Javascript must be enabled to continue!
Sokongan Sosial, Penghargaan Kendiri dan Kemurungan dalam kalangan Mahasiswa di Universiti
View through CrossRef
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara sokongan sosial, penghargaan kendiri dan kemurungan dalam kalangan mahasiswa di Universiti Putra Malaysia. Seramai 234 responden (37.2 % lelaki dan 62.8 % perempuan; 50% pelajar sains dan 50% pelajar sains sosial) terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat. Satu set borang soal selidik yang diedar kepada responden mengandungi tiga komponen iaitu Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS), Rosernberg Self Esteem Scale (RSES) dan Beck Depression Inventory II (BDI II). Analisis statistik yang digunakan adalah ujian-t, korelasi Peason, dan regresi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap sokongan sosial dan penghargaan kendiri responden berada pada tahap yang sederhana, manakala tahap kemurungan menunjukkan majoriti responden berada pada tahap yang normal. Keputusan analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemurungan berdasarkan jantina dan program pengajian. Manakala keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan negatif secara signifikan antara kesemua dimensi sokongan sosial dan penghargaan kendiri dengan kemurungan (r = -0.391 hingga -0.510; p<0.01). Dapatan kajian bagi analisis regresi menunjukkan pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah peramal iaitu sokongan sosial (keluarga dan rakan-rakan) dan penghargaan kendiri terhadap kemurungan (β = -0.177 hingga -0.301). Kesimpulannya, sokongan sosial dan penghargaan kendiri merupakan peramal kepada kemurungan dalam kalangan mahasiswa UPM yang dikaji. Justeru, untuk mengurangkan tahap kemurungan, faktor sokongan sosial dan penghargaan kendiri memainkan peranan yang penting.
Title: Sokongan Sosial, Penghargaan Kendiri dan Kemurungan dalam kalangan Mahasiswa di Universiti
Description:
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara sokongan sosial, penghargaan kendiri dan kemurungan dalam kalangan mahasiswa di Universiti Putra Malaysia.
Seramai 234 responden (37.
2 % lelaki dan 62.
8 % perempuan; 50% pelajar sains dan 50% pelajar sains sosial) terlibat dalam kajian ini.
Responden dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat.
Satu set borang soal selidik yang diedar kepada responden mengandungi tiga komponen iaitu Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS), Rosernberg Self Esteem Scale (RSES) dan Beck Depression Inventory II (BDI II).
Analisis statistik yang digunakan adalah ujian-t, korelasi Peason, dan regresi.
Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap sokongan sosial dan penghargaan kendiri responden berada pada tahap yang sederhana, manakala tahap kemurungan menunjukkan majoriti responden berada pada tahap yang normal.
Keputusan analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemurungan berdasarkan jantina dan program pengajian.
Manakala keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan negatif secara signifikan antara kesemua dimensi sokongan sosial dan penghargaan kendiri dengan kemurungan (r = -0.
391 hingga -0.
510; p<0.
01).
Dapatan kajian bagi analisis regresi menunjukkan pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah peramal iaitu sokongan sosial (keluarga dan rakan-rakan) dan penghargaan kendiri terhadap kemurungan (β = -0.
177 hingga -0.
301).
Kesimpulannya, sokongan sosial dan penghargaan kendiri merupakan peramal kepada kemurungan dalam kalangan mahasiswa UPM yang dikaji.
Justeru, untuk mengurangkan tahap kemurungan, faktor sokongan sosial dan penghargaan kendiri memainkan peranan yang penting.
Related Results
SOKONGAN BERKAITAN KERJA DAN PRESTASI KERJA: ANALISIS KAJIAN LITERATUR
SOKONGAN BERKAITAN KERJA DAN PRESTASI KERJA: ANALISIS KAJIAN LITERATUR
Kajian lepas berkenaan dengan sokongan berkaitan kerja di organisasi telah mendapat perhatian khusus bukan sahaja daripada ahli akademik, malah turut menerima respons yang positif ...
SIMPTOM KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PENAGIH DADAH WANITA DI PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH
SIMPTOM KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PENAGIH DADAH WANITA DI PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti simptom kemurungan dalam kalangan penagih dadah wanita yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan penagihan dadah. Pengenal pastian simpt...
Sejarah dan Simptom Kemurungan : Kajian Literatur
Sejarah dan Simptom Kemurungan : Kajian Literatur
Kemurungan adalah gangguan yang melibatkan perubahan pemikiran, emosi, perasaan dan tingkah laku yang menyebabkan kehidupan seharian seseorang menjadi sukar dan jika tidak dirawat ...
Meneroka cabaran interaksi sosial guru perdana dalam pengajaran ke atas murid inklusif di aliran perdana
Meneroka cabaran interaksi sosial guru perdana dalam pengajaran ke atas murid inklusif di aliran perdana
Kebanyakkan sekolah di pelbagai peringkat melaksanakan Pendidikan Inklusif kerana peningkatan enrolmen murid inklusif di arus perdana sebanyak 75% saban tahun. Ia menepati sasaran ...
Hubungan antara konsep kendiri dan sokongan ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar, Kolej Vokasional Langkawi
Hubungan antara konsep kendiri dan sokongan ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar, Kolej Vokasional Langkawi
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara konsep kendiri dan sokongan ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar dalam Program Seni Kulinari di Kolej Vokasional ...
KETAHANAN KENDIRI DAN KESEDIAAN BEKERJA DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DI SABAH DALAM TEMPOH PANDEMIK COVID-19
KETAHANAN KENDIRI DAN KESEDIAAN BEKERJA DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DI SABAH DALAM TEMPOH PANDEMIK COVID-19
Penularan wabak Covid-19 telah banyak merubah corak pembelajaran dan pengajaran (PdP) di universiti yang dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Perubahan corak pembelajaran ini...
TAHAP TEKANAN EMOSI DAN SOKONGAN SOSIAL DALAM KALANGAN IBU BAPA SEMASA PANDEMIK COVID-19
TAHAP TEKANAN EMOSI DAN SOKONGAN SOSIAL DALAM KALANGAN IBU BAPA SEMASA PANDEMIK COVID-19
Masyarakat terpaksa menghadapi perubahan norma kehidupan lebih-lebih lagi dari segi sosial sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tempoh pandemik b...

