Javascript must be enabled to continue!
Hubungan Antara Pembelajaran Regulasi Kendiri dan Motivasi Terhadap Pencapaian Akademik
View through CrossRef
Keupayaan pelajar untuk kekal berdisiplin dan bermotivasi dalam pembelajaran norma baharu amatlah penting dalam melancarkan proses pembelajaran. Sehubungan itu, pembelajaran regulasi kendiri dan motivasi adalah dua elemen penting yang perlu diberi perhatian supaya dapat mengoptimumkan pencapaian akademik pelajar. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pembelajaran regulasi kendiri dan motivasi terhadap pencapaian akademik pelajar sarjana Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan dan seramai 240 orang pelajar sarjana dari Fakulti Pendidikan, UKM telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian mengadaptasi soal selidik daripada Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ). Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) digunakan untuk mengukur tahap pencapaian akademik pelajar. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai tahap motivasi dan pembelajaran regulasi kendiri yang tinggi iaitu motivasi (min = 5.84, SP=0.645) dan regulasi kendiri (min = 5.36, SP=0.639). Hasil kajian turut menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang sederhana antara motivasi dan pencapaian akademik iaitu (r = 0.405, p < 0.01) dan pembelajaran regulasi kendiri terhadap pencapaian akademik (r = 0.462, p < 0.01). Kajian ini menunjukkan bahawa pembelajaran regulasi kendiri dan motivasi pelajar pada tahap yang baik. Oleh yang demikian, kajian ini dapat dijadikan sumber rujukan khususnya terhadap institusi pendidikan dan pensyarah bagi memastikan sistem pembelajaran atas talian dapat dilaksanakan dengan efisien sebagai langkah untuk mengekalkan dan memantapkan motivasi, regulasi kendiri dan pencapaian akademik pelajar.
Secholian Publication
Title: Hubungan Antara Pembelajaran Regulasi Kendiri dan Motivasi Terhadap Pencapaian Akademik
Description:
Keupayaan pelajar untuk kekal berdisiplin dan bermotivasi dalam pembelajaran norma baharu amatlah penting dalam melancarkan proses pembelajaran.
Sehubungan itu, pembelajaran regulasi kendiri dan motivasi adalah dua elemen penting yang perlu diberi perhatian supaya dapat mengoptimumkan pencapaian akademik pelajar.
Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pembelajaran regulasi kendiri dan motivasi terhadap pencapaian akademik pelajar sarjana Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan.
Kaedah persampelan rawak mudah digunakan dan seramai 240 orang pelajar sarjana dari Fakulti Pendidikan, UKM telah dipilih sebagai sampel kajian.
Instrumen kajian mengadaptasi soal selidik daripada Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ).
Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) digunakan untuk mengukur tahap pencapaian akademik pelajar.
Dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai tahap motivasi dan pembelajaran regulasi kendiri yang tinggi iaitu motivasi (min = 5.
84, SP=0.
645) dan regulasi kendiri (min = 5.
36, SP=0.
639).
Hasil kajian turut menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang sederhana antara motivasi dan pencapaian akademik iaitu (r = 0.
405, p < 0.
01) dan pembelajaran regulasi kendiri terhadap pencapaian akademik (r = 0.
462, p < 0.
01).
Kajian ini menunjukkan bahawa pembelajaran regulasi kendiri dan motivasi pelajar pada tahap yang baik.
Oleh yang demikian, kajian ini dapat dijadikan sumber rujukan khususnya terhadap institusi pendidikan dan pensyarah bagi memastikan sistem pembelajaran atas talian dapat dilaksanakan dengan efisien sebagai langkah untuk mengekalkan dan memantapkan motivasi, regulasi kendiri dan pencapaian akademik pelajar.
Related Results
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
HUBUNGAN MOTIVASI IQ DAN KEPERCAYAAN DIRI TERHADAP HASIL BELAJAR PENJAS
HUBUNGAN MOTIVASI IQ DAN KEPERCAYAAN DIRI TERHADAP HASIL BELAJAR PENJAS
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui apakah terdapat hubungan antara motivasi IQ dan Kepercayaan diri siswa secara sendiri-sendiri maupun secara bersama-sama hasil belajar pen...
Pencapaian Akademik Murid Lelaki dan Perempuan: Peranan Sokongan Pembelajaran dan Keterlibatan Murid
Pencapaian Akademik Murid Lelaki dan Perempuan: Peranan Sokongan Pembelajaran dan Keterlibatan Murid
Tujuan - Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan keterlibatan murid, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik mengikut gender. Ia juga meneliti sama ada terdapat peranan ...
Pandemik COVID-19: Penjagaan Kendiri Dalam Memacu Kecerdasan Emosi
Pandemik COVID-19: Penjagaan Kendiri Dalam Memacu Kecerdasan Emosi
Seluruh dunia kini sedang dilanda dengan krisis pandemic COVID-19 yang kian mengganas. Ramai antara individu terjejas dalam kehidupan seharian. Kehadiran virus pembunuh ini telah m...
PERAN TATA KELOLA PERUSAHAAN DALAM MEMODERASI PENGARUH IMPLEMANTASI GREEN ACCOUNTING, CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY DAN FIRM SIZE TERHADAP KINERJA KEUANGAN
PERAN TATA KELOLA PERUSAHAAN DALAM MEMODERASI PENGARUH IMPLEMANTASI GREEN ACCOUNTING, CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY DAN FIRM SIZE TERHADAP KINERJA KEUANGAN
This study examines the role of corporate governance in moderating the influence of green accounting disclosure, corporate social responsibility (CSR), and firm size on the financi...
STRATEGI PEMBELAJARAN PENGATURAN KENDIRI DALAM PENDIDIKAN AKHLAK
STRATEGI PEMBELAJARAN PENGATURAN KENDIRI DALAM PENDIDIKAN AKHLAK
Di era pendidikan modern sekarang ini, strategi pembelajaran yang dilakukan oleh para pelajar sudah sangat berkembang dengan pesat. Para pelajar semakin menyadari bahwa dengan bany...
PENGARUH MOTIVASI BELAJAR MATEMATIKA SISWA TERHADAP PRESTASI BELAJAR MATEMATIKA
PENGARUH MOTIVASI BELAJAR MATEMATIKA SISWA TERHADAP PRESTASI BELAJAR MATEMATIKA
Motivasi belajar matematika merupakan elemen penting dalam pembelajaran matematika. Motivasi belajar matematika siswa berbeda-beda dalam hal tingkat motivasi dan jenis motivasinya....

