Javascript must be enabled to continue!
KEBERKESANAN PLATFORM TECHDEEN DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN FEQAH KSSM TINGKATAN LIMA
View through CrossRef
Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam era Revolusi Industri 4.0 telah mendorong transformasi dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran, termasuk dalam bidang Pendidikan Islam. Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai keberkesanan laman web pembelajaran digital TechDeen sebagai medium sokongan pembelajaran bagi topik Feqah Tingkatan Lima Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Pembangunan TechDeen memberi tumpuan kepada penyediaan nota ringkas, kandungan visual serta elemen interaktif seperti kuiz dan permainan pendidikan bagi meningkatkan kefahaman, motivasi dan penglibatan pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif deskriptif dengan kaedah pengumpulan data melalui soal selidik dalam talian menggunakan Google Form. Seramai 125 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima, guru Pendidikan Islam dan ibu bapa terlibat sebagai sampel kajian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi menilai tahap kefahaman, kebolehgunaan serta penerimaan pengguna terhadap platform TechDeen. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman pelajar terhadap semua tajuk Feqah berada pada tahap tinggi, dengan majoriti responden memberikan maklum balas positif terhadap reka bentuk, kekemasan dan keberkesanan platform sebagai bahan pembelajaran dan ulang kaji. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa integrasi teknologi digital melalui pembangunan laman web TechDeen berpotensi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam serta menyokong pelaksanaan pedagogi abad ke-21 secara lebih interaktif dan berpusatkan pelajar.
Title: KEBERKESANAN PLATFORM TECHDEEN DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN FEQAH KSSM TINGKATAN LIMA
Description:
Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam era Revolusi Industri 4.
0 telah mendorong transformasi dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran, termasuk dalam bidang Pendidikan Islam.
Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai keberkesanan laman web pembelajaran digital TechDeen sebagai medium sokongan pembelajaran bagi topik Feqah Tingkatan Lima Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Pembangunan TechDeen memberi tumpuan kepada penyediaan nota ringkas, kandungan visual serta elemen interaktif seperti kuiz dan permainan pendidikan bagi meningkatkan kefahaman, motivasi dan penglibatan pelajar.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif deskriptif dengan kaedah pengumpulan data melalui soal selidik dalam talian menggunakan Google Form.
Seramai 125 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima, guru Pendidikan Islam dan ibu bapa terlibat sebagai sampel kajian.
Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi menilai tahap kefahaman, kebolehgunaan serta penerimaan pengguna terhadap platform TechDeen.
Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman pelajar terhadap semua tajuk Feqah berada pada tahap tinggi, dengan majoriti responden memberikan maklum balas positif terhadap reka bentuk, kekemasan dan keberkesanan platform sebagai bahan pembelajaran dan ulang kaji.
Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa integrasi teknologi digital melalui pembangunan laman web TechDeen berpotensi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam serta menyokong pelaksanaan pedagogi abad ke-21 secara lebih interaktif dan berpusatkan pelajar.
Related Results
Tingkat Performa Fisik Atlet Bulutangkis Usia Remaja PB. SAM Mobil Kabupaten Sumenep
Tingkat Performa Fisik Atlet Bulutangkis Usia Remaja PB. SAM Mobil Kabupaten Sumenep
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui tingkat performa fisik pemain bulu tangkis remaja di klub PB. Sam Mobil, Kabupaten Sumenep. Metode yang digunakan dalam penelitian ini ada...
[Mad Far’i Theory from The Qiraat Knowledge Perspective] Teori Hukum Mad Far’i dari Perspektif Ilmu Qiraat
[Mad Far’i Theory from The Qiraat Knowledge Perspective] Teori Hukum Mad Far’i dari Perspektif Ilmu Qiraat
The theory of mad far’i was created by qurra´ to ensure the lengthenings of any mad are within the guides outlined in mutawatirah readings. However, there is still confusion in ter...
Kefahaman dan amalan guru dalam pengurusan tingkah laku Disruptif Kanak-kanak Taska di Kuala Lumpur
Kefahaman dan amalan guru dalam pengurusan tingkah laku Disruptif Kanak-kanak Taska di Kuala Lumpur
Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti kefahaman dan amalan guru terhadap pengurusan tingkah laku disruptif kanak-kanak TASKA di Kuala Lumpur. Selain itu, ka...
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
ABSTRAK Artikel ini berkaitan tahap kefahaman belia mengenai Gagasan 1Malaysia secara umum dan tahap kefahaman belia mengikut kaum. Secara keseluruhan, seramai 1600 orang responde...
TRANSFORMASI PEMBELAJARAN TINGKATAN 4: KEBERKESANAN DAN PENERIMAAN E-FAITH4U
TRANSFORMASI PEMBELAJARAN TINGKATAN 4: KEBERKESANAN DAN PENERIMAAN E-FAITH4U
Dalam era digital abad ke-21, integrasi platform pembelajaran digital amat diperlukan untuk meningkatkan kefahaman pelajar Pendidikan Islam di tengah cabaran adaptasi teknologi yan...
INTEGRASI LAMAN WEB E-FIQHUNA DALAM PEMBELAJARAN FIQH : SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF SEKOLAH MENENGAH
INTEGRASI LAMAN WEB E-FIQHUNA DALAM PEMBELAJARAN FIQH : SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF SEKOLAH MENENGAH
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) Fiqah di sekolah menengah masih banyak bergantung kepada kaedah tradisional yang berpusatkan guru, menyebabkan tahap kefahaman, motivasi dan pengl...
Keberkesanan Media Sosial dan Strategi Keunikannya Bagi Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah
Keberkesanan Media Sosial dan Strategi Keunikannya Bagi Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah
Penggunaan media sosial dalam kempen kesihatan di Malaysia kebelakangan ini dilihat kian dipentingkan. Senario positif ini memberikan gambaran bahawa pelbagai pihak mulai melihat k...
KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
Akhlak yang baik adalah hasil daripada kefahaman ilmu pengetahuan yang diperolehi secara formal dan tidak formal. Dewasa ini, kepincangan akhlak timbul dalam masyakat yang sukar di...

