Javascript must be enabled to continue!
Keberkesanan Media Sosial dan Strategi Keunikannya Bagi Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah
View through CrossRef
Penggunaan media sosial dalam kempen kesihatan di Malaysia kebelakangan ini dilihat kian dipentingkan. Senario positif ini memberikan gambaran bahawa pelbagai pihak mulai melihat kelebihan yang dimiliki oleh medium ini dalam membantu menangani isu-isu yang menjadi risiko dan ancaman kepada kesihatan awam. Walau bagaimanapun, kajian-kajian yang dijalankan bagi menilai keberkesanan medium ini dalam kempen kesihatan awam umumnya dan Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah khususnya dilihat amatlah terhad. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai tahap keberkesanan media sosial dan strategi keunikannya dalam Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah di Malaysia. Reka bentuk kajian keratan rentas kaedah campuran digunakan bagi kajian ini iaitu kaedah kuantitatif (survei) dan kaedah kualitatif (temu bual mendalam). Sejumlah 400 orang responden direkrut bagi perolehan data survei dan seramai 12 orang informan direkrut bagi perolehan data temu bual mendalam. Dapatan utama survei menunjukkan bahawa keberkesanan strategi keunikan media sosial adalah di tahap yang tinggi. Manakala, dapatan utama temu bual mendalam pula menunjukkan bahawa adanya keberkesanan media sosial AADK dari segi (1) keupayaannya membantu pihak AADK dalam konteks kebolehgunaannya yang mudah dan murah, (2) keupayaannya membantu mempengaruhi masyarakat, (3) perolehan sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat, (4) perolehan capaian yang tinggi, serta (5) strategi keunikan berjaya menarik perhatian masyarakat. Secara keseluruhannya, penggunaan media sosial dalam Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah di negara ini mempunyai keberkesanan. Penggunaan medium ini wajar diteruskan serta diperhebatkan lagi dengan strategi yang lebih kreatif dan inovatif sekaligus meningkatkan keberkesanan sedia ada. Kata kunci: Media Sosial, kempen, dadah, belia, Malaysia.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Keberkesanan Media Sosial dan Strategi Keunikannya Bagi Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah
Description:
Penggunaan media sosial dalam kempen kesihatan di Malaysia kebelakangan ini dilihat kian dipentingkan.
Senario positif ini memberikan gambaran bahawa pelbagai pihak mulai melihat kelebihan yang dimiliki oleh medium ini dalam membantu menangani isu-isu yang menjadi risiko dan ancaman kepada kesihatan awam.
Walau bagaimanapun, kajian-kajian yang dijalankan bagi menilai keberkesanan medium ini dalam kempen kesihatan awam umumnya dan Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah khususnya dilihat amatlah terhad.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai tahap keberkesanan media sosial dan strategi keunikannya dalam Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah di Malaysia.
Reka bentuk kajian keratan rentas kaedah campuran digunakan bagi kajian ini iaitu kaedah kuantitatif (survei) dan kaedah kualitatif (temu bual mendalam).
Sejumlah 400 orang responden direkrut bagi perolehan data survei dan seramai 12 orang informan direkrut bagi perolehan data temu bual mendalam.
Dapatan utama survei menunjukkan bahawa keberkesanan strategi keunikan media sosial adalah di tahap yang tinggi.
Manakala, dapatan utama temu bual mendalam pula menunjukkan bahawa adanya keberkesanan media sosial AADK dari segi (1) keupayaannya membantu pihak AADK dalam konteks kebolehgunaannya yang mudah dan murah, (2) keupayaannya membantu mempengaruhi masyarakat, (3) perolehan sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat, (4) perolehan capaian yang tinggi, serta (5) strategi keunikan berjaya menarik perhatian masyarakat.
Secara keseluruhannya, penggunaan media sosial dalam Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah di negara ini mempunyai keberkesanan.
Penggunaan medium ini wajar diteruskan serta diperhebatkan lagi dengan strategi yang lebih kreatif dan inovatif sekaligus meningkatkan keberkesanan sedia ada.
Kata kunci: Media Sosial, kempen, dadah, belia, Malaysia.
Related Results
SIMPTOM KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PENAGIH DADAH WANITA DI PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH
SIMPTOM KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PENAGIH DADAH WANITA DI PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti simptom kemurungan dalam kalangan penagih dadah wanita yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan penagihan dadah. Pengenal pastian simpt...
Keberkesanan Modul Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Dan Bahan Berasaskan Kerohanian, Ketegasan Kendiri, Dan Pengetahuan (MPDKKP) Terhadap Penyalahgunaan Dadah Dan Bahan
Keberkesanan Modul Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Dan Bahan Berasaskan Kerohanian, Ketegasan Kendiri, Dan Pengetahuan (MPDKKP) Terhadap Penyalahgunaan Dadah Dan Bahan
Kajian keberkesanan modul pencegahan penyalahgunaan dadah dan bahan yang berasaskan kerohanian telah dilaksanakan oleh penyelidik kepada belia yang tinggal di sebuah daerah berisik...
KESEDARAN KOMUNITI TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH DI SABAH: PEMBERDAYAAN KOMUNITI
KESEDARAN KOMUNITI TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH DI SABAH: PEMBERDAYAAN KOMUNITI
Community Empowerment adalah salah satu strategi utama Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Ia adalah satu agenda untuk merekayasa komuniti b...
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Implikasi Keterlibatan Audien Belia Dengan Kempen Perpaduan Di Televisyen: Perbandingan Belia Melayu Dan Bukan Melayu
Masyarakat Malaysia khususnya golongan belia sering disajikan dengan kempen- kempen perpaduan di saluran televisyen dalam negara. Ini adalah kerana televisyen dikatakan antara salu...
[Drug Addiction Among Female Drug Addicts at Puspen Bachok, Kelantan: A Pilot Study on Appreciation of Aqidah] Ketagihan Dadah di kalangan Penagih Dadah Wanita di Puspen Bachok, Kelantan: Kajian Rintis Mengenai Penghayatan Aqidah
[Drug Addiction Among Female Drug Addicts at Puspen Bachok, Kelantan: A Pilot Study on Appreciation of Aqidah] Ketagihan Dadah di kalangan Penagih Dadah Wanita di Puspen Bachok, Kelantan: Kajian Rintis Mengenai Penghayatan Aqidah
According to the National Anti-Drugs Agency (NADA), the number of female drug addicts has been decreasing in the period of 2009 to 2013. The highest amount was recorded in 2010 wit...
Apakah yang Dilakukan oleh Pekerja Sosial Dadah?
Apakah yang Dilakukan oleh Pekerja Sosial Dadah?
Kertas kerja ini merupakan satu kertas konsep yang berkongsi pengalaman penulis sebagai Ahli Lembaga Hakim Pelawat di Sekolah Henry Gurney Keningau dan Penjara Kota Kinabalu serta ...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...

