Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pengaruh Amalan Sogit dan Pamali terhadap Pembentukan Tingkah Laku Kanak-Kanak di Sabah dan Indonesia

View through CrossRef
Kajian ini bertujuan untuk memahami pengaruh amalan sogit dan pamali terhadap pembentukan tingkah laku kanak-kanak di Sabah dan Indonesia. Amalan sogit dan pamali merupakan sebahagian daripada sistem nilai budaya masyarakat tempatan yang berfungsi sebagai mekanisme sosial dalam mendidik dan membentuk disiplin moral sejak usia awal. Objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti tahap kefahaman masyarakat di Sabah dan Indonesia mengenai amalan sogit dan pamali, menjelaskan perbandingan dan persamaan amalan sogit dan pamali, dan meneliti sejauhmana amalan sogit dan pamali masih relevan dan diamalkan oleh masyarakat Sabah dan Indonesia sehingga kini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur yang melibatkan peserta daripada komuniti tempatan di Sabah dan beberapa wilayah di Indonesia. Analisis tematik digunakan bagi mengenalpasti tema-tema utama kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sogit dan pamali berperanan penting dalam membentuk tingkah laku patuh, hormat, dan berdisiplin dalam kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, terdapat juga cabaran dalam mengekalkan kefahaman terhadap amalan ini dalam konteks moden yang semakin terdedah kepada pengaruh luar. Secara keseluruhannya, kajian ini menegaskan kepentingan pemeliharaan nilai budaya tradisional sebagai asas kepada pembentukan moral dan identiti sosial kanak-kanak di kedua-dua negara.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Title: Pengaruh Amalan Sogit dan Pamali terhadap Pembentukan Tingkah Laku Kanak-Kanak di Sabah dan Indonesia
Description:
Kajian ini bertujuan untuk memahami pengaruh amalan sogit dan pamali terhadap pembentukan tingkah laku kanak-kanak di Sabah dan Indonesia.
Amalan sogit dan pamali merupakan sebahagian daripada sistem nilai budaya masyarakat tempatan yang berfungsi sebagai mekanisme sosial dalam mendidik dan membentuk disiplin moral sejak usia awal.
Objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti tahap kefahaman masyarakat di Sabah dan Indonesia mengenai amalan sogit dan pamali, menjelaskan perbandingan dan persamaan amalan sogit dan pamali, dan meneliti sejauhmana amalan sogit dan pamali masih relevan dan diamalkan oleh masyarakat Sabah dan Indonesia sehingga kini.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur yang melibatkan peserta daripada komuniti tempatan di Sabah dan beberapa wilayah di Indonesia.
Analisis tematik digunakan bagi mengenalpasti tema-tema utama kajian.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa sogit dan pamali berperanan penting dalam membentuk tingkah laku patuh, hormat, dan berdisiplin dalam kalangan kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, terdapat juga cabaran dalam mengekalkan kefahaman terhadap amalan ini dalam konteks moden yang semakin terdedah kepada pengaruh luar.
Secara keseluruhannya, kajian ini menegaskan kepentingan pemeliharaan nilai budaya tradisional sebagai asas kepada pembentukan moral dan identiti sosial kanak-kanak di kedua-dua negara.

Related Results

AMALAN SOGIT DALAM KALANGAN MASYARAKAT DUSUN DI RANAU, SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF SOSIOBUDAYA DAN HUKUM ISLAM
AMALAN SOGIT DALAM KALANGAN MASYARAKAT DUSUN DI RANAU, SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF SOSIOBUDAYA DAN HUKUM ISLAM
Etnik Dusun merupakan kumpulan etnik yang terbesar di negeri Sabah. Majoriti daripada etnik ini telah memeluk agama Islam. Walau bagaimanapun, kesinambungan kepercayaan tradisional...
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktre...
Kefahaman dan amalan guru dalam pengurusan tingkah laku Disruptif Kanak-kanak Taska di Kuala Lumpur
Kefahaman dan amalan guru dalam pengurusan tingkah laku Disruptif Kanak-kanak Taska di Kuala Lumpur
Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti kefahaman dan amalan guru terhadap pengurusan tingkah laku disruptif kanak-kanak TASKA di Kuala Lumpur. Selain itu, ka...
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan
Cerpen kanak-kanak masa kini telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. ...
Studi Eksploratif: Mengetahui Sumber, Makna, dan Respon Masyarakat Sunda Terhadap Budaya Pamali
Studi Eksploratif: Mengetahui Sumber, Makna, dan Respon Masyarakat Sunda Terhadap Budaya Pamali
Pamali diartikan sebagai sesuatu yang tidak diperbolehkan dan tidak boleh dilanggar, apabila pamali ini dilanggar dapat berdampak buruk kepada orang yang melanggarnya. Pamali juga ...
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Kebergantungan kanak-kanak pada orang dewasa adalah perkara yang normal disebabkan mereka masih dalam fasa perkembangan dan pembentukan diri. Di sekolah, orang dewasa yang bersama ...

Back to Top