak-kanak di usia awal TASKA. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa guru yang memiliki kefahaman yang tinggi dapat membantu bagi pengurusan masalah tingkah laku disruptif dalam kalangan kanak-kanak TASKA.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Kefahaman dan amalan guru dalam pengurusan tingkah laku Disruptif Kanak-kanak Taska di Kuala Lumpur
Description:
Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti kefahaman dan amalan guru terhadap pengurusan tingkah laku disruptif kanak-kanak TASKA di Kuala Lumpur.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk hubungan antara kefahaman guru dengan amalan guru dalam pengurusan tingkah laku seawal usia TASKA 1 hingga 4 tahun.
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui borang soal selidik.
Seramai 97 orang guru TASKA di kawasan Kuala Lumpur dipilih secara rawak sebagai sampel.
Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27 melibatkan statistik deskriptif dan analisis inferensi.
Dapatan kajian menunjukkan min kefahaman adalah 4.
36 dengan sisihan piawai 0.
40.
Manakala min amalan guru pula adalah 3.
91 dengan sisihan piawai iaitu 0.
49.
Hasil analisis data menunjukkan bahawa tahap kefahaman dan tahap amalan berada pada tahap yang tinggi.
Analisis korelasi menggunakan korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman dan amalan guru terhadap pengurusan tingkah laku disruptif kanak-kanak TASKA.
Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa nilai r ialah 0.
5333 iaitu terdapat hubungan yang positif natara dua pemboleh ubah tersebut.
Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa guru TASKA yang mempunyai kefahaman yang baik akan mewujudkan amalan yang berkesan dalam pengurusan tingkah laku disruptif kanak-kanak di usia awal TASKA.
Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa guru yang memiliki kefahaman yang tinggi dapat membantu bagi pengurusan masalah tingkah laku disruptif dalam kalangan kanak-kanak TASKA.
Related Results
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktre...
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Cerpen kanak-kanak masa kini telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. ...
Pendidikan pemakanan berasaskan keperluan tenaga dan selera makan kanak-kanak bantut: Satu pendekatan novel
Pendidikan pemakanan berasaskan keperluan tenaga dan selera makan kanak-kanak bantut: Satu pendekatan novel
Pendidikan pemakanan merupakan salah satu strategi untuk membentuk kefahaman kanak-kanak terhadap pengambilan makanan yang mencukupi dan bernutrisi. Namun demikian, kajian terdahul...
Pengaruh Amalan Sogit dan Pamali terhadap Pembentukan Tingkah Laku Kanak-Kanak di Sabah dan Indonesia
Pengaruh Amalan Sogit dan Pamali terhadap Pembentukan Tingkah Laku Kanak-Kanak di Sabah dan Indonesia
Kajian ini bertujuan untuk memahami pengaruh amalan sogit dan pamali terhadap pembentukan tingkah laku kanak-kanak di Sabah dan Indonesia. Amalan sogit dan pamali merupakan sebahag...
Management Accounting And Risk Management Practices In Financial Institutions
Management Accounting And Risk Management Practices In Financial Institutions
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk melaporkan hasil kajian terhadap amalan perakaunan pengurusan dan amalan pengurusan risiko di institusi kewangan. Data dikutip menggunakan bora...
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Kebergantungan kanak-kanak pada orang dewasa adalah perkara yang normal disebabkan mereka masih dalam fasa perkembangan dan pembentukan diri. Di sekolah, orang dewasa yang bersama ...
Keupayaan Pengurusan Intelektualisme Kanak-kanak dalam kekuasaan animasi Upin dan Ipin
Keupayaan Pengurusan Intelektualisme Kanak-kanak dalam kekuasaan animasi Upin dan Ipin
Kemajuan pembangunan teknologi dan perisian yang memberangsangkan dalam evolusi animasi tempatan menular seiring dengan proses perkembangan intelektualisme kanak-kanak. Kekaguman d...
Menilai Tahap Pengaruh Peranti Digital Terhadap Perkembangan Kanak-kanak dalam Meningkatkan Fasih Digital bagi Kanak-kanak Berusia 5-6 Tahun
Menilai Tahap Pengaruh Peranti Digital Terhadap Perkembangan Kanak-kanak dalam Meningkatkan Fasih Digital bagi Kanak-kanak Berusia 5-6 Tahun
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengaruh penggunaan peranti digital terhadap perkembangan kemahiran digital kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun. Seiring dengan perkembang...

