Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Keberkesanan Modul Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Dan Bahan Berasaskan Kerohanian, Ketegasan Kendiri, Dan Pengetahuan (MPDKKP) Terhadap Penyalahgunaan Dadah Dan Bahan

View through CrossRef
Kajian keberkesanan modul pencegahan penyalahgunaan dadah dan bahan yang berasaskan kerohanian telah dilaksanakan oleh penyelidik kepada belia yang tinggal di sebuah daerah berisiko tinggi di utara semenanjung Malaysia. Objektif utama kajian ini ialah melihat kesan modul kerohanian pencegahan penyalahgunaan dadah terhadap (1) kerohanian, (2) ketegasan kendiri dan (3) pengetahuan mereka terhadap penyalahgunaan bahan dan dadah. Sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan bagi peringkat pra dan pasca. Kajian ini menggunakan rekabentuk Eksperimen Tulen yang melibatkan dua buah kumpulan belia dari Kawasan zon yang berbeza dan setiap kumpulan terdiri daripada 33 orang (kumpulan eksperiman dan kawalan). Intervensi berbentuk psikopendidikan sebanyak 7 sesi pertemuan diberikan kepada kumpulan eksperimen manakala kumpulan kawalan tidak diberi sebarang intervensi. Hasil daripada perbandingan ujian pra dan pasca menunjukkan bahawa terdapat peningkatan nilai min yang signifikan bagi kerohanian (nilai min dari ujian pra = 172.24 dan ujian pasca = 188.12), ketegasan kendiri (nilai min dari ujian pra = 99.48 dan ujian pasca = 106.42) dan pengetahuan tentang penyalahgunaan dadah (nilai min dari ujian pra = 57.59 dan ujian pasca = 65.61) untuk kumpulan eksperimen yang melalui intervensi yang diberikan oleh fasilitator terlatih menggunakan modul kerohanian ini. Hasil keputusan min kumpulan kawalan pula menunjukkan tiada peningkatan min bagi ketiga-tiga pembolehubah yang dikaji. Daripada hasil keputusan kajian ini boleh dirumuskan bahawa modul MPDKKP dalam pencegahan penyalahgunaan dadah ini dapat membantu para belia dari terjebak dengan penyalahgunaan bahan dan dadah serta menikmati hidup yang lebih positif.
Title: Keberkesanan Modul Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Dan Bahan Berasaskan Kerohanian, Ketegasan Kendiri, Dan Pengetahuan (MPDKKP) Terhadap Penyalahgunaan Dadah Dan Bahan
Description:
Kajian keberkesanan modul pencegahan penyalahgunaan dadah dan bahan yang berasaskan kerohanian telah dilaksanakan oleh penyelidik kepada belia yang tinggal di sebuah daerah berisiko tinggi di utara semenanjung Malaysia.
Objektif utama kajian ini ialah melihat kesan modul kerohanian pencegahan penyalahgunaan dadah terhadap (1) kerohanian, (2) ketegasan kendiri dan (3) pengetahuan mereka terhadap penyalahgunaan bahan dan dadah.
Sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan bagi peringkat pra dan pasca.
Kajian ini menggunakan rekabentuk Eksperimen Tulen yang melibatkan dua buah kumpulan belia dari Kawasan zon yang berbeza dan setiap kumpulan terdiri daripada 33 orang (kumpulan eksperiman dan kawalan).
Intervensi berbentuk psikopendidikan sebanyak 7 sesi pertemuan diberikan kepada kumpulan eksperimen manakala kumpulan kawalan tidak diberi sebarang intervensi.
Hasil daripada perbandingan ujian pra dan pasca menunjukkan bahawa terdapat peningkatan nilai min yang signifikan bagi kerohanian (nilai min dari ujian pra = 172.
24 dan ujian pasca = 188.
12), ketegasan kendiri (nilai min dari ujian pra = 99.
48 dan ujian pasca = 106.
42) dan pengetahuan tentang penyalahgunaan dadah (nilai min dari ujian pra = 57.
59 dan ujian pasca = 65.
61) untuk kumpulan eksperimen yang melalui intervensi yang diberikan oleh fasilitator terlatih menggunakan modul kerohanian ini.
Hasil keputusan min kumpulan kawalan pula menunjukkan tiada peningkatan min bagi ketiga-tiga pembolehubah yang dikaji.
Daripada hasil keputusan kajian ini boleh dirumuskan bahawa modul MPDKKP dalam pencegahan penyalahgunaan dadah ini dapat membantu para belia dari terjebak dengan penyalahgunaan bahan dan dadah serta menikmati hidup yang lebih positif.

Related Results

SIMPTOM KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PENAGIH DADAH WANITA DI PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH
SIMPTOM KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PENAGIH DADAH WANITA DI PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti simptom kemurungan dalam kalangan penagih dadah wanita yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan penagihan dadah. Pengenal pastian simpt...
KESEDARAN KOMUNITI TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH DI SABAH: PEMBERDAYAAN KOMUNITI
KESEDARAN KOMUNITI TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH DI SABAH: PEMBERDAYAAN KOMUNITI
Community Empowerment adalah salah satu strategi utama Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Ia adalah satu agenda untuk merekayasa komuniti b...
Hubungan Antara Pembelajaran Regulasi Kendiri dan Motivasi Terhadap Pencapaian Akademik
Hubungan Antara Pembelajaran Regulasi Kendiri dan Motivasi Terhadap Pencapaian Akademik
Keupayaan pelajar untuk kekal berdisiplin dan bermotivasi dalam pembelajaran norma baharu amatlah penting dalam melancarkan proses pembelajaran. Sehubungan itu, pembelajaran regula...
SIFAT-SIFAT MODUL SOFT
SIFAT-SIFAT MODUL SOFT
Suatu himpunan tak kosong disebut modul atas suatu ring dengan elemen satuan jika himpunan tersebut merupakan grup komutatif yang tertutup terhadap perkalian skalar yang memenuhi b...
Keberkesanan Model Praktis Studio Seramik terhadap Pelajar Seni bagi Kursus MSK 3042 berasaskan Konsep Rupa dan Jiwa
Keberkesanan Model Praktis Studio Seramik terhadap Pelajar Seni bagi Kursus MSK 3042 berasaskan Konsep Rupa dan Jiwa
Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan keberkesanan model praktis studio seramik (MPSS) terhadap pelajar seni MSK 3042 di Universiti Pendidikan Sultan Idris berasaskan konsep rupa...
Pandemik COVID-19: Penjagaan Kendiri Dalam Memacu Kecerdasan Emosi
Pandemik COVID-19: Penjagaan Kendiri Dalam Memacu Kecerdasan Emosi
Seluruh dunia kini sedang dilanda dengan krisis pandemic COVID-19 yang kian mengganas. Ramai antara individu terjejas dalam kehidupan seharian. Kehadiran virus pembunuh ini telah m...

Back to Top