Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas

View through CrossRef
Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas untuk semua individu termasuk murid-murid berkeperluan pendidikan khas. Oleh itu, pengetahuan guru prasekolah merupakan antara aspek penting dalam membantu murid-murid berkeperluan pendidikan khas ini untuk menerima pendidikan yang berkualiti seawal usia 5-6 tahun lagi. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap murid berkeperluan pendidikan khas. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Sampel bagi kajian ini adalah terdiri daripada 80 orang guru prasekolah di daerah Kota Tinggi yang dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang di adaptasi daripada Senarai Semak Penerimaan Kepelbagaian yang kemudiannya diedarkan kepada responden melalui Google Form. Data yang diterima dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) dan diterjemahkan di dalam bentuk frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap murid-murid berkeperluan pendidikan khas adalah sederhana tinggi. Hasil daripada kajian ini dapat membantu memberikan maklumat mengenai kepentingan tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap murid-murid berkeperluan pendidikan khas. Kesimpulannya, guru prasekolah haruslah berusaha dalam meningkatkan lagi tahap pengetahuan mereka agar dapat membantu menggalakkan lagi perkembangan murid-murid berkeperluan pendidikan khas ini semenjak peringkat prasekolah lagi.
Asian Scholars Network
Title: Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Description:
Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas untuk semua individu termasuk murid-murid berkeperluan pendidikan khas.
Oleh itu, pengetahuan guru prasekolah merupakan antara aspek penting dalam membantu murid-murid berkeperluan pendidikan khas ini untuk menerima pendidikan yang berkualiti seawal usia 5-6 tahun lagi.
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap murid berkeperluan pendidikan khas.
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan.
Sampel bagi kajian ini adalah terdiri daripada 80 orang guru prasekolah di daerah Kota Tinggi yang dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah.
Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang di adaptasi daripada Senarai Semak Penerimaan Kepelbagaian yang kemudiannya diedarkan kepada responden melalui Google Form.
Data yang diterima dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) dan diterjemahkan di dalam bentuk frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai.
Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap murid-murid berkeperluan pendidikan khas adalah sederhana tinggi.
Hasil daripada kajian ini dapat membantu memberikan maklumat mengenai kepentingan tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap murid-murid berkeperluan pendidikan khas.
Kesimpulannya, guru prasekolah haruslah berusaha dalam meningkatkan lagi tahap pengetahuan mereka agar dapat membantu menggalakkan lagi perkembangan murid-murid berkeperluan pendidikan khas ini semenjak peringkat prasekolah lagi.

Related Results

Pengaplikasian Permainan ‘JeWo’ Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka KV + KV Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pengaplikasian Permainan ‘JeWo’ Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka KV + KV Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Keupayaan membaca bagi murid-murid berkeperluan khas dipengaruhi oleh keupayaan murid itu sendiri. Kekeliruan dalam pengamatan bahasa sedikit sebanyak mempengaruhi emosi, pengalama...
Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Model pengajaran berkualiti guru mengandungi beberapa elemen yang penting seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengetahuan pen...
Tahap Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Autisme
Tahap Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Autisme
Prasekolah merupakan permulaan bagi pendidikan awal seorang kanak-kanak secara formal dan ianya tiada limitasi walau apapun perkembangan dan pertumbuhan mereka. Kajian ini dijalank...
Pendidikan Islam bagi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas: Guru sebagai Murabbi
Pendidikan Islam bagi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas: Guru sebagai Murabbi
Children with special needs are responsible in playing their role as servant and caliph of Allah. Therefore, Islamic Education teachers are highly accountable in educating and guid...
Analisis pemupukan kemahiran berfikir dalam kalangan murid prasekolah pendidikan khas masalah pembelajaran
Analisis pemupukan kemahiran berfikir dalam kalangan murid prasekolah pendidikan khas masalah pembelajaran
Mulai tahun 2015, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) mensasarkan semua murid prasekolah daripada pelbagai peringkat akan berupaya mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan ...
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh  minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru terhadap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah me...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...

Back to Top